✿*:・゚82 ゚・:*✿

169 30 5
                                    

❝ be your own peace, when others leave you in pieces ❞
══════ •『 ♡ 』• ══════

Lampu automatik itu menyala sebaik saja mereka melangkah masuk ke dalam penthouse milik Puan Aereum. Agak tergamam juga gadis itu seketika.

Mata meliar mengamati dekorasi rumah milik ibunya.

" ada orang datang kemas rumah ni ke, omma ?" dia menyoal. Berdiri di tengah-tengah ruang tamu.

" Ya. Sebulan sekali akan ada room service datang kemas apa yang patut. Sebelum kita sampai, omma ada pesan juga suruh kemas sekali lagi " kata wanita itu. Yerin sekadar mengangguk saja.

Tidal hairan lah jika di lihat seolah-olah rumah ini di huni oleh seseorang yang jaga kekemasan dan kebersihan.

" Yerin pergi lah rehat dulu. Lagipun dah malam. Duduk je lah mana-mana bilik yang kamu nak " kata Puan Aereum. Seraya itu dia mendaki tangga untuk ke ruang tingkat dua. Gadis itu mengangguk saja.

" omma " panggil nya. Terhenti langkah wanita itu. Dia menoleh ke arah Yerin yang masih berada di ruang tamu itu.

" ada bar area sini tak ?" soal gadis itu tenang. Puan Aereum sudah berkerut. Lama dia diam. Sebelum menjawab persoalan anaknya tanya bertanya lebih.

Faham bahawa gadis itu ingin menstabilkan perasaan nya. Sempat juga, wanita itu menitipkan pesanan supaya berhati-hati.

Bagai rusa masuk kampung. Jung Yerin meliarkan matanya di sekeliling. Sungguh berbeza suasana bar di sini berbanding negara sendiri. Berkerut juga dahinya apabila terpandang, pasangan yang melakukan aksi kucupan.

Kaki terus di bawa ke kaunter. Punggung di labuhkan di situ. Dia hanya memesan segelas beer sahaja. Sedikit sebanyak merisaukan juga keadaan sendiri jika mabuk nanti.

Seketika, fikiran nya menerawang ke satu memori. Yang pastinya memori dia bersama lelaki itu. Bibir tersenyum kecil tanpa disedari.

Rindu pada lelaki itu tidak dapat dia nafikan. Biarpun baru beberapa tidak bersua wajah. Teringat kembali, layanan dingin lelaki itu terhadapnya, di awal perkenalan mereka.

Entah bagaimana, semuanya berubah. Lelaki itu suka mengusiknya. Lemah lembut melayannya. Tubir mata yang terasa panas di kedipkan beberapa kali. Air di dalam gelas itu dia teguk habis.

" one more !" mintanya kepada pelayan itu. Tidak di hiraukan suasana bingit disekitar. Setelah gelasnya penuh, dia teguk laju. Lega sedikit dia rasa apabila kepala mulai rasa ringan.

Setengah jam, tanpa disedari sudah berbotol beer tersusun di hadapannya. Tidak lagi menggunakan gelas.

" hey, pretty..." tegur seseorang buatkan Yerin panggung kepala. Memandang jejaka miang yang mengambil tempat di sisinya.

" are you just planing to sit here alone ?" Bibir menayang senyuman manis, versi pencair haut para anak gadis yang melihat. Rambut panjang gadis itu yang menutup separuh wajah dia selitkan ke belakang telinga. Gaya penuh gentleman.

" jangan sentuh aku !" tepis Yerin kasar. Lelaki itu seakan terkejut. Dia amati benar-benar wajah kemerahan gadis itu. Dia mabuk.

[ C ] Be Mine 내꺼야 Kim Taehyung Where stories live. Discover now