❝ Dream won't come true if you don't trust ❞
══════ •『 ♡ 』• ══════Punggung di hempas kasar ke atas kerusi di hadapan meja soleknya. Tangan naik menyelitkan kasar kedua belah rambut ke belakang telinga. Geram.
Entah di mana lagi sebelah anting-anting miliknya. Puas dia mencari. Sudah hampir seminggu juga.
Sampai tertonggeng-tonggeng bawah meja. Sudah lah itu anting-anting kegemarannya.
" mana dia pergi ni? Tak akan ada kaki kot berjalan " dia membebel sendiri. Yerin memandang pantulan wajahnya di cermin. Rosak mood paginya hari ini hanya disebabkan sepasang anting-anting.
Ugh!
Akhirnya gadis itu buat keputusan untuk tidak memakai sebarang perhiasan pada telinga.
Sudah lah hari ini dia harus menghadap wajah tidak berperasaan Taehyung itu. Bila teringat akan lelaki itu, memori pada malam minggu lalu menjengah fikiran. Kepala di geleng.
Semoga dia di berikan kesabaran yang tinggi untuk bertentang empat mata dengan si dia.
Blazer di capai. Dia sarung pada tubuh. Menutup bahunya yang terdedah. Dia hanya mengenakan dress berwarna peach hari ini.
Rambut di ikat dengan kemas. Beg laptop serta beg tangan di capai. Lampu bilik dan penghawa dingin di tutup. Pintu bilik juga dia tutup rapat.
Rumah agam ini kosong. Encik Jung sudah memaklumkan kepada nya, dia mahu pergi ke padang golf bersama rakan nya. Baguslah. Daripada Encik Jung kebosanan duduk di rumah tanpa buat apa-apa.
Kan ?
Kaki naik menyilang. Menatap wajah lelaki dingin dihadapannya kini. Tangan naik memeluk tubuh. Kening di angkat ke arah lelaki itu.
" our meeting has end, Mr V " Yerin mengingatkan lelaki itu. Bukan sekadar mengingatkan, malah ada maskud tersirat di balik ayatnya.
Mahu lelaki itu beredar secepat mungkin dari pejabatnya.
" i know, Miss Yerin " balas lelaki itu selamba. Riak wajahnya kosong. Tapi mata helang itu tidak lekang dari memandang wajah Yerin dengan penuh minat.
" jadi, Encik V tunggu apa lagi? Nak saya iring keluar atau pengawal? " lemah lembut saja dia bertanya kepada lelaki itu.
Bibir Taehyung terjongket sedikit. Menahan dari tersenyum lucu. Hati rasa di geletek melihat wajah gadis itu yang jelas-jelas sedang menahan sabar.
" which one you think is better? " lelaki itu bertanya. Sama-sama sinis.
Ibarat, kau sindir aku, aku sindir kau.
" peng―" belum sempat gadis itu ingin menyuarakan pendapatnya yang bernas, mulut lelaki itu terlebih dahulu laju mencelah.
" you is the best choice. I've decided" lelaki itu mengangguk. Menandakan dia bersetuju mahu Yerin mengiringinya keluar.
Gadis itu kemam bibir. Memberi kata-kata semangat buat diri agar tidak mencampak lelaki itu dari tingkat 10 ini.
Dengan senyuman yang jelas di buat-buat, dia bangun dari duduknya. Nak sangat aku iring ?
Okay, jom!
" sila kan, Encik V " Yerin mempelawa lelaki itu untuk bergerak dengan segera memandangkan Taehyung masih melabuh punggung.
YOU ARE READING
[ C ] Be Mine 내꺼야 Kim Taehyung
Romansa[First writing has many mistakes] "i'll make sure, you say yes" Pertemuan mereka tidaklah seindah di dalam drama, semuanya bermula dengan pergaduhan. Masing-masing menyanjung ego, tidak mengaku kesalahan sendiri. Sering menyalahkan pihak lawan. Buk...