✿*:・゚97 ゚・:*✿

294 27 29
                                    

❝ Sometimes it's not ego. It's self respect ❞
══════ •『 ♡ 』• ══════

           Termanggu. Termenung gadis itu merenung bagasi yang terbuka itu. Niatnya, setelah selesai mandi mahu menyusun pakaian sendiri di dalam almari ini. Taehyung sudah pun menyediakan ruangan kosong untuknya mengisi segala pakaian.

Yang membuatkan Yerin termenung sendirian adalah apa yang terkandung di dalam beg tersebut. Bila sekali lihat, dia menelan air liur. Dua kali lihat, meremang bulu roma.

Dengan tangan yang mengeletar kecil, dia mencapai sehelai kain yang jatuh ke atas lantai tadi. Di angkat tinggi ke hadapan muka.

Dia tahu. Ini...

Baju tidur.

Tapi pada pandangan mata gadis itu, baju ini tidak lari dari sepasang kain yang jarang. Beritahu nya siapa yang memakai baju jarang seperti ini untuk tidur ?!

Nipis pulak tu !

Terpejam mata Yerin di buatnya. Ini tidak lain, tidak bukan pasti Puan Aereum punya kerja.

Set pijama nya langsung tidak ada. Yang tinggal cumalah baju untuk ke kerja, pakaian dalam dan baju tidur nipis bertali halus ini.

Bukan sehelai. Juga bukan dua helai. Tetapi tujuh helai ke semua sekali. Elok lah, cukup untuk seminggu. Senang kata, sehari sehelai.

Warna nya pula...

Yerin berasa bagai mahu saja menghantukkan kepala ke dinding laju-laju.

Rambut di raup ke belakang. Berasa rimas, dia menggulung bentuk bun. Setelah itu, sebelah tangan naik mencekak di pinggang. Sedang memikirkan alternatif lain.

"Kalau aku pinjam baju, Tae? Agaknya, dia kasi tak? " Menyoal diri sendiri. Bibir bawah di gigit kejap. Teragak-agak gayanya.

Fikiran pula di bawa melayang kepada peristiwa beberapa hari yang lepas, sebelum dirinya bergelar isteri kepada lelaki bernama Kim Taehyung.





                     Jung Yerin duduk bersila di atas tilam empuknya. Memandang Puan Aereum yang sedang mengezip  bagasi miliknya. Sebelum di tolak ke tepi almari baju. Kemudian, wanita itu membawa langkah merapatinya.

Terlakar senyuman bahagia di bibirnya. Yerin yang melihat turut sama mengukir senyuman.

Puan Aereum mengambil tempat duduk di sebelah anak gadisnya.

"Dah besar dah anak gadis, omma" kepala Yerin di usap penuh kasih sayang.

"Dah nak jadi isteri orang. Cepat masa berlalu. Dulu masa kamu kecil, hingus meleleh pun omma yang kena sapu kan. Sekarang dah besar panjang. Dah pandai bawa diri" wanita itu menyambung kata. Sayu saja nada suara. Yerin diam sambil mengamati wajah Puan Aereum yang berada di sebelahnya.

Biarpun wanita cantik itu mengukir senyum tapi jelas kelihatan kelatnya. Tahulah Yerin bahawa Puan Aereum juga berasa sedih. Seperti, Encik Jung yang sudah dua malam tidur lambat. Sering berjaga di dalam bilik bacaan.

Yerin mencapai ke dua belah tangan wanita itu. Di usap lembut kekura tangan tersebut.

"Omma, jangan lah sedih macam ni. Lepas, Yerin kahwin kan kita boleh jumpa lagi. Bukannya, Tae larang terus Yerin nak jumpa dengan omma " perlahan dia memujuk lembut.

[ C ] Be Mine 내꺼야 Kim Taehyung Where stories live. Discover now