❝ love is composed of a single soul inhabiting two bodies -Aristotle ❞
══════ •『 ♡ 』• ══════
Jungwoo memandu dengan kadar normal. Memandangkan jalan lengang saja pada pagi ini, jadi mengapa perlu tergesa-gesa.
Memang lah lengang, siapa saja mahu keluar pada jam satu pagi begini. Tidur di atas katil bersama tilam yang empuk lagi enak.
Tiba saja mereka di hadapan kedai dua puluh empat jam tersebut, kedua-duanya meloloskan diri ke dalam.
Jungwoo berjalan terlebih dahulu memandangkan lelaki itu ingin mencari minuman.
Taehyung pula menuju ke rak dimana menempatkan segala jenis ramen. Ramen bukanlah makanan kesukaan nya. Tetapi di waktu begini, semua nya tampak enak dan menyelerakan.
Sedang leka matanya memilih ramen yang hendak di beri pada cacing-cacing kerawitnya, secara tidak sengaja diri nya terlanggar seseorang sehingga menyebabkan barang dalam pegangan nya semua jatuh menyembah lantai 7 eleven.
" Maaf "
" It's a problem " gadis hoodie serta bertopi itu segera mengutip segala makanan nya yang sudah jatuh. Taehyung juga turut membantu sekali.
Mereka serentak berdiri. Secara tidak sengaja lagi, kepala mereka berlaga dengan kuat.
" ah " kedua-dua mereka mengerang kesakitan. Tetapi yang kelihatan seperti hendak terputus nyawa, Taehyung.
Tanpa menunggu lagi, makanan ringan yang di kutip nya tadi di hulurkan kepada gadis di hadapannya ini. Mahu menggosok tempat yang terkena hentakan kepala batu itu.
Tetapi belum sempat sampai ke pangkuan si gadis, makanan tersebut jatuh semula dengan lagak terkejut setelah apa yang di lihat sekarang.
" kau !" kata Taehyung lalu memandang tajam ke arah Yerin yang sudah berwajah cemberut.
Walaupun wajah gadis itu hanya kelihatan separuh sahaja kerana tertutup oleh topi, dia masih lagi dapat mengecam apabila melihat bibir mungil itu.
" kau nak mati ke ? kalau tak ikhlas, tak payah tolong kutipkan. Dah lah langgar orang, lepas tu jatuhkan barang orang. Masalah betul lah " Yerin membebel sendirian, sambil tangan ligat mengutip semula segala makanan ringannya yang telah di jatuhkan oleh lelaki tersebut.
Pandangan tajam Taehyung dia buat tak endah saja.
Sudah lah dia sedang kelaparan pada waktu ini. Ada karang kena gigit mamat ni. Menyesal sungguh dia tidak menerima ajakan Puan Aereum untuk bermalam di apartment wanita itu.
" kepala kau ni buat dari batu ke ?" soal Taehyung bengang. Denyutan pada dahi nya, kian terasa jika di ingatkan kembali.
" haah, batu konkrit !" dengan geram dia merempuh tubuh tegap Taehyung. Tetapi badan lelaki itu hanya berganjak setapak saja.
Bayangkan lah badan lelaki itu saja sudah dua kali ganda tubuh nya.
Ah ! lantak lah asalkan kena pada Taehyung.
" bro, what's wrong ?" Jungwoo yang baru tiba dengan dua jenis air di tangannya, menyoal sewaktu melihat Taehyung menggosok dahinya perlahan.
YOU ARE READING
[ C ] Be Mine 내꺼야 Kim Taehyung
Romance[First writing has many mistakes] "i'll make sure, you say yes" Pertemuan mereka tidaklah seindah di dalam drama, semuanya bermula dengan pergaduhan. Masing-masing menyanjung ego, tidak mengaku kesalahan sendiri. Sering menyalahkan pihak lawan. Buk...