❝ Vibes never lie in love ❞
══════ •『 ♡ 』• ══════Angka jam sudah menunjukkan dua belas malam. Majlis sudah pun tamat setengah jam yang lalu. Ramai tetamu yang hadir beransur pulang.
" Yerin, siapa hantar balik? " soal Haera ketika melihat Yerin sedang duduk di kerusi itu. Gadis itu panggung kapala. Mata mencari kelibat lelaki yang menghantarnya ke sini.
" saya "
" aku "
Semua perhatian kini beralih ke arah dua jejaka itu. Mereka memandang sesama sendiri. Jelas riak tidak puas hati masing-masing.
Mereka tidak sebulu.
Itu Yerin tahu.
" mana satu ni? " Mirae menyoal. Jelas dia bingung. Yerin juga. Buntu. Dah kenapa Taehyung juga sibuk nak menghantarnya.
Mana perempuan yang bermesra dengan dia tu? Tidak puas hati dia menyoal dalam diam.
" aku "
" saya "
Lagi.
Serentak. Keluhan berat kedengaran. Yoongi kelihatan menggosok batang hidungnya. Kalau ikutkan hati dia mahu melangkah pergi saja, lagi pula dia sudah mengantuk.
Tapi melihatkan ada drama swasta di depan mana, apa salahnya menonton sebentar. Bukan penyibuk, tapi....saja.
" aku yang ambil Yerin, that means im the one who responsible toward her " tegas Jimin. Dia memandang wajah-wajah yang melihatnya.
" No. Aku tak benarkan " laju Taehyung mencantas.
" hak apa yang kau ada untuk tentukan boleh atau tak? " di tentang berani pandangan tajam mata helang milik Taehyung. Tidak gentar.
" i'm her boyfriend. Any excuse? " selamba saja dia tuturkan ayat itu. Jimin bagai mahu tergelak. Dia memandang Yerin yang membulat biji mata itu.
Terkejut.
" Yerin, kau decide nak balik dengam siapa? " Jimin pula menyerang gadis itu dengan soalan. Terkebil-kebil Yerin di buatnya. Bersilih ganti dia memandang Jimin dan Taehyung.
Tiba-tiba rasa berat mahu membuat keputusan. Ingin menjaga hati dua manusia itu. Bukan senang.
Kawan atau ke―
Apa-apa jelah!
" Naik Mirae. Jom, Mirae! " tanpa berlengah lagi, dia menarik tangan Mirae yang sama menanti jawapan daripadanga.
Gadis itu yang jelas terpinga-pinga menurut saja langkah Yerin yang sudah menariknya menuju ke pintu keluar dewan.
Taehyung dan Jimin merenung tajam antara satu sama lain setelah kelibat gadis itu menjauh. Mereka yang lain memandang sesama sendiri. Kemudian, kepala di geleng.
" Hyung, jom balik. Tidur " ajak Yoongi selamba. Dia menepuk lengan Namjoon. Lelaki itu turut melangkah.
Seorang demi seorang meninggalkan dewan.
YOU ARE READING
[ C ] Be Mine 내꺼야 Kim Taehyung
عاطفية[First writing has many mistakes] "i'll make sure, you say yes" Pertemuan mereka tidaklah seindah di dalam drama, semuanya bermula dengan pergaduhan. Masing-masing menyanjung ego, tidak mengaku kesalahan sendiri. Sering menyalahkan pihak lawan. Buk...