❝ This above all: to thine own self be true ❞
══════ •『 ♡ 』• ══════
Hari berganti hari, minggu berganti minggu. Yerin hanya duduk terperap di rumah menanti kepulangan si ibu ke Seoul. Setelah 2 bulan tidak ke temu. Rasa juga lah perasaan rindu itu.
Yerin berkeliaran di dalam rumah agam itu. Sekejap dia berada di ruang tamu, sekejap berada di tepi kolam. Kadang-kadang di dapur. Dalam bilik tetamu. Bilik bacaan appanya dan berakhir di biliknya sendiri.
Semua pelosok rumah gadis itu jelajah.
Laptop daripada tadi dia bawa tidak mahu lepas. Ke hulur dan ke hilir laptop berada di sisi. Di kepitnya di celah ketiak.
Yerin mengeluh seketika.
"Bosan nya. Kan best kalau ada adik beradik " gadis itu merenung kosong laptop yang terbuka di hadapan mata. Mencebik dia kerana kebosanan.
Sunyi jika tiada peneman ketika ketiadaan ibu bapa. Peneman yang di maksudkan ialah adik beradik. Anak tunggal. Perempuan. Rumah besar tapi sunyi.
Laptop di tutup. Badan rebah di atas tilam yang empuk itu. Matanya merenung syiling. Memikirkan nasib kehidupannya.
Kereta di berhentikan di hadapan lobi. Jungwoo yang sedang menunggu di situ datang mendekati Pengarah muda tersebut. Kunci kereta bertukar tangan. Jungwoo mengalihkan kereta milik Taehyung untuk di parking di basement.
Penuh berkarisma lelaki itu jalan di sepanjang lobi memasuki syarikat besar itu. Beberapa orang penyambut tetamu yang menunggu di pintu masuk lobi tersebut. Masing-masing menunduk hormat akan lelaki yang mereka segani itu.
Jungna berjalan berhampiran dengan Taehyung bersama ipad di tangan. Tidak terlalu rapat tidak terlalu jauh. Bukan di sisi tetapi belakang sedikit. Jarak masih di jaga.
"Any update ?" soal Taehyung serius. Riak wajahnya mempamerkan reaksi kosong. Tiada perasaan.
"Aeries D Holding, nak labur saham dalam projek bulan hadapan Mr V" terang Jungna ringkas dan lancar. Mata melihat pada skrin ipad buat seketika.
"How much ?" kaki nya berhenti di hadapan lift. Ke dua belah tangan di masukkan ke dalam poket seluar slack.
" 45% percent "
" deal " jawapan mudah Taehyung membuatkan wanita itu mengangguk faham. Setelah itu, Taehyung masuk ke dalam lift seorang diri. Meninggalkan Jungna serta yang lain di luar.
Lift itu kepunyaannya. Pekerja lain tidak di benarkan naik melainkan ahli keluarganya atau orang yang rapat dengannya. Rakan atau Jungwoo.
YOU ARE READING
[ C ] Be Mine 내꺼야 Kim Taehyung
Romance[First writing has many mistakes] "i'll make sure, you say yes" Pertemuan mereka tidaklah seindah di dalam drama, semuanya bermula dengan pergaduhan. Masing-masing menyanjung ego, tidak mengaku kesalahan sendiri. Sering menyalahkan pihak lawan. Buk...