❝ If it keeps you happy, keep it quite ❞
══════ •『 ♡ 』• ══════Cotton pad yang terakhir di buang ke dalam tong sampah kecil di sebelah meja solek. Keluhan lega dilepaskan di celahan bibir merah delima itu. Terasa ringan muka nya setelah solekan tebal tadi di buang.
Bibir menguntum senyum. Hari ini suasana hatinya baik. Gembira. Bila terpandangkan sebentuk cincin di jari manis nya, bibir terus tersenyum sendiri.
Sekarang, dia sudah pegang gelaran baru.
Jung Yerin menaikkan pandangan ke hadapan. Melihat wajah sendiri di pantulan cermin sekilas, sebelum dia bangun berdiri. Berjalan ke arah almari.
Mahu mengambil tuala untuk membersihkan diri, sebelum lelaki itu ma―
Kaku. Pegun.
Mengeras. Tangan Yerin yang hendak menarik sehelai tuala putih itu semerta berhenti. Bau maskulin lelaki itu menerjah deria bau. Dada mula memainkan peranan. Berdegup kencang.
Lagi, mahu buatkan jantung gadis itu luruh apabila merasakan ada tangan yang menjalar di tepi pinggangnya bergerak perlahan ke perut.
Pandangan di jatuhkan ke bawah. Ada tangan kekar yang melingkari pinggangnya. Tidak perlu tanya siapa, hanya mereka berdua saja di dalam bilik hotel ini.
Dan, itu yang buatkan Yerin bertambah gugup.
Seketika, tubuhnya sedikit terdorong ke belakang tatkala di tarik. Bersandar rapat pada dada bidang seseorang. Yerin juga turut merasakan detak jantung yang berdegup laju itu.
Nampaknya, bukan dia seorang yang gementar. Lelaki itu turut sama berdebar. Lelaki yang sedang memeluknya dari arah belakang.
"Hi, my wife" bisik Taehyung penuh gemersik. Entah, kenapa di telinga Yerin suara itu penuh menggoda. Serasa bagai ada rerama berterbangan di dalam perut.
"Hi. H-husband" dalam gugup, mulutnya laju saja menjawab. Taehyung yang mendengar tersenyum kecil.
"I miss you damn much, sweetheart. This two months was so sucks for me " ucap lelaki itu perlahan. Dua bulan.
Sepanjang tempoh yang diberitahu Taehyung itu, mereka tidak bertemu.Langsung.
Masing-masing sibuk menguruskan urusan kerja. Taehyung outstation. Yerin handle semua tender yang tertangguh. Dalam dua bulan mereka selesaikan semuanya dengan harapan majlis mereka yang berlangsung tidak akan terganggu kerana alasan kerja.
Kini, mereka bertemu kembali setelah dua bulan menanggung rindu. Berjumpa semula dalam status suami dan isteri.
Bukan kawan, bukan teman lelaki dan bukan tunang.
Tapi, sebagai....
Husband and wife.
Sukar untuk dipercayai, tapi itulah kenyataannya. Masa berlalu sungguh pantas.
Tubuh di dalam pelukan lelaki itu langsung tidak bergerak walaupun seinci apabila hembusan nafas hangat Taehyung melanggar kulit belakang telinga milik gadis itu.
YOU ARE READING
[ C ] Be Mine 내꺼야 Kim Taehyung
Romance[First writing has many mistakes] "i'll make sure, you say yes" Pertemuan mereka tidaklah seindah di dalam drama, semuanya bermula dengan pergaduhan. Masing-masing menyanjung ego, tidak mengaku kesalahan sendiri. Sering menyalahkan pihak lawan. Buk...