❝ Whenever you find yourself on the side of the majority, it is time to pause and reflect ❞
══════ •『 ♡ 』• ══════
Terdiam kedua mereka setelah masuk ke dalam bilik tersebut. Anak mata memandang lilin yang diletakkan pada lantai. Tema bilik gaya romantik. Bagai pasangan yang baru berkahwin dan pergi berbulan madu.
Lelaki itu menggaru belakang leher. Janggal pula dia rasakan. Tambahan pula, gadis itu berdiri kaku di tengah bilik ini tanpa sebarang suara.
" Aku tidur dekat sofa, kau tidur atas katil. " lelaki itu memberi kata putus. Yerin pada mulanya teragak juga tetapi setelah memikirkan situasi mereka, dia juga bersetuju sahaja.
" pakai lah dulu baju aku buat sementara. " kata lelaki itu. Dia meletakkan beg pakaian tadi di atas katil. Gadis itu mengangguk. Tidak berani bersuara.
Yerin menoleh ingin melihat lelaki itu. Dalam masa yang sama Taehyung sedang membuka butang baju kemejanya. Terbeliak anak mata gadis itu akibat terkejut.
" Taehyung ! Awak buat apa !" jerit nya lantas dia menutup mata dengan ke dua belah tangan dan menoleh ke hadapan semula. Wajah mula rasa membahang. Tidak memberi amaran terus saja dia mahu buka baju.
" bukak baju lah, buat apa lagi " selamba dia berkata. Baju yang sudah di buka itu dia letak di atas meja sebentar. Tersenyum senget lelaki itu melihat Yerin yang menutup mata.
Bukan nya bogel pun.
Kaki melangkah ke arah almari. Tuala di capai. Lebih baik dia mandi terlebih dahulu.
" awak tak malu ke bukak baju depan perempuan ha ?!" bengang betul dia dengan lelaki itu. Taehyung yang sedang melilit tuala pada pinggang terangkat kening. Melihat ke arah Yerin.
Dia mula berjalan merapati gadis itu yang berdiri membelakangi nya.
" kenapa, malu ke ?" bisik nya. Tegak bulu roma Yerin apabila nafas hangat lelaki itu mengena tengkuk nya.
" eee, pervert !!" dia lantas menolak Taehyung yang berada di belakangnya. Merasakan tangannya menyentul permukaan kulit tanpa sebarang alas itu, mata yang pejam terus terbuka.
Sekali lagi, Yerin menjerit kuat.
" arghhhh !!" terus dia melompat ke atas katil. Menyorokkan diri ke dalam selimut. Mata nya sudah tidak suci lagi. Masakan tidak, dia sudah pun terlihat lelaki itu tanpa baju.
Taehyung berkerut. Bingit telinganya mendengar jeritan gadis itu.
Untuk seketika, telinganya menangkap bunyi air. Mengeluh lega gadis itu dibuatnya. Yerin terkejut lagi apabila bunyi deringan telefon sendiri. Mahu mencarut saja dia, ketika ini. Dada di usap sebelum mengangkat panggilan dari Encik Jung.
" Appa ?" sapanya. Sambil itu dia melangkah keluar dari dalam selimut tadi. Gadis itu turun dari katil. Bergerak ke balkoni. Mahu mengambil angin. Sesak saja di rasakan udara dalam bilik ini.
" pukul berapa kamu balik ni, Yerin ?" Encik Jung menyoal. Yerin menggigit bibir. Bagaimana mahu menerangkan kepada ayahnya. Boleh mati dia jikalau Encik Jung mengutarakan soalan maut.
" tomorrow...maybe "
" esok ? Kamu berdua pergi mana sampai esok baru nak balik ? Yerin kamu jangan macam-macam dengan anak teruna orang " mendengar bicara Encik Jung, gadis itu berkerut. Kenapa kedengaran ayat lelaki itu pelik di telinganya.
Seperti dia adalah pencabul kepada kaum lelaki pula.
Mulut baru hendak mula bicara, telefon nya lantas di ambil oleh seseorang. Buat kesekian kalinya, gadis itu terkejut lagi.
YOU ARE READING
[ C ] Be Mine 내꺼야 Kim Taehyung
Romance[First writing has many mistakes] "i'll make sure, you say yes" Pertemuan mereka tidaklah seindah di dalam drama, semuanya bermula dengan pergaduhan. Masing-masing menyanjung ego, tidak mengaku kesalahan sendiri. Sering menyalahkan pihak lawan. Buk...