✿*:・゚ 03 ゚・:*✿

386 50 6
                                    

❝ Get busy living or get busy dying ❞
══════ •『 ♡ 』• ══════

❝ Get busy living or get busy dying ❞══════ •『 ♡ 』• ══════

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

                Pintu kereta di tutup perlahan. Kunci pintu di utama di masukkan dengan cermat. Kemudian, pintu itu di tolak dengan sangat perlahan sebelum kepalanya terjengul ke dalam rumah. Hanya kepala dahulu. Mata liar memandang sekeliling.

Merasakan line clear, dia tarik sengih.

Dengan langkah yang berhati-hati dan perlahan Yerin melangkah masuk ke dalam rumah sambil mulutnya terkumat-kamit berdoa supaya Encik Jung sudah tidur.

Lagipun angka di jam sudah menunjukkan satu per tiga malam. Tidak mungkin, lelaki itu masih berjaga lagi.

Itu sangka nya.

" Line clear! " kata Yerin dengan perlahan setelah memastikan tiada sesiapa selain dia di ruang tamu yang gelap gelita itu. Banyang sendiri pun dia tidak kelihatan.

Ini kalau tersepak kaki meja, mahu meraung tengah-tengah alam ini. Sedang dia sibuk berperang dengan diri sendiri, bunyi sesuatu datang dari arah belakangnya, membuat kan gadis itu tergamam di mana tempatnya berdiri sekarang.

Ktak !

Dari gelap suasana rumah, kini sudah bertukar menjadi terang benderang kerana seseorang telah 'menolong' nya membuka lampu.

Nafas Yerin terhenti diikuti juga dengan langkahnya. Air liur di telah perit. Berpasir saja rasanya.

You're done, Jung Yerin! Totally done!

Kali ini, malang gadis berbau kerana dia sudah pasti gerangan siapa yang sedang berdiri dibelakangnya ketika ini.

Saat Yerin memusingkan tubuhnya ke belakang, dia terkaku sendiri. Selamba Encik Jung bersandar di dinding berdekatan suis lampu, sambil memandangnya seperti nampak mangsa untuk di terkam hidup-hidup.

Itu yang membuatkan, gadis itu mahu terkucil di situ juga !

" selamat malam, Encik Jung " sapa Yerin dengan penuh sopan santun sambil menunduk hormat 90 darjah ke bawah. Sambil itu dia gigit bibir kuat.

Senyuman manis terlukis di bibirnya bila mata bersambung dengan Encik Jung. Biarpun nampak palsu tapi apakan daya, jika itu saja modal yang dia ada untuk meraih simpati supaya tidak di marahi.

" dari mana?" soal Encik Jung dengan tenang. Tapi, jangan di sangka air yang tenang tiada buaya.

Kedua belah tangan naik ke dada. Memeluk tubuh. Kalau dah peluk tubuh, itu bermakna keadaan memang serius.

Yerin terdiam sebentar. Dalam fikiran otaknya ligat memikirkan ayat yang selamat untuk dirinya yang dia juga tidak tahu apa yang bakal berlaku sesaat nanti.

Di dalam hati, berdoa bapanya itu sejuk hati.

" Ehem..." gadis itu berdehem perlahan. Membetulkan kotak suaranya yang tiba-tiba saja tersekat di tengah-tengah kerongkongnya.

[ C ] Be Mine 내꺼야 Kim Taehyung Where stories live. Discover now