✿*:・゚30 ゚・:*✿

275 38 3
                                    

❝ Sometimes the heart sees what is invisible to the eye ❞
══════ •『 ♡ 』• ══════

           Tapak demi tapak lelaki itu melangkah terasa aura yang sangat berbeza mengelilingi dirinya. Wajahnya yang serius tanpa secalit senyuman itu mampu mengundang rasa takut bagi yang melihat.

Setiap bisikan kecil daripada pekerja-pekerja yang melihat dirinya di abaikan saja. Bersama Jungwoo lelaki itu melangkah masuk ke dalam bilik mesyuarat.

Semua pekerja berdiri dengan kadar segera. Menghormati. Kim Taehyung mengambil tempat di tengah meja manakala Jungwoo melabuhkan punggung di tepinya.

" have a sit " ujarnya. Setelah semuanya menunduk hormat akan lelaki berjawatan tinggi itu,tempat di ambil masing-masing.

" so..." meleret. Pandangan tajam memerhati setiap manusia yang berada di dalam bilik mesyuarat tersebut.

Kesemuanya menunduk saja menekur meja. Ada yang sudah menggosok lengan. Meremang apabila terlihat kan mata helang itu.

Penghawa dingin terasa hingga ke tulang. Jungwoo mengangkat wajahnya, memberi hint kepada ketua jabatan kewangan untuk memulakan bicaranya.

Tidak mahu membuat Taehyung menunggu.

" baik, seperti yang Mr. V sedia maklum. Perbelanjaan bagi projek pembangunan di Itaewon melebihi dari kos yang telah di tetapkan " Lelaki itu mula berdiri. Berjalan ke tengah meja bertentangan, Taehyung. Slide yang sudah sedia terpasang itu di ubahnya dari berwarna biru kepada sebuah jadual.

Lampu turut di tutup.

" ini semua berpunca daripada kerosakan batu bata da--" lelaki itu berhenti bersuara apabila Kim Taehyung mengangkat sebelah tangannya.

" macam mana batu bata boleh alami kerosakan ?" tanpa nada dia bersuara. Anak matanya tajam menikam ketua jabatan kewangan itu.

" pecah sewaktu mahu turunkan daripada lori. " jelasnya perlahan. Anak mata menekur lantai.

" siapa yang handle pembelian barangan binaan ?" senyap. Suasana menjadi sunyi saja. Hanya mendengar bunyi pen yang berlaga dengan meja hasil daripada Taehyung.

" don't make me repeat myself..." mendatar.

Seorang pekerja perempuan mengangkat tangan. Kelihatan tangannya sedikit bergetar.

" boleh jelaskan, macam mana batu bata tu boleh pecah ?" semua mata tertumpu pada gadis itu yang hanya menunduk saja ketika itu.

Dia meramas tangan sesama sendiri di atas peha. Gerun apabila mendengar suara dingin boss nya.

Rakannya di sebelah sudah menyiku perlahan.

" sa-saya beli batu untuk pembinaan yang m-murah " keluhan terlepas dari bibir ketua jabatan kewangan yang sedari tadi hanya berdiri saja di hadapan. Kepala sudah di angkat. Riak tidak percaya terpancar di wajahnya.

" Sungjae " Taehyung menyeru nama ketua jabatan tersebut.

" Ya, Mr. V " pantas dia menjawab.

" aku malas nak marah hari ini, jadi aku harap kau pandai settle kan apa masalah sekali pun yang berlaku. Tanya anak buah kau, mana pergi lebihan duit bahan binaan tu. Apa dia buat dengan semua duit tu " riak wajah lelaki itu sangag tenang. Langsung tidak menunjukkan riak marah.

" bukan seribu atau dua ribu won.. " Taehyung tersenyum sinis sebentar. Sebelum beredar keluar dari bilik mesyuarat tersebut di ikuti Jungwoo di belakang.

[ C ] Be Mine 내꺼야 Kim Taehyung Where stories live. Discover now