❝ The best people come unexpectedly ❞
══════ •『 ♡ 』• ══════Segar terasa segala otot di tubuh badan setelah membersihkan diri. Berendam di dalam bathtab. Sungguh selesa. Kini, katil menjadi tujuan utamanya. Tubuh yang hendak di jatuhkan ke atas tilam empuk itu terhenti apabila loceng pintu biliknya berbunyi.
Keluhan lemah dilepaskan. Baru saja mahu berehat. Langkah longlai menghampiri pintu. Sempat dia mengintai terlebih dahulu sebelum membukanya.
" Cik Jung Yerin? " soal wanita di hadapannya. Nampak gaya seperti pekerja hotel juga. Yerin mengangguk saja.
" ada bungkusan. This is for you. " dua buah beg kertas hitam di tangan wanita itu di hulurkan kepada Yerin. Dalam terpinga-pinga dia ambil juga.
" and this is the card. " sebuah kad berwarna hitam keemasan corakkan nya juga bertukar tangan. Tidak sempat gadis itu mahu bertanya apabila wanita itu telah pun melangkah pergi.
Kaki menuju kembali ke arah katil. Punggung di labuhkan di situ. Mata setia merenung beg kertas di sisinya. Gadis itu buat keputusan untuk membaca kad itu terlebih dahulu.
Mahu tahu dari siapa.
" sky full of stars tonight. I want to date you near the beach. Wear the dress I gave you with the pair of shoes, I'm sure you'll look like an angel. See you, sweetheart ♡ "
-KimDevil-
Hampir tersedak sendiri gadis itu membaca nama pengirim. Lelaki itu masih ingat?
Kad tersebut di letakkan kembali, sebelum tangan mengambil pakaian berwarna putih di dalam beg kertas hitam itu.
Terangkat keningnya. Agak kagum dengan pilihan lelaki itu. Sepasang kasut bertumit tinggi itu juga di sarung ke kaki. Ingin mencuba.
Tersenyum manis gadis itu melihat kaki nya yang memuatkan kasut tersebut. Kena dengan saiz nya. Kasut tersebut di tanggalkan semula sebelum dia merebahkan tubuh ke tilam empuk itu.
Bibir tidak lekang dengan senyuman. Memandang ke siling putih. Entah, kenapa hati nya tercuit dengan perbuatan lelaki itu.
Kim Taehyung berjabat tangan dengan pemilik hotel tersebut. Sempat mulutnya mengucapkan terima kasih. Jungwoo yang berada di sisi membuat perkara yang sama. Kemudian, ke dua jejaka itu berdiri menghadap pantai.
" i wish you, best of luck." bahu kanan Taehyung dia tepuk mesra. Semoga apa yang di rancang berjalan dengan lancar.
" Thanks. Aku harap tiada gangguan kali ni " ucapnya perlahan. Akan dia cuba sedaya upaya untuk menolak segala halangan. Jungwoo akan turut sama membantu.
" that one thing you should settle off before your good plan get ruin. Kau pun mesti tak nak, tiba-tiba dia muncul malam nanti di meja makan kau " mesra dia berpesan kepada sahabat nya itu. Risau jika terleka musnah rancangan yang di rancang mereka.
Mendengar kata Jungwoo, Taehyung lepaskan keluhan berat. Satu lagi masalah belum selesai.
"I'll meet her after this..." kedua tangan di masukkan ke dalam poket seluar slack.
" Kau berterus terang je. Naik rimas aku tengok dia ikut kau. Dari Seoul pulak tu. Dia fikir kita tak tahu? " kedengaran jengkel nada suara Jungwoo. Jelas lelaki itu menyampah dan kurang senang.
" and now she's also here " Taehyung bersuara setelah Jungwoo habis berbicara. Agak terkedu lelaki yang berdiri di sebelahnya.
" Seriously? Where's she? " laju saja kepala berpusing. Memandang ke belakang. Meliar mata ke kiri dan kanan.
YOU ARE READING
[ C ] Be Mine 내꺼야 Kim Taehyung
Romance[First writing has many mistakes] "i'll make sure, you say yes" Pertemuan mereka tidaklah seindah di dalam drama, semuanya bermula dengan pergaduhan. Masing-masing menyanjung ego, tidak mengaku kesalahan sendiri. Sering menyalahkan pihak lawan. Buk...