✿*:・゚85 ゚・:*✿

149 30 14
                                    

❝ Change is never esay but always possible ❞
══════ •『 ♡ 』• ══════

                   " Party! Party! Yeah! Let's go to the party, bestie! " bising kedengaran suara Jimin memenuhi ruang. Lelaki itu tidak lekang dari senyuman sedari tadi. Gembira.

Malam ini Star Talent Agency mengadakan majlis perpisahan kepada model yang bakal menamatkan kontrak mereka bersama syarikat itu. Park Jimin, antaranya.

" pass me the perfume " arah gadis itu memandangkan Jimin berada dekat dengan botol minyak wanginya.

Lekas lelaki itu menghulurkan minyak wangi tersebut. Yerin menyembur ke satu tubuh.

" Yerin, i've crazy idea. You want to know? " melihat senyuman misteri di bibir lelaki itu buatkan bulu roma di kulit lengannya mencanak naik. Entah apa yang ada dalam kepala lelaki itu.

" Apa? " mahu tahu juga.

" Kita minum sampai mabuk, malam ni. Macam mana? " soal Jimin. Tetapi di pendengaran gadia itu seakan cabaran pula.

" is that we called challenge? " gadis itu kembali menyoal. Jimin mengangkat sebelah bahu.

" deal or cool? " sebelah kening terangkat. Sah dia mencabar!

" cool " gadis itu terikut tersengih. Bukan selalu buat perangai. Walaupun agak berisiko kerana esok pagi dia ada penerbangan ke Korea.

Ya, esok dia kembali ke Korea!


               Minum sampai mabuk? Ya, itulah apa yang mereka sedang lakukan. Selepas menghabisi berbotol wine, champagne pula mereka teguk. Bukan mereka saja berkeadaan begitu. Tetamu lain yang hadir juga begitu.

Puas di tegah oleh Puan Aereum, tetapi ke dua mereka langsung tidak makan saman. Degil! 

Sudahnya, Puan Aereum biarkan saja. Dia juga sibuk menguruskan tetamu penting.

" cheers! " tinggi Yerin mengangkat gelas nya. Jimin turut menuruti tingkah gadia itu.

" cheers..." gelas di lagakan. Jimin sudah tidak bermaya tetapi diteguknya juga. Kepala di letakkan di atas meja. Pening.

" come on, Jimin! One more sip wouldn't harm you! " kata Yerin. Dia menepuk-nepuk bahu lelaki itu. Jimin menggeleng. Tanda tidak mahu. Terasa seperti mahu terkeluar segala isi di dalam perut.

Yerin menongkat kepala di atas meja. Bibir menguntum senyum. Dia memandang Jimin lama. Penuh minat menatap wajah lelaki itu

Berkerut dahi lelaki itu menerima pandangan sesuatu dari gadis itu.

" what are you looking at? " kepala di angkat sedikit ketika menyoal.

" I saw Taehyung in you " selamba dia berkata. Bibir masih tersenyum meleret. Entah kenapa matanya kini nampak Taehyung dan bukannya Jimin.

Indahnya jika benar...

" pergi mana...?" Yerin memandang Jimin yang sedang bangun itu. Tubuhnya kelihatan terhuyung-hayang.

" throw away my meals―" laju tangan menekup mulut. Terus berdesup lelaki itu keluar mencari tandas. Yerin yang memerhati tergelak suka.

Seketika, dia pula merasa isi perut nya mengelodak. Laju tangan naik menekup mulut. Membuat perkara yang sama seperti Jimin.

Cepat-cepat dia berjalan keluar. Akibat ketidakseimbangan, tubuhnya bagai di tarik graviti. Menunggu masa untuk jatuh. Membulat anak hitamnya.

Yerin bingung sendiri apabila merasa pinggang nya di rangkul seseorang. Dalam mata yang berbalam, dia mengangkat wajah. Kelihatan susuk tubuh tegap seorang lelaki.

[ C ] Be Mine 내꺼야 Kim Taehyung Where stories live. Discover now