✿*:・゚ 16 ゚・:*✿

286 43 5
                                    

❝ you can't blame gravity for falling in love ❞
══════ •『 ♡ 』• ══════

      Telapak tangan kanan di letakkan di tepi dagu. Kemudian, di tolak ke sebelah kanan. Begitu seterusnya. Yerin seperti sedang mematahkan tulang lehernya sendiri. Terhasil bunyi tulang tersebut memuaskan diri gadis itu. Hilang sedikit lenguh pada leher jinjang tersebut.

Terasa segala otot dan urat saraf di dalam badan nya sudah tersimpul mati. Terlalu lama sangat duduk sehingga sakit punggung nya ini.

Bayangkan saja lah daripada tadi hanya menunduk saja. Mencatit apa yang patut di catat sewaktu para pekerja membentangkan hasil kerja mereka.

Yerin bercadang untuk ke pantri mencari minuman yang dapat membasahkan tekaknya tika ini. Jika tidak ada air pasti dia ingin melelapkan mata.

Semasa berjalan ke pantri, tangannya pantas mengurut sekitar kawasan leher serta menumbuk-numbuk bahu pada bahagian yang di rasakan sangat lenguh tika ini.

Gaya macam melakukan kerja berat saja. Padahal hanya duduk.

Waktu tidurnya sekarang makin berkurang akibat terlalu sibuk. kadang-kadang dia ada terfikir, bagaimana Encik Jung boleh handle semua masalah ini sendirian.

Sebaik saja kaki nya membelok mahu masuk ke pantri, tubuh Yerin di rempuh seseorang hingga mengakibatkan kedua-duanya terundur beberapa tapak ke belakang.

Yerin yang dalam keadaan terkejut pantas saja mengibas kan baju nya yang terkena black coffee tersebut.

Habis blouse berwarna biru cerahnya menjadi mendung akibat kopi itu.

" Ci-cik Yerin. Mi-Mianhaeyo ! Jeongmal mian-mianhae !" bersungguh-sungguh pekerja perempuan itu menunduk ke bawah bila mengetahui gerangan yang di langgarnya.

" gw-gwenchana " balas Yerin perlahan. Terasa melecur kulit pada bahagian perutnya apabila merasakan air kopi hitam tersebut sudah meresap masuk ke dalam.

Semalam kena langgar, hari ini juga kena langgar. Atau dia yang cuai ?

" Sa-saya minta maaf sangat-sangat C-cik Yerin !" sekali lagi dia menunduk kerana takut akan gadis di hadapannya ini.

Jika selepas ini dia mendapat notis perletakkan jawatan, gadis itu terima dengan hati yang terbuka. Memang salahnya kerana terlalu leka melihat telefon di tangan.

Yerin mengangkat wajahnya apabila merasakan gadis di hadapan nya ini tidak berhenti memohon maaf dan menunduk hormat.

Matanya turun melihat kad pekerja yang tergantung pada leher gadis itu. Eun-ha.

" Eunha " panggil Yerin perlahan. Tangan masih lagi mengibas baju nya. Panas oi !

" n-nae ?" gadis itu hanya menekur lantai sahaja. Tidak sanggup mahu melihat boss kecil mereka.

" tak apa. Sikit je ni. Tak perlu rasa serba salah. Saya pun selalu juga terlanggar orang. People make mistake, right " tenang Yerin bersuara. Perlahan-lahan Eunha memandang laman wajah Yerin.

Jelas gadis itu jauh lebih muda darinya.

" it's okey " Senyuman tidak pudar pada bibirnya. Lengan Eunha menjadi mangsa pegangan kejap Yerin bagi memastikan gadis itu percaya akan kata-katanya.

Kemudiannya, Yerin terus berpatah semula ke arah biliknya. Terasa usus perutnya sudah melecur. Terbantut segala niat ingin membasahkan tekak. Tidak mengapa lupakan saja.

[ C ] Be Mine 내꺼야 Kim Taehyung Where stories live. Discover now