❝ you will face many defeats in life, but never let yourself be defeated ❞
══════ •『 ♡ 』• ══════
Kereta miliknya di parking elok di bawah garaj bersebelahan kereta milik Encik Jung. Gadis itu bersandar seketika pada kerusi pemandu tersebut setelah enjin kereta di matikan. Mata di pejam sesaat.
Letih.
Tali pinggang keselamatan di buka. Segala barangnya di ambil sebelum keluar dari perut kereta. Angin sejuk malam menyapa batang kaki nya. Kebetulan dia hanya memakai dress di bawah lutut saja.
Pintu rumah di buka. Kasut tumit bertapak besar itu di buka sebelum di campak kan saja ke dalam almari bersebelahan pintu masuk.
Ruang tamu sudah gelap. Tetapi lampu di bahagian dapur masih terang. Kaki menapak ke dapur. Barang nya di letakkan di atas hall kitchen.
Peti sejuk di bukanya. Sebelum gelas yang berada bersebelah peti sejuk itu di capai. Air mineral yang berada di dalam jag besar itu di tuangkan perlahan ke dalam gelas tersebut.
Pintu peti sejuk di tolak menggunakan kaki nya. Sebaik saja tubuh di pusingkan ke arah kiri. Air di dalam mulutnya tersembur sedikit.
" uhuk ! Uhuk !"
Terkejut. Melihatkan Encik Jung berdiri tegak berdekatan barangan yang di letak nya tadi.
" appa buat apa dekat sini ?" soal gadis itu.
" lewat kamu balik " serentak itu anak mata Yerin mencari jam berhampiran.
12:47 am.
" banyak kerja, pa. Lepas habis satu kerja, datang lagi satu kerja. Entah bila nak habis " bebel nya. Gelas itu di cuci sehingga bersih.
" amboi. Kalau habis kerja kamu, bankrup lah Jung Holding. " Encik Jung menjelingnya sekilas. Gadis itu tersenyum nipis. Jelas kelihatan wajah lelahnya.
" kamu dah makan malam belum ?" Encik Jung menyoal prihatin. Yerin sekadar mengangguk sebelum mengambil semua barangnya.
" makan apa ?"
" mee segera " selamba dia menjawab. Membulat mata hitam lelaki tua itu.
" bukan appa dah pesan, jangan makan mee segera lagi. Kamu ni degil betul. Kalau jatuh sakit macam mana ?" Yerin melihat saja wajah tegang Encik Jung itu. Tersenyum dia seketika.
" i'm fine, Mr. Jung "
" biar appa masakkan makanan untuk kamu " belum sempat lelaki itu mahu berjalan melepasi nya, Yerin segera menahan.
" tak apa lah, appa. Dah lewat malam dah pun. Perempuan tak elok makan lewat malam, nanti berat badan naik " dia tersengih.
" Yerin, naik dulu. Nak mandi " pamit nya. Encik Jung mengangguk saja. Membenarkan.
Di pandang belakang badan anaknya itu.
" dah dewasa, Yerin " katanya perlahan.
YOU ARE READING
[ C ] Be Mine 내꺼야 Kim Taehyung
Romance[First writing has many mistakes] "i'll make sure, you say yes" Pertemuan mereka tidaklah seindah di dalam drama, semuanya bermula dengan pergaduhan. Masing-masing menyanjung ego, tidak mengaku kesalahan sendiri. Sering menyalahkan pihak lawan. Buk...