❝ Listen to your heart, not to people's opinion ❞
══════ •『 ♡ 』• ══════Berkerut dahinya memandang kereta mewah jenama Jaguar F-Pace berwarna putih yang tersadai elok di depan pagar rumah agam Encik Jung ini.
" siapa pulak tu " Gadis itu menyoal sendirian. Yerin mengunci semula kereta miliknya. Dia melangkah ke arah kereta tersebut. Curiga. Cermin gelap menghadkan pandangan nya.
Pintu sebelah pemandu dibuka oleh seseorang. Mengecil matanya memandang figura yang keluar dari kereta itu.
Lelaki.
Seketika matanya membulat besar. Ternganga mulutnya. Bagai tidak percaya.
" hey pretty. You miss me? " senyuman ala-ala boyish dia berikan kepada Yerin pada tengah hari ini.
" m-macam mana kau jumpa rumah aku ?" dia menyoal lelaki dihadapannya ini tidak percaya. Bersilih ganti dia memandang kereta dan lelaki itu.
" Well, this is Park Jimin. Nothing possible to me. Kan aku dah cakap, aku pakar cari rumah orang " kening di angkat berkali-kali. Tanda berbangga dengan diri sendiri.
Sedangkan tadi hampir satu jam juga dia berpusing mencari rumah agam gadis itu. Susah betul. Nyaris saja dia berputus asa. Mujur jumpa. Itu pun hasil bertanya dari penduduk di sini.
Tapi diam kan saja. Jangan di beritahu gadis itu. Mahu dia gelakkan tujuh hari tujuh malam.
" kau tanya orang-orang dekat sini, kan? " di pandangnya lelaki itu atas bawah. Bagai tidak percaya model itu menjumpai rumah ini. Hairan. Walhal, lelaki itu bukannya berasal dari sini.
Agak kagum juga dengan kebolehan dia. Heh !
" Tak. Mana ada. Ni kau, cantik-cantik ni nak pergi mana? " sempat dia menilik pakaian gadis itu. Cantik seperti selalu.
" office " sepatah Yerin menjawab. Terangkat kening Jimin. Bibir sudah melakar sebuah senyuman.
" nak ikut !"
" Mana boleh! " laju saja Yerin menolak.
" kenapa tak boleh pulak ?" berkerut dahinya. Tanda Jimin mahu memprotes. Nak ikut pun tak boleh. Kedekut betul!
" itu pejabat. Nanti kalau orang nampak aku bawak kau, tak pasal-pasal aku kena gosip skandal dengan kau. Tak nak aku " Tergeleng kepala gadis itu. Tidak boleh membayangkan peristiwa itu. Seram.
" Let them be. Biar lah apa orang nak fikir. Nak gosip. Kenapa kena sibuk tentang pandangan orang? " bersahaja dia berkata. Tangan disilang ke dada.
Jimin just being Jimin.
His ' i don't care ' attitude remind me to someone i know...
" suka hati kau lah, pendek " terus Yerin berjalan masuk sebelum. Tersentak gadis itu apabila beg tangannya di tarik dari belakang. Terundur Yerin dibuatnya.
" apa ni?! " bengang dia menyoal. Suka hati je main tarik-tarik. Kalau rosak beg tangan mahal ini siapa mahu ganti rugi?
" naik kereta aku jelah " dia terus berjalan ke arah bahagian penumpang. Pintu itu dibuka. Jimin mengamit Yerin supaya masuk.
YOU ARE READING
[ C ] Be Mine 내꺼야 Kim Taehyung
Romance[First writing has many mistakes] "i'll make sure, you say yes" Pertemuan mereka tidaklah seindah di dalam drama, semuanya bermula dengan pergaduhan. Masing-masing menyanjung ego, tidak mengaku kesalahan sendiri. Sering menyalahkan pihak lawan. Buk...