❝ Always be ready to say goodbye to anything ❞
══════ •『 ♡ 』• ══════Sedar atau tidak. Perkahwinan mereka sudah masuk satu tahun. Setakat ini baik-baik saja. Namun, tipu lah jika dia bilang sepanjang perkahwinan mereka manis saja yang ada.
Kadang-kala, perselisihan faham menjadi asbab mereka bergaduh. Cuma, bergaduh manja saja. Taehyung sangat penyabar orangnya. Tidak berputus asa melayan dan memujuk rajuk si isteri.
Mungkin, sedar akan kesalahan sendiri? Siapa suruh berjanji tapi tidak tepati. Begini lah yang berlaku sekarang.
"Sweetheart, jangan lah macam ni." Belakang tubuh isterinya dia bawa ke dalam pelukan. Melabuh dagu ke bahu tersebut.
Lelaki itu merengek manja untuk mencairkan sekeping hati milik Yerin. Terkesan juga lah gadis itu. Namun, dia buat tidak endah saja. Mahu kasi pengajaran sedikit buat suaminya.
Yerin masih tegak memandang bandar Seoul yang masih terang biarpun angka jam ketika ini berganjak 12 tengah malam.
Dan, mereka masih berada di luar kamar tidur. Berpelukan di balkoni. Seorang merajuk, seorang memujuk.
"Sweetheart..." meleret nada suaramya.
"Don't mind me. I'm fine here alone" Setenang yang mungkin nada suaranya dia kawal. Wajah juga bagai tidak terkesan. Walhal, di dalam hati dia bagai mahu menangis saja bila mengenang kan perangai Taehyung yang sejak dua menjak ini lain benar.
Sudah berubah.
Taehyung seakan mahu mengelak darinya. Berjanji mahu masuk ke bilik tidur sebelum jam 11 malam. Namun, apa yang dia buat? Sudah hampir jam 12 baru lelaki itu muncul.
Alasan yang di beri sama saja. Kerja, kerja dan kerja. Bukan dia tidak mengerti bahawa lelaki itu sibuk. Dia faham sangat. Tapi, dia juga kerja. Sibuk.
Tak akan dah malam pun masih terperuk di dalam bilik kerja lagi?! Bahagi lah masa sikit untuknya yang kekurangan kasih sayang suami ini.
Sakit hatinya.
"I'm really sorry, sweetheart. Saya tak berniat pun nak mungkir janji. Tadi, tu ada kerja sikit. Memang kena siapkan, before tomorrow. Forgive me, please..." lembut nada lelaki itu memujuk isterinya yang melancarkan perang dingin dengannya.
"Tipu. Tiap-tiap hari macam tu. Janji, lepas tu mungkir. Lepas, mungkir...minta maaf. Esok ulang lagi benda sama " gadis itu membebel ketidakpuasan hatinya. Entahlah, sejak kebelakangan ini dia sering sangat beremosi dan cepat sentap.
Ada salah sikit yang Taehyung lakukan dia terus saja menyuarakan kepada lelaki itu, langsung tidak simpan.
Itu sebablah tercetusmya perbalahan kecil seperti ini.
"I know my fault. Saya minta maaf sangat-sangat. I will do anything for you. Sweetheart, nak apa saya akan tunaikan. Jangan lah macam ni, sayang... " Taehyung cuba membuat tawar menawar. Ingin menarik perhatian gadis itu kepadanya.
Berkerut wajah gadis itu bagai menahan tangis. Yerin mengunci mulut. Rapat. Tidak mahu bersuara. Malah, tidak ingin langsung untuk berkata-kata.
Namun, dia gagal.
YOU ARE READING
[ C ] Be Mine 내꺼야 Kim Taehyung
Romance[First writing has many mistakes] "i'll make sure, you say yes" Pertemuan mereka tidaklah seindah di dalam drama, semuanya bermula dengan pergaduhan. Masing-masing menyanjung ego, tidak mengaku kesalahan sendiri. Sering menyalahkan pihak lawan. Buk...