✿*:・゚ 22 ゚・:*✿

254 39 3
                                    

❝ Don't be nervous, trust yourself ❞
 ══════ •『 ♡ 』• ══════

           Setelah berjam-jam berlalu, program membosankan itu telah pun tamat dengan jayanya. Semua di minta untuk ke kantin syarikat untuk menikmati hidangan.

Yerin adalah orang pertama yang sampai di sini. Dan ya. Dia juga orang pertama keluar daripada bilik mesyuarat itu selepas Mr. beku 1.0 aka Min Yoongi si mayat hidup keluar.

" Yerin !" laung seseorang dengan kuat. Yerin yang sedang leka bermain telefon di tangan, lantas mengangkat wajah.

Anak mata hitam nya melihat ke sekitar mencari punca bunyi itu.

" hey " Yerin melambai seraya melangkah ke arah Seokjin di meja makan itu. Langkah kakinya menjadi semakin perlahan apabila mendapati bukanlah hanya Seokjin seorang malah ' Mr. Beku 1.0 dan juga 2.0 ' ada bersama.

Min Yoongi dan juga Kim Taehyung.

" duduk lah. Order "  Seokjin menolak selamba kerusi kosong di sebelahnya menggunakan kaki. Langsung kerusi itu menggelongsor ke belakanng. Cekap Yerin menahan.

" tak...apa ke ?" Yerin menyoal perlahan Seokjin. Anak matanya bergerak ke hadapan seakan memberi ' hint '.

" tak apa. Aku sampai dulu. Diorang pun pakai tarik je kerusi. Aku tak pelawa pun " sarkastik Seokjin membalas. Yerin melihat buku menu apabila pelayan perempuan itu menghulurkan kepadanya.

Ingatkan makan dekat sini makanan free, rupanya kena bayar sendiri.

" hey pretty !" tanpa salam atau apa. Kerusi di hadapan Yerin di tarik selamba oleh Hyunjae. Seokjin yang sedang menghirup air mahu saja melayangkan penampar ke arah lelaki itu.

Anti benar Seokjin dengan budak lelaki itu.

" kau ingat kitorang yang dekat sini halimunan ?" soal Seokjin lagak memerli. Yerin saja yang dia nampak.

" Ha--" baru saja lelaki itu mahu menyapa mereka. Percakapannya lantas di potong oleh Yoongi

" no need to greet me " senada saja suara Yoongi. Taehyung hanya diam melihat ke arah telefonnya. Hyunjae terus mencebik.

" encik, order ?" pelayan perempuan itu menyoal Hyunjae.

" sama macam, my pretty " kenyitan mata di hadiahkan kepada pelayan itu. Dia hanya menunduk sebelum beredar.

Crocodile typical.

Yerin menjeling Seokjin yang sedang memandangnya dengan penuh pandangan yang mencurigakan.

" kau nak apa, Jin " jengkel Yerin menyoal.

" nothing. Mana Sooyoung ?" soal Seokjin. Yerin mengangkat kening. Hyunjae memandang Seokjin sebentar sebelum membuka telefonnya.

" dia kata nak angkat call sekejap. Nanti masuk lah tu " balas Yerin seraya membuka aplikasi permainan video di telefon nya.

" pretty " panggil Hyunjae. Anak matanya melihat Yerin yang sedang fokus pada permianan video itu.

" panggil dia Yerin boleh tak ? Rimas lah aku dengar, pretty pretty bagai " celah Seokjin seraya membahagi air yang telah sampai kepada pemiliknya.

" hyung nak marah kenapa pula ? Pre--Yerin, okey je " katanya seraya mencebik. Hampir saja tersasul.

" mana kau tahu ? Isi hati dia kau dapat baca ke ?" Seokjin memandang tajam ke arah lelaki itu.

" macam lah hyung dapat baca isi hati dia juga. " berani dia menjawab.

[ C ] Be Mine 내꺼야 Kim Taehyung Where stories live. Discover now