Deringan telefon nya menyentakkan seorang gadis yang sedang tidur. Ditutup alarm telefonnya dan ditoleh ke arah jam di dinding menunjukkan pukul 4 pagi.
Dia bingkas bangun untuk membersihkan diri dahulu. Setelah itu dia mengambil satu bakul dan melangkah ke bilik abang nya iaitu Razin Afkar.
Pintu dikuak perlahan agar jejaka tu tidak terngangu dari tidur. Jika Razin terganggu pasti dia akan dapat akibatnya.
Dikutip pakaian kotor Razin dan melangkah keluar untuk ke bilik Rizan Azkar pula. Dia mempunyai dua abang kembar.
Setelah selesai mengutip pakaian abang abangnya dia bingkas ke kamar mandi untuk membasuh. Memang ini lah rutin hariannya setiap hari. Jika tidak melakukan kerja rumah pasti dia akan didera atau dipukul.
Pembantu rumah pula mereka tidak ambil kerna tidak mahu menyusahkan orang tapi dia tahu abang kembarnya itu mahu mendera nya dengan cara ini.
Orang tua mereka pula sudah meninggal dunia semasa mereka bertiga umur 14 tahun akibat ditembak oleh musuh. Yang mereka tahu arwah ayah mereka ialah ketua mafia tapi sudah lama cuci tangan. Mungkin masih ada musuh yang tidak puas hati.
Reza Alexandra itulah nama yang diberi oleh kedua orang tuanya pada dirinya.
Reza menghela nafas perlahan. Dimasukkan pakaian ke mesin basuh untuk mengeringkan.
Usai menjemur pakaian di ampaian,dilihat jam sudah pukul 5:15 menandakan mahu subuh.
Dia mengejutkan dahulu abang kembarnya untuk bangun solat, nasiblah mereka berdua tidak memarahinya.
Reza melipat kain telekung nya dan berlari turun ke bawah untuk membuat sarapan pagi. Mereka bertiga hanya akan makan roti saja mungkin perut mereka tidak terima jika makan nasi waktu bergini.
"Kau dah jemur pakaian kitorang?"soal Razin dingin. Reza mengangguk.
"Dah. Rez naik siap dulu"Reza mengelap tangannya dan berlari naik ke bilik untuk bersiap ke sekolah.
"Raz, kau tak rasa yang kita ni dah melampau ke dera dia?"Soal Rizan adik kembarnya.
"Lepastu kau nak kita layan dia macam mana? Nak bersayang sayang bagai? Erh memang tak lah kau tengok lah pakaian dia selekeh gila. Pergi sekolah dengan pakai cermin mata besar gedabak. Malu aku dekat sekolah kalau orang tahu dia adik kita"Rizan menghela nafas berat. Dia tidak boleh lawan dengan abangnya. Kang kalau lawan juga pasti kalah.
Si Razin ni jenis ego tinggi melangit. Keras kepala. Panas baran pula satu hal. Dan dia? Hanya perlu ikut saja kehendak jejaka itu.
"Reza pergi dulu"Gadis itu mahu menyalam tangan abang kembarnya namun mereka buat seperti tidak wujud saja.
Reza yang faham itu hanya mampu tersenyum nipis walaupun dalam hatinya sakit.
Kaki diatur melangkah keluar untuk ke sekolah takut lambat pula.
"Hey Rez!"sapa Fitri Aqila sepupunya. Reza tersenyum ke arah gadis itu.
"Hye, mana Aurel?"soal Reza bile tidak nampak sepupunya yang lagi seorang.
"SINI!!"jerit Aurel yang sedang lari terkedek kedek ke arah mereka.
Sudah lah pendek nampak macam budak budak tersesat di mall. Perwatakan mereka bertiga adalah sama bercermin mata besar.
Atau lebih tepat nya Nerd.
"Hoi budak nerd! Kerja sekolah kitorang dah siap belum?"Mereka bertiga menoleh ke arah Flower yang dianggotai oleh the leader Puteri Erin dan diikuti Zainatul Huda dan Fazlina Balqis.
"Dah"mereka menyerahkan buku buku itu kepada Flower.
"Bagus, korang ni bukan tak boleh pakai tapi tulah nerd" Trio hanya diam saja.
"Kalau tak ada apa apa kitorang minta diri dulu" Trio bingkas melangkah ke kelas.
Trio girl itulah nama kumpulan mereka yang dirahsiakan oleh Lavender Highschool. Mungkin tiba masa nya mereka akan memberitahu identiti yang sebenar.
Trio girl berselisih dengan 4Boy's yang dianggotai oleh abang abang mereka iaitu. Razin,Rizan,Firash dan Airel. Namun mereka bertiga hanya menunduk saja tidak memandang wajah ketat 4Boy's tambah lagi kedua abang kembar Reza yang mencerlung tajam ke arahnya.
YOU ARE READING
5. THE SILENT GIRL [C]
FantasyHighest #1 in Sad TRIO GIRL TG dianggotai tiga orang gadis berperwatakan nerd dan selalu di buli. Namun mereka masih bersikap sopan santun walaupun dipijak dihina oleh pelajar Lavender Highschool. Kedatangan Badboy ke sekolah itu membuatkan rekod di...