"assalamualaikum Rez, pengetua bagitahu aku lusa ada pelajar baru. jadi pengetua suruh kita pergi pejabat besok" kata Aurel yang berada di hujung talian.
"Walaikumsalam, pelajar baru? Lelaki atau perempuan?"soal Reza. Tanpa dia sedar Raz sedang memerhatikan nya.
Dia bersila di atas buaian yang berada di taman.
"Pengetua cakap lelaki rasanya Badboy mungkin sebab masa sekolah lama diorang rekod disiplin teruk"Reza menganguk.
"Tapi apa kaitan dengan kita?"berkerut dahinya. Dah kenapa nak kena kait dengan diorang sekali.
"Kau tanya aku macam lah aku tahu. Besok kita tanya jelah pengetua" Reza tergelak kecil bila mendengar suara Aurel seperti mahu marah.
"Yelah Aurel, kau kan Ratu gosip"usik Reza.
"Ehh engkauuu bila masa aku Ratu gosip? Oh tolonglah kalau si Puteri Erin tu yess!" Reza tergelak.
"Gurau jelah. Dahlah jumpa esok bye assalamualaikum"ditamatkan panggilan nya setelah Aurel menjawab salam.
"Call siapa?" Terlambung telefon nya ke atas akibat terkejut. Nasib sempat disambut. Razin mengemam bibir mahu saja dia ketawa tapi lain kali.
"Call Aurel, kenapa?"Reza mendongak apabila Razin berdiri di depannya.
"Kau tak bagitahu apa apa dekat si dia?" Reza yang faham siapa si dia itu mengeleng.
"Tak bagitahu apa apa pun."jawab Reza tanpa gugup apabila sepasang mata Hazel Razin tajam menikam matanya.
"Bagus. Kau tahu kan apa jadi kalau kau bagitahu dia? " Reza menganguk.
"Tahu"kepala ditundukkan. Razin mengusap kepala Reza perlahan dan berlalu pergi. Reza agak tersentak dengan tindakan Razin. Sudah lama Razin tidak mengusap kepalanya bergitu dan harini jejaka tu melakukan nya.
Razin yang berada di dalam bilik nya melihat tangannya sendiri. Macam mana dia boleh usap rambut gadis tu?.
"Argh lantak lah"direbahkan badan nya untuk tidur.
"Ada apa pengetua nak jumpa?"soal Fitri lemah lembut.
"Macam ni, kamu tahu kan besok ada pelajar baru?" Trio mengganguk.
"Jadi saya nak kamu bertiga tolong perhatikan mereka boleh?" Wanita berumur 30-an itu tersenyum manis ke arah tiga gadis tersebut.
Trio berpandangan sebelum mengangguk.
"In Shaa Allah boleh umi"Trio turut tersenyum. Mereka sudah biasa memanggil pengetua dengan panggilan umi.
Trio meminta diri untuk pulang ke kelas.
"Rez, agak agak apa akan jadi bila pelajar baru tu masuk sekolah ni?"tanya Fitri.
"Aku tak tahu Fit mungkin kita mangsa diorang" masing masing terdiam. Semasa di meja, Reza banyak mendiamkan diri dan itu menjadi tanda tanya kepada dua sepupu nya.
"Rez, kau fikir apa?"disentuh bahu gadis tu. Tersentak Reza dibuatnya.
"Huh? Tak ada apa apa pun"jawabnya.
"Abang abang kau pukul kau lagi?" Reza mengeleng.
"Tak ada apa lah jangan risau eh"dihadiahkan senyuman tawar pada sepupunya.
"Kalau kau ada masalah kau boleh share dekat kitorang. Jangan lah diam ja"Reza mengganguk faham.
"Thank"Aurel dan Fitri tersenyum.
_________________________________________"Ni makan dia!"Zainatul melempar batu ke arah Trio akibat latihan nya ada yang salah.
"Sakit. Korang kenapa hah?"soal Fitri.
"Kau tanya kitorang kenapa? Otak kau ni lembab sangat ke hah? Kitorang dah cakap jangan ada yang salah. Ni apa?"ditunjuk buku latihan nya depan Fitri.
"Satu je kan takkan itu pun nak marah?"Fitri masih bersikap lembut.
"Tak kesah lah satu ke apa. Kitorang taknak ada kesalahan langsung! Aku nak korang balik buat latihan kitorang yang baru!" Erin menyerahkan bukunya pada Reza.
"Ta..tapi kitorang pun banyak kerja sekolah jugak" Flower tersenyum sinis.
"Itu masalah kau bukan masalah aku. Dah jom geng kita blah" Flower berlalu pergi meninggalkan Trio di belakang blok sekolah.
Reza melihat siku nya yang luka. Antara dia dengan dua sepupunya, dialah yang agak teruk sedikit.
"Reza, kau okeyh? Siku kau teruk juga ni" Gadis tu tersenyum.
"Tak apa sikit je ni jom balik"ajak Reza.
Masuk saja kerumah dia ditengking oleh Razin sehingga bergema rumah banglo dua tingkat tersebut.
"KAU PERGI MANA HAH SAMPAI PUKUL 5 BARU KAU BALIK? KAIN YANG DEKAT AMPAIAN TU SIAPA NAK KUTIP KALAU BUKAN KAU? EISH ASAL AKU DAPAT ADIK YANG MENYUSAHKAN HAH?"ditarik rambut Reza dan ditolak ke lantai.
"Ma..maaf ta..tadi ARGHH!"jerit Reza apabila perutnya dipijak. Rizan yang melihat tu mengemam bibir kalau boleh dia mahu tolong Reza tapi Razin pasti akan memukulnya pula.
"Tadi apa? Tadi kau pergi berdating dengan jantan kan?"ditumbuk perut Reza tanpa belas kasihan.
"Ta..tak"air matanya mengalir ke pipi. Sakit. Sudahlah luka disiku nya belum dirawat tambah dengan seksaan dari abangnya pula.
Razin membuka tali pinggang nya dan dilibas ke arah Reza dengan kuat. Gadis tu hanya mampu menahan sakit saja.
Reza menoleh ke arah Rizan yang menatapnya sayu. Dengan gerakkan mulut dia memohon maaf kepada Rizan.
Jejaka tu menutup matanya erat. Semasa dipukul, gadis itu mampu memohon maaf kepadanya? Tapi Razin? Memukul gadis tu tanpa sedikit belas kasihan.
"BLAH!"jerkah Razin. Reza bingkas bangun naik ke bilik. Nafas Razin turun naik menahan amarah.
Raz menoleh ke arah adik kembarnya yang menunduk mungkin tidak sanggup melihatnya memukul Reza sebegitu. Kaki diatur melangkah ke bilik.
"Abang minta maaf Reza sebab hanya mampu menjadi penonton."hatinya sakit melihat adik perempuannya bergitu. Tapi apa dia boleh buat untuk berlawan dengan Razin?.
YOU ARE READING
5. THE SILENT GIRL [C]
FantasyHighest #1 in Sad TRIO GIRL TG dianggotai tiga orang gadis berperwatakan nerd dan selalu di buli. Namun mereka masih bersikap sopan santun walaupun dipijak dihina oleh pelajar Lavender Highschool. Kedatangan Badboy ke sekolah itu membuatkan rekod di...