BAB 28

10.3K 632 20
                                        

"wah wah wah hidup lagi rupanya kau ni ingat dah mampos"sinis Erin berkata sambil menilik penampilan Alex atas bawah. Gadis tu sangat berbeza.

"Asal kalau dia hidup lagi. Ada kacau dengan hidup kau ke?"Fitri menjongket keningnya berkali kali.

"Sekolah ni aman lah kau tak ada kan you all"ahli Flower yang lain menganguk.

"Kau silap ni. Sepatutnya korang yang tak ada dekat sekolah ni dan semuanya akan menjadi sangat sangat sangat aman"Aurel tersenyum sinis.

"Sedar diri sikit korang bertiga tu hanya budak NERD yang selekeh dan satu lagi korang tu hanya bawah tapak kaki kitorang ja"Aurel dan Fitri tergelak.

"Hello bitch, sedar diri tu sikit yang berpangkat ayah korang ja lain lah kitorang yang terang lagi bersuluh depan nama ada Tengku" bidas Aurel pedas dan sekali gus mendiam Flower. Ketiga gadis tu melangkah pergi dengan perasaan amarah.

"Huh tahu pula nak berambus."Alex mengangkat bahunya saja.

Fitri dan Aurel serentak menarik Alex  untuk bersembunyi sebalik dinding.

"Shh 4boy's"bisik Fitri.

"Eh? Bukan tadi ada orang ke?"Firash mengaru kepalanya.

"Kan? mungkin perasaan kau je kot. Dahlah jom balik kelas. Loceng rehat pun dah nk berbunyi" 4boy's mengatur langkah ke kelas.

Trio menghela nafas lega.

"Alex! Cuti sekolah nanti jom pergi lepak sama sama nak tak? Dah lama tak lepak sekali"Aurel mengoncang lengan Alex.

"Okeyh"Fit dan Aurel berhigh five. Jika Alex kata okeyh,maksudnya okeyh. Kalau Tidak maksudnya tidak.

Dia lebih suka straight to the point.

Tok..tok..tok

Aurel berlari ke pintu utama, sebaik saja pintu dibuka. Wajah abang abang mereka berada di depan muka pintu.

Air liur ditelan kesat. Kenapa nak datang tak bagitahu?.

"Heyy adikk! Kitorang ada bawa makanan!!"Aurel tersenyum.

"Jemputlah masuk"diberi laluan pada 6 jejaka tu untuk masuk.

"Tak sunyi ke tinggal berdua je? Kenapa tak ambil kawan tinggal sekali ke kan?"yang lain menganguk. Fitri dan Aurel tersenyum kekok. Mati diorang kalau ambil orang lain masuk ke dalam rumah.

"Tak apa lah abang, risau pula kalau ambil orang yang tak rapat. Macam macam boleh jadi"tutur Fitri tenang dan bingkas bangun untuk membuat air.

Rayyan menyilangkan kakinya sambil melihat rumah tersebut. Selepas kepemergian Alex, Aurel dan Fit terpaksa memberitahu dimana rumah yang mereka duduki kerana didesak oleh Firash dan Airel.

Fitri mencari telefonnya di poket namun tidak ada. Argh mati dia kalini. Sudahlah Alex tidak tahu kedatangan 6 jekaka tersebut. Tambah lagi lepas balik sekolah tadi, gadis tu terus naik tidur.

Alex bangun dari baringannya, digosok matanya dan terus bangun untuk mandi.

Fitri membawa dulang yang terdapat air Laici dan kuih muih.

"Eh? Air kosong ke ni?"Riz membelek air tersebut dan dihirup sedikit hm manis.

"Tu air ketum"tersedak jejaka tu. Ray yang duduk sebelah adiknya mengusap belakang jejaka tersebut.

Mata Ray tajam menikam mata Raz yang tersengih.

"Gurau gurau"dicantumkan tapak tangan nya.

"Ni laici bodoh"habis merah wajah jejaka tu disebabkan tersedak.

Yang lain hanya tergelak saja.

"Fit, malam ni aku balik lewat. Ada hal"Serentak semua menoleh ke arah suara tersebut.

Fitri dan Aurel menelan air liur sedaya upaya.

Alex yang menunduk bermain telefon tu meraup rambutnya ke belakang dan seketika dia terkaku.

"ADIK?!"serentak ke empat jejaka tu bangun bukan diorang ja tapi Firash dan Airel turut bangun.

Alex bingkas melarikan diri ke biliknya. Ditutup pintu tersebut dan dikunci dengan nafas turun naik.

"Adik buka pintu ni adik!!! Betul kan ni Xandra babygirl along? Kalau betul, please buka pintu ni. Along rindu" Rayyan mengetuk pintu tersebut berkali kali.

Alex menekup telinga nya. Kepala digeleng laju. Kaki ditarik rapat ke dadanya.

Dia tidak lupa apa yang mereka buat pada nya sehingga dia trauma sebergini.

"Fit mana kunci pendua? Please bagi dekat abang Raz!"Mohon Raz. Fit teragak agak untuk memberi tapi ni kebaikan adik beradik mereka juga.

"Nah"Fit menyerahkan kunci tersebut. Maafkan aku Alex ni untuk kebaikan kau.

Rayyan merampas kunci tersebut dan dibuka pintu tu. Mata ke empat jejaka tu terpandang akan adik mereka yang berpeluk lutut di hujung dinding.

"Reza Alexandra?"perlahan ke empat jejaka tu memanggil.

"KELUAR! AKU TAKNAK TENGOK MUKA SIALAN KORANG!"Tengking Alex.

"Xandra sayang? Pandang along please. Along rindu wajah Xandra, along rindu sifat manja Xandra, along rindu semua tentang Xandra."Alex mengeleng dengan telinga ditekup.

"PENIPU!!! KATA KATA KORANG SEMUA HANYA DUSTA!! KORANG SEMUA HANYA JADIKAN AKU HAMBA KORANG SAJA!!. KORANG KATA AKU NI PEREMPUAN MURAHAN!!! KORANG CAKAP AKU ADIK YANG TAK BERGUNA!! JANGAN INGAT AKU BODOH LAH SIALLL! KORANG ABANG YANG TAK BERGUNA AKU PERNAH DAPAT!!"

Zapp.

Bagaikan ada satu anak panah yang menusuk ke dalam dada ke empat jekaka tu apabila adik mereka berkata yang mereka abang tidak berguna.

Raz jatuh melutut depan adiknya dan diikuti Riz,Rasy dan Rayyan.

"Kami rela melutut depan adik supaya adik dapat maafkan kami"serentak mereka berkata dan serentak tu juga air mata jantan mereka gugur.

"AHAHA TIPU!! AKU TAK PERCAYAA KATA KATA KORANG!! HARINI KORANG BOLEH BERLAKON BUT TIDAK PADA HARI LAIN!" Kepala diangkat mata yang bewarna merah darah tu tajam menikam mata abang abang nya.

Terkejut mereka semua bila melihat mata gadis tu.

"QUEEN?"Rayyan terkejut mendengar nama yang baru saja Aurel dan Fitri sebutkan.

5. THE SILENT GIRL [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang