BAB 25

9.2K 563 15
                                    

"along sini lahh Reza rindu Along!" Rayyan berlari mendekati gadis kecil tu dan didukung dicium penuh kasih sayang.

"Along pergi sekolah je dik bukan pergi jauh jauh" Reza yang berumur 12 tahun tu hanya melentokkan kepalanya di bahu alongnya.

"Eee along ni tak kesahlah pergi sekolah ke pergi mana mana pun tetap rindu along hm"bibir dijuihkan. Rayyan mencubit pipi gebu adiknya geram.

"Ututu manjaa babygirl along ni" King Rafael dengan Tengku Rizana hanya mengeleng kepala melihat anak bongsu mereka yang sangat manja dengan alongnya.

"Jom, along bawa adik pergi beli ais krim nak?"Reza menganguk laju.

"Long kan baru balik je tak penat ke? Reza bagilah abang kamu tu rehat dulu"lembut suara Bonda Rizana.

"Tak apa lah bonda lagipun lepas tengok Xandra terus hilang penat ni"Rayyan tersengih dan meminta izin untuk keluar.

"Eh Xandra tunggu kejap eh Along tertinggal dompet"Rayyan berlari masuk semula ke dalam rumah.

Reza yang terpandang ada sesuatu di atas jalan raya, didekati ke arah tersebut baru saja dia mahu menunduk untuk mengambil ada kereta laju meluru ke arah nya.

Pinn pin!!!

"XANDRA!!" Rayyan bangun mengejut dengan wajah yang berpeluh.

"Astaghfirullahalazim"diraup mukanya dan bingkas bangun untuk solat subuh.

Usai saja solat subuh, Ray mendekati meja solek adiknya. Ditarik laci tersebut. Dahinya berkerut.

Pisau rambo itu diambil lalu ditilik.

"Pisau?" Apa yang adik dia buat dengan pisau ni. Dilihat ada satu buku nota.

Diambil dan dibuka. Terkejut bukan kepalang dibuatnya apabila tulisan tu ditulis dengan darah.

Keadaan dimana adiknya mengores tangannya sendiri itu seakan gadis tu sudah biasa melukai dirinya sendiri.

Dan pisau ni? Tak mustahil jika dia tidak guna untuk mengores lengannya sendiri dan darah yang terlekat di pisau ni pasti digunakan untuk menulis.

Diselak helaian demi helaian dan semuanya tentang luahan gadis tu dan perasaan dendam yang terpahat di hati gadis tersebut.

Nama kembar tu turut ada di dalam buku ni dan menjelaskan yang gadis tu sangat marah tapi Xandra tidak berdendam dengan abang kembarnya.

"Kenapa adik perlu cederakan diri sendiri?"nafas ditarik perlahan.

Tok..tok..tok

"Long dah bangun belum?"Rayyan cepat cepat menyimpan semula dua barang tersebut.

"Dah!"jejaka tu mengatur langkah keluar dari bilik adik perempuannya.

"So how?"pen dijari dipusingkan.

"Everything was running smoothly"ditundukkan badannya sedikit.

"Good. You can go now"dua tangannya digunakan untuk menongkat dagu.

"Baik boss"diatur melangkah keluar dari bilik boss nya.

"Eh I dengar si Reza tu dah meninggal. Sebab ape eh?"Soal Erin pada kawan kawannya.

"I pun tak tahu lah you ada yang cakap kemalangan"Erin mengangguk.

"Ke dia kena rogol sampai mampos dekat kelab? Yelah dia tu kan nerd mestilah bodoh kan"Mereka bertiga ketawa serentak.

"Fiq, kau ok?"soal Mika. Selepas pengebumian Reza, jejaka tu banyak mendiamkan diri. Jika ditanya hanya sepatah dijawab. Lepastu suka marah marah. Pelik.

"Aku ok ja. kau tak payahlah risau"balasnya datar.

"Ok Fiq, kitorang bukan tak perasan sifat kau yang tiba tiba berubah ni. Masa dengan kitorang kau tak ada lah dingin macam ni. Cuba kau cerita apa masalahnya?"soal Keven prihatin.

Afiq mendengus.

"Aku cakap tak ada apa maksudnya tak ada apa lah korang berdua tak faham ke hah?"Afiq bingkas bangun dan melangkah keluar dari kelas.

"Aku dapat rasa sesuatu yang tak kena dengan Afiq"Mika menganguk.

"Yeah aku pun dah lah jom kita cari si Fiq tu"Dua jejaka tu turut keluar untuk mencari Afiq.

5. THE SILENT GIRL [C]Where stories live. Discover now