BAB 54

5.7K 417 5
                                    

Alex menutup mulutnya apabila menguap. Gantuk dia. Diatur langkah ke bilik air yang berdekatan dengan surau.

TG serta pelajar perempuan yang lain menunaikan solat subuh terlebih dahulu sebelum mereka ke khemah untuk memasak.

Alex mengetuk dagunya. Terbit satu idea di fikirannya.

"Kau nak masak apa Alex?"soal Aurel.

"Aku nak masak nasi goreng china untuk abang Rayyan. Dia kan pagi pagi selalu makan nasi goreng china." Sepupunya menganguk.

"Apa kata kau buat lebih. Bagi pelajar lain makan sama lagipun kau masak sedapp."puji Aurel sambil tersengih.

"Yalah Aurel baik kau tolong aku."Aurel menabik hormat.

"Baik boss."Alex tergelak kecil. Fitri membancuh air untuk mereka semua.

Rayyan yang baru melangkah masuk ke dalam khemah tu terbau aroma nasi goreng china. Itu membuatkan perutnya minta diisi.

"Siapa masak?"soalnya pada Kak Dina.

"Adik awak masakkan."Rayyan mengangguk.

"Kakak kakak abang abang sini makan dulu sekejap lagi kami nak pergi hidang dekat pelajar lelaki pula."

Alex meletakkan nasi goreng china di depan brother.

"Thanks babygirl." Alex mengangguk sambil tersenyum dan diatur langkah ke dewan dimana pelajar lelaki berada.

"Lama aku tak makan masakan adik."Rasy menjamu selera masakan adiknya. Memang top lah sama macam masakan bonda mereka.

"Yeah"balas Ray. Dia tidak ada masa untuk bersembang. Dia lapar ni!.

Ting
Ting
Ting
Ting
Ting

Rasy.
-sedap masakan adik sebijik macam masakan bonda❤️.

Raz
-adik masak sedap sangat Thankyou ❤️.

Riz
-nanti masak lagi tau eheh loveyou❤️.

Afiq
-aku tahu kau masak btw thank sedap sangat thank sexy lady ❤️.

Leon
-thank sweetie❤️.

Alex tergelak kecil. Macam mana lah diorang boleh tahu yang dia masak. Seketika dibuka ig.

Membuntang mata nya.. rupa rupanya Aurel mengirim gambar nasi goreng tu ke dalam ig dengan caption,
Nasi goreng china from alexandra🖤.

"Kerja kau rupanya"dipandang wajah Aurel dengan tatapan kosong. Gadis tu tersengih.

"Sekali sekalaa"Fitri mengeleng kepalanya.

"Hm Alex." Mereka menoleh ke arah empunya suara.

"Kau nak apa lagi betina?"kasar Aurel bertanya.

"Rel, sabar."tegur Fitri.

"Kitorang nak minta maaf tentang semalam. Kitorang tak tahu yang kau adik abang Rayyan."Rose menunduk.

"Tak apa aku maafkan."Rose mengukir senyuman.

"Boleh kita jadi kawan?"TG berpandangan sebelum menganguk.

"Korang dah makan belum?kalau belum sini lah makan dulu."Rose mengaru belakang tengkuk mereka. Terasa malu pula dengan TG.

Tiga gadis tu duduk dan makan bersama TG sambil berbual kosong.

"Dengar sini. Harini kita akan adakan aktiviti galah panjang. Siapa yang menang akan dapat hadiah."Mereka semua menjerit teruja.

"Eh? Along dengan angah pun join?"soal Alex. Dua jejaka tu menganguk.

"Korang bertiga akan mula dulu. Satu garisan akan ada dua orang yang jaga jadi dekat sini ada empat garisan. Memandang kan lelaki ada lapan so kitorang akan jaga dan korang akan lintasi kami."jelas Rasy. Mereka mengangguk faham.

"Kenapa abang Ray duduk belakang sekali??? Aku comfirm tak lepas ni."Aurel mendengus. Dia ingatkan Rayyan akan duduk digarisan depan jadi jika dia lepas dari Rayyan hatinya akan tenang.

"Setiap seorang cuma ada tiga kali saja peluang. Jadi kalau korang tak lepas juga dalam tiga peluang tu dikira out."mereka mengangguk faham.

"Serbu?"Ditoleh ke arah sepupunya.

"Onz"TG membuka langkah untuk melintas Leon serta Mahen.

"Wow licik juga sweetie ya." Alex menjelirkan lidah nya. Leon mengetap bibir. Tunggu kau balik nanti.

Kini Alex berhadapan dengan Alongnya. Sepupunya sudah out kerana mereka tidak dapat melepasi abang Ray.

"ALEX!! YOU CAN DO IT!!"jerit Aurel serta Fitri.

Matahari yang terik membuatkan Alex memejamkan mata nya. Tangannya naik menutup kepalanya.

Ray yang melihat tu segera membuka topinya dan diletakkan di atas kepala adiknya.

"Topi babygirl mana?"Ditundukkan badannya sedikit.

"Basah. Kan haritu jatuh sungai."jawabnya. Baru saja Rayyan hendak mengusap kepala adiknya. Gadis tu mengelak ke tepi dan lari melintasi garisan tu.

"YAHU MENANG!!!" Mereka bertepuk tangan. Rayyan tergelak kecil ditangkap adiknya. Dipeluk gadis tu.

"Gadis nakal." Alex hanya tergelak dalam pelukan alongnya.

Kini geliran jejaka jejaka tu pula bermain.

Alex yang berada di garisan belakang hanya bercangkung saja. Kadang kadang dia gelak pada Raja yang masih tidak lepas.

Alex bingkas bangun dari duduknya apabila Leon sudah menghampiri.

"Hey sweetie" diukir senyuman menggoda. Alex yang melihat tu menjuling matany. Kau nak goda aku ke apa.

Leon mahu melintasi Alex apabila melihat gadis tu hanya selamba saja.

Baru selangkah dia mahu melepasi garisan tu jaketnya ditarik.

"Sayanggg!"Alex tergelak jahat.

"Nak pergi mana hm?"Leon mengetap bibir.

"Peluang terakhir tau tak ish bencilah."Leon menghentak kaki dan melangkah pergi. Alex masih tergelak.

Alex hanya berpeluk tubuh saja apabila Alongnya berada di hadapan. Dia berganjak ke tepi untuk memberi ruang. Ray yang tanpa berfikir panjang melintas tersebut namun Alex menyelit kaki Rayyan. Tangan jejaka tu ditarik agar tidak menyembam tanah.

Rayyan memusingkan tubuh adiknya. Dipeluk dari belakang.

"Along dah lama geram dengan Xandra tau tak! Nasib tak tersembam tanah tu."Alex tergelak. Suka dia harini dapat kenakan mereka.

"Dah dah pergi sana syuh."halaunya.

Kini tiba di giliran Afiq pula.

Alex mengeleng kepalanya. Entah kenapa kepalanya mula berdenyut.

"Alex kau okeyh?"Soal Afiq.. risau dia tengok gadis tu menunduk.

Afiq melintasi gadis tu agar permainan tu tamat setelah tu dia mendekati Alex semula.

"A.. Along"akhirnya dia rebah.

"Alex!" Rayyan yang sedang minum air tersembur air tu bila melihat adiknya dalam pelukan Afiq.

"Xandra!!"Rayyan serta Rasy berlari mendekati adik mereka.

5. THE SILENT GIRL [C]Where stories live. Discover now