BAB 9

10.7K 678 27
                                        

"ini ke leader badboy? Lemah!"Raz memusingkan badannya dan disepak pingang Afiq sehingga jejaka tu terjelepuk di atas tanah.

Dipegang pinggang nya yang terasa sakit. Aduh boleh tahan juga si Razin ni.

Afkar menundukkan badannya apabila mika mahu menyepak kepalanya. Ditumbuk perut Mika kuat.

Baru saja Afkar hendak menumbuk keven ada seseorang memegang pengelangan nya. Ditoleh ke kanan. Mata hitamnya bertembung dengan mata biru laut adiknya.

"Cukup abang"datar suara Alex dan melepaskan lengan abangnya.

"Cukup? MANA CUKUP! DIA BUAT ADIK SAMPAI DEMAM PANAS TAHU TAK!"tajam matanya merenung mata biru milik adiknya.

"Then you want to kill them?"Afkar terdiam.

"Balik. Kita settle dekat rumah. Kau Badboy blah"Afiq dengan kawannya bingkas bangun pergi.

Afiq menoleh semula ke arah Alex.

"Maaf"katanya dan berlalu pergi.

Raz menarik tangan adiknya ke kereta. Alex yang tahu pergaduhan di belakang blok F4 disebabkan ada pelajar yang memberitahu nya kalau tak mati si Badboy tu ditangan abangnya.

Setibanya di rumah Raz berhadapan dengan adiknya. Matanya masih hitam pekat tapi Riz? Hanya tenang saja.

"Kenapa kau halang aku? Aku lebih suka kalau dia mampos lah! Aku buat semua ni sebab dia punca kau demam panas tahu tak!"dicengkam bahu Alex.

"Kalau kau bunuh dia, kau yang masuk penjara tahu tak! Aku tahulah kau panas baran tapi agak agaklah"ditepis tangan Raz dibahunya.

"Oh kau nak back-up jantan tu pula? Atau kau rancang benda ni supaya dapat perhatian dari kitorang?"Raz tersenyum sinis.

Alex melepaskan nafas berat.

"Tuduh. Tuduh lah adik banyak mana sekalipun. Abang Raz dengan abang Riz memang benci Alex dari umur 14 kan? Buat lah apa abang nak buat. Tak nak anggap Alex sebagai adik kandung korang pun buat lah."dia lelah selama 3 tahun dia pendam semua sakit yang dia alami.

Raz dan Riz terdiam mendengar butir bicara adik mereka.

"Jadi memang betul lah tentang kau demam haritu itu hanya lah rancangan kau?"Alex tergelak kecil.

"Kalau adik yang rancang, adik akan rancang orang untuk bunuh adik terus bukan simbah air sejuk."Diukir senyuman tawar dan melangkah naik ke bilik.

Mata hitam pekat Raz menjadi Hazel semula. Nafas berat dihela perlahan.

"Kenapa kau perlu dilahirkan Reza?" Gadis tu menatap tangan nya sendiri.

"Salah aku ke bonda dan ayahda pergi? Punca dari aku ke?"hatinya sakit bila dilayan seperti hamba oleh abang kembarnya. Setitik air matanya mengalir ke pipi.

"Ka..kau kena kuat Rez"diberi semangat pada dirinya sendiri dan bingkas bangun untuk masak.

Usai saja masak, dia bingkas ke taman. Daun daun kering dikutip dan dimasukkan ke dalam plastik sampah.

Dilap peluh di dahinya kerna cuaca agak panas. Dipandang sekeliling sudah bersih. Kaki diatur melangkah ke luar taman plastik sampah itu dimasukkan ke dalam tong sampah besar. Petang nanti ada lori sampah yang akan datang ambil.

Dilabuhkan punggung di buaian. Dipejamkan matanya seketika. Dan akhirnya dia terlelap disitu.

Riz hanya melihat adiknya dari jauh. Terbit rasa kasihan kepada gadis tu. Semua kerja rumah hanya gadis tu yang lakukan. Mungkin tidur saja tidak cukup.

Bukan dia tidak sedar masa adiknya masuk ke bilik waktu pagi bila dilihat jam baru pukul 4 pagi dan dia tahu adiknya berbahagi masa.

Jika si dia tahu, mereka pasti akan dimarah teruk kerna menjadikan Reza seperti hamba.

"Perempuan tu mana? Baju sekolah aku dia tak siapkan lagi" Riz tersentak dari lamunan nya.

"Tak boleh ke kau siapkan sendiri?kasihan lah sikit dekat dia" Riz menunjuk ke arah Reza yang tertidur di buaian.

"Kasihan? Cish jangan harap! Dasar nak perhatian ja."Raz mendekati Reza yang tidur di buaian.

Wajah putih tu ditampar kuat dan membuatkan Reza tersentak. Dipegang pipinya dan didongak melihat wajah Raz.

"Baju sekolah aku bila kau nak siapkan hah? Membuta ja kerja kau eh"ditarik rambut gadis tu dan ditolak ke rumput taman.

Walaupun esok cuti namun Raz tidak suka kerja yang last minit.

"Reza tak larat abang"bukan dia mahu minta belas kasihan tapi sungguh dia penat.

"Tak payah lemah sangat lah! Bukan banyak pun kerja kau buat. Memang saja nak ambil perhatian kan?"dicengkam kuat pipi Reza.

"Kau nak buat ke taknak?"Raz menarik senyuman sinisnya.

"Tak boleh ke bagi Reza berehat sekejap? Tak minta banyak pun"redup matanya memandang Raz.

"Rehat?oh boleh. Sini aku rehatkan kau!"ditumbuk pipi Reza sehingga pecah bibir gadis tu. Perut Reza dipijak tanpa belas kasihan.

"ARGHH SAKIT!"raungnya.

"KAU NI MEMANG MENYUSAHKAN AKU! KALAU AKU SURUH ITU BUAT JELAH TAK PAYAH NAK ACAH AMBIL PERHATIAN SANGAT!"ditumbuk ditampar adiknya.

Riz? Jejaka tu berada di dalam bilik jadi dia tidak tahu apa yang jadi.

"re..reza bu..bukan nak am..ambil perha..hatian ta..tapi ARGHHH!"tangan nya seakan mahu patah bila Raz memijaknya.

"Tapi apa hah? Kau tak payah bagi banyak alasan lah bodoh!"hambur Raz.

"Y..you hate me?"bergetar suara Reza bertanya dan mata biru nya yang pudar tu merenung dalam mata hazel abangnya.

"I HATE YOU SO MUCH BITCH!"dapat dilihat kebencian di dalam mata hazel itu.

5. THE SILENT GIRL [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang