"Alex, barang dapur dah nak habis tak nak pergi mall ke?"Soal Fitri sambil melihat barang dapur yang mana telah habis.
"Memang aku cadang nak pergi mall pun. Baju sekolah tiga orang tu tak beli lagi."Fitri menoleh ke arah Alex.
Aurel sedap melantak biskut sambil mencicah air teh.
"Kau jangan cakap yang kita akan naik dua dua"Dikecilkan matanya melihat Alex.
"Malangnya yess. Kita naik dua dua."Alex bingkas bangun untuk naik ke bilik sebelum tu sempat dia mencapai biskut yang berada di tangan Aurel.
Terkebil kebil mata Aurel melihat jarinya yang tadi memegang biskut.
"Nasib ada banyak lagi."Aurel menyambung kerja makannya. Fitri menghela nafas perlahan.
Dia bukannya tidak suka dengan Mahen tapi dia tidak selesa sedikit.
"Rasanya yang ni sesuai dengan kau."Leon hanya mengangguk saja.
"Alex dah settle belum? Kitorang dah habis beli."Alex mengangguk.
"Dah. Sekejap lagi kita pergi cari barang dapur."Fitri dan Aurel menganguk faham.
Mereka berenam melangkah ke parking untuk meletakkan pakaian sekolah yang dibeli tadi.
"Fit cari bahan mentah. Aurel kau cari lah serbuk kunyit ke apa ke yang kau nampak kau rembat ja dan aku cari makanan ringan." Dua gadis tu menganguk serentak.
Mahen dan Raja hanya ikut langkah tuan mereka sahaja.
"Boleh saya tanya?"soal Mahen. Fitri menoleh ke arah nya.
"Tanyalah."Dicapai plastik putih.
"Kenapa korang cipta kami? Dan untuk apa?."Fitri tersentak mendengar soalan tersebut.
Nafas ditarik perlahan.
"Kami cipta korang bertiga untuk balas dendam pada seseorang."Mahen tergamam.
"Jadi korang bertiga hanya mempergunakan kami saja?"Fitri mengeleng.
"Bukan tu maksud kami. Kalau Mahen nak tahu, dahulu kami dipijak dihina dari pelajar sekolah tu selama 5 tahun. Kami dibuli disebabkan kami nerd. Disuruh buat kerja sekolah, dilayan seperti hamba. Dan Alex pula hidup dia lagi teruk daripada kami. Disekolah dia dipukul,dihina dipijak. Di rumah pun dia lalui benda tu dari dua abang kembar dia." Fitri berhenti seketika. Mahen setia mendengar.
"Sehingga kan di badan Alex dipenuhi luka dan lebam dari pukulan abang dia. Jika nak ikutkan memang kes dera dan melibatkan polis tapi siapa sanggup tengok abang sendiri dalam penjara kan?. Kami minta maaf kalau korang rasa yang kami mempergunakan korang tapi tidak. Bila semuanya selesai kitorang takkan offkan korang bertiga."Mahen mengangguk faham. Fitri memberi duit kepada abang yang menjual ayam tersebut.
"Terima kasih"Fitri mengangguk sambil tersenyum dan ditoleh ke arah Mahen.
"Maafkan saya sebab fikir korang bertiga nak mempergunakan kami. Baru saya tahu yang kehidupan korang bertiga seteruk itu."Mahen mengambil plastik yang berada di tangan Fitri.
"Tak apa lah."Dihadiahkan senyuman manisnya.
"Mana sos?"Aurel mengaru kepalanya.
"Kenapa hm?"soal Raja apabila melihat gadis tu tergaru garu.
"Sos. Mana dia? Tak jumpa pun."Raja tergelak kecil di ambil sos yang berada di rak atas kepala gadis tu.
"Pendek sangat."Selamba saja dia berkata. Aurel menjuihkan bibirnya.
"Tahulah tinggi pun tak payahlah kata kita ni pendek! Terasa tau."Diatur langkah ke rak yang lain.
"Comel"terukir senyuman di bibir jejaka tu.
"Honey, you want to buy a mall, huh?"Leon mendengus bila melihat gadis tu masih belum habis mau ambil makanan ringan.
"Kau sabar lah kejap."Alex mengambil Cadbury. Huhu tak ada Cadbury mau menangis dia cari abang Rayyan😌.
Leon menjulingkan mata ke atas dan diatur langkah mendekati gadis tu. Pinggang kiri gadis tu ditarik dekatnya.
"Enough sweetie, it's too much."Direnung tajam mata gadis tu.
"Nak Cadbury pliss"Mohonnya. Leon mengeluh. Luluh dia lihat wajah comel gadis tu.
"Ok sweetie you can take this but not too much " Alex mengangguk.
"Janji tak banyak"Leon mencubit pipi gebu Alex.
"Wahh banyaknya makanan ringan huhu"bersinar mata Aurel melihat troli Alex.
"Cadbury aku punya"Aurel mencebik.
"Sharing is caring sis ahakk!"Alex menjeling tajam.
"Remember sweetie, Don't eat Cadbury's all the time"Leon menitip pesan dan dicuit hidung mancung Alex.
"Yer tahulah."Dikeluarkan dompet duitnya. Kad bank diserahkan pada pekerja tersebut.
Ke enam mereka mengatur langkah untuk pulang ke rumah. Besok HDB perlu daftar ke sekolah.
YOU ARE READING
5. THE SILENT GIRL [C]
FantasiaHighest #1 in Sad TRIO GIRL TG dianggotai tiga orang gadis berperwatakan nerd dan selalu di buli. Namun mereka masih bersikap sopan santun walaupun dipijak dihina oleh pelajar Lavender Highschool. Kedatangan Badboy ke sekolah itu membuatkan rekod di...