Reza duduk diruang tamu dahulu untuk membalut siku nya sebelum ke sekolah.
"Reza, kenapa tu?"soal Rizan didekati Reza yang terkejut dengan kehadirannya.
"Ta..tak ada apa cuma jatuh kelmarin"Rizan mahu menyentuh tangan adiknya namun gadis tu mengeleng.
"Tak apa sikit ja. Reza pergi sekolah dulu"Dia hanya membalut siku dengan secara spontan saja kerna mahu mengelak dari Razin yang mahu melangkah turun dari tangga.
"Asal budak tu?"Raz menjongket keningnya.
"Siku dia luka. Katanya jatuh kelmarin" Riz agak sedikit curiga kerna luka tu tidak seperti terjatuh malah seperti ada yang sengaja mencederakan adiknya.
"Biarkan dia. Dia dah besar luka disebabkan jatuh tu alah easy"Riz menghela nafas kasar. Sabar Riz.
Dan mereka berdua turut melangkah keluar untuk ke sekolah. Btw umur abang kembar Reza sama dengannya iaitu 17 tahun.
Aurel membalut siku Reza dengan kemas.
"Dah siap btw tadi aku ada dengar diorang gosipkan tentang kehadiran Badboy"Reza mengangguk faham.
"Itu ke?"soal Reza apabila ternampak guru kelas mereka iaitu cikgu Johan yang melangkah masuk dengan diikuti tiga pelajar lelaki.
"Assalamualaikum semua okeyh harini kamu akan dapat kawan baru so sila kenalkan diri kamu."arah Cikgu Johan pada Badboy.
"Aku Tengku Afiq Rafan Bin Tengku Aqlan. The leader of Badboy"katanya dingin sambil mengunyah gula-gula getah.
"Aku Tengku Hanif Mika bin Tengku Hisham"dikenyitkan mata ke arah para pelajar perempuan sehingga kan ada yang blushing tapi tidak bagi Trio.
"Aku tengku Keven Hafizh bin Tengku Khaizan" dia tersenyum manis ke arah pelajar disitu.
"Okeyh ada yang nak tanya apa apa?"dilihat tiada siapa mahu bertanya kerana panahan mata tajam dari Tengku Afiq. Dia tidak suka buang masa.
"Okeyh badboy boleh duduk di meja belakang sana"Cikgu Johan menunjuk ke arah Trio. Badboy tersenyum sinis bila tiga gadis tu adalah nerd.
'mangsa' getus hati mereka bertiga.
"Rez, rehat nanti nak makan apa?"soal Fitri. Gadis tu mengeleng.
"Aku tak lapar. Aku teman korang ja eh?"Fitri dan Aurel memandang Reza curiga.
"Kau kenapa ni Rez? Semenjak beberapa hari ni kau lain sangat. Kau jadi pendiam"Reza tergelak kecil.
"Aku okeyh lah Aurel. Nothing happend. Cuma penat sikit"lehernya diusap perlahan.
"Rehat okeyh? Bahu aku selalu ada untuk kau bersandar"Aurel mengusap rambut Reza dan diserabaikan.
"Kau ni Aurel kalau aku lempang keluar tingkap kejap lagi"rambutnya yang serabai dikemas semula.
"Sampai hati nak lempang aku"Aurel menoleh ke arah Fitri tanda merajuk dengan Reza.
"Nenek tua merajuk aaa adeh"terjerit sedikit Reza apabila pinggangnya dicubit oleh Aurel.
Badboy yang dibelakang mereka hanya melihat saja.
"Nak tak kita kenakan diorang masa rehat?"cadang Mika. Yang lain mengangguk.
Cafe
"Aroma bihun sup ni buat nafsu makan aku membuak buak" Fitri tergelak kecil melihat perangai Aurel.
"Jangan gelojoh. Makan elok elok"tegur Fitri. Gadis tu tersengih dan mengangguk.
"Baik kaklong"dengan membaca bismillah dia menyuap bihun sup ke dalam mulutnya.
"Sampai bila kita nak jadi macam ni eh dah 5 tahun kita dibuli,dipijak, dihina"Fitri dan Aurel menoleh ke arah Reza. Adakah gadis tu sudah mahu berubah?.
"Aku pun dah letih nak hadap"Fit tersenyum tawar. Aurel turut menganguk sambil makan.
"Tak apalah abaikan. Makan lah dulu"Reza tersenyum.
Semasa mereka mahu masuk ke dalam kelas. Pintu tu tertutup rapat dan membuatkan dahi tiga gadis tu berkerut.
"Apahal tertutup ni?lepastu sunyi lak tu"Reza mengangkat bahu dan membuka pintu. Satu besen yang mengandungi air sejuk jatuh ke atas mereka.
"YA ALLAH SEJUK!" Seisi kelas mentertawakan mereka.
"AHAHA TENGOK LAH TU SI NERD KEBASAHAN!"
"ALOO SIAN EH SEJUK? NAK ABANG PELUKKAN KE?"
Trio berlari ke bilik air.
Badboy tergelak sehingga menampar meja.
"Nice bro! AHAHAH eish tapi aku tak sempat nak tengok baju ehem diorang" otak si Keven ni dihalalkan untuk tendang.
"Bodoh kau ni tapi aku suka tengok muka diorang yang kesejukan tadi tu"sokong Mika.
"Reza kau okeyh tak?"soal Fit risau kerna Reza tidak boleh terkena dengan air terlampau sejuk dia pasti akan demam.
"Se..sejuk"bibir bergetar.
"Aurel kau teman Reza dekat sini aku nak pergi loker depan tu jap ambil baju" Aurel menganguk dan memeluk Reza untuk mengurangkan kesejukan.
Fitri mengarahkan Reza untuk menukarkan pakaian terlebih dahulu. Setelah gadis tu keluar mereka berdua mengemaskan rambut Reza.
"Aurel, giliran kau. Kita gilir gilir"arah Fit ke arah Aurel pula. Kerna takut jika ada pelajar lain datang membuli Reza semasa mereka berdua sedang tukar pakaian.
Tangan Reza mengigil kesejukan dia mahukan pelukan hangat seseorang.
"Abang Raz"terpancul nama abang nya. Fit yang melihat Reza memejamkan mata sudah risau.
"Rez buka mata hey"ditepuk pipi gadis tu. Reza membuka matanya memandang Fitri.
"Fit, giliran kau"
Selesai mereka bertiga menukar pakaian, Trio melangkah ke pejabat untuk meminta izin untuk pulang.
YOU ARE READING
5. THE SILENT GIRL [C]
FantasiaHighest #1 in Sad TRIO GIRL TG dianggotai tiga orang gadis berperwatakan nerd dan selalu di buli. Namun mereka masih bersikap sopan santun walaupun dipijak dihina oleh pelajar Lavender Highschool. Kedatangan Badboy ke sekolah itu membuatkan rekod di...