BAB 2

11.3K 797 84
                                    

Geng Flower melemparkan buku latihan mereka depan Trio yang sudah mengemas barang mahu pulang.

"Macam biasa, siapkan latihan kitorang dan aku taknak ada salah satu pun faham?"Trio mengganguk faham. Setelah Flower pergi, Trio melepaskan nafas berat.

"Reza, sampai bila kita nak macam ni? Dibuli dipijak dihina?"sayu suara Fitri bertanya.

"Bertahan ya? Aku pun dah penat tapi nak buat macam mana ni nasib kita"Reza tersenyum manis ke arah sepupunya.

"Jom balik. Reza kau kena cepat cuaca macam nak hujan mesti abang abang kau marah kalau kau tak sempat ambil baju baju dekat ampaian" Reza cepat cepat mengambil beg nya dan berlari keluar.

Reza berlari masuk ke dalam rumah tanpa salam dan meluru ke arah taman.

"Sejak bila jadi kafir masuk rumah tak bagi salam?"sindirnya pedas.

"Maaf! Assalamualaikum!"jerit Reza ditaman. Gadis tu terburu buru mengutip kain di ampaian takut hujan.

"Walaikumsalam"serentak kembar itu menjawab dengan perlahan.

Masuk saja ke dalam rumah, hujan lebat membasahi bumi. Nafas lega dihela perlahan.

Diletakkan bakul di tepi sofa dan naik ke bilik untuk mandi dan solat zohor terlebih dahulu.

"Raz, aku kesian dekat Reza"Razin memandang adik kembarnya tajam.

"Kau nak kesian dekat dia atas sebab apa? Dia kutip kain je itu pun kau nak kesian ke?" Rizan mengeluh.

"Aku bukan apa Raz, semua benda dia buat yang kita ni macam boss arah arah dia buat itu ini. Dia perempuan Raz." Razin tergelak kecil.

"Disebabkan dia perempuan lah dia perlu buat semua kerja rumah"balas Razin tiada perasaan.

"Bukan tu maksud aku. Ya aku tahu dia perempuan tapi kita sepatutnya tolong dia. Tak boleh lah bebankan dia kesemua benda. Kala-" percakapan Rizan terhenti apabila bayangan gadis tu melangkah ke arah ruang tamu.

Reza duduk di karpet. Dan mula lah kerjanya iaitu melipat baju. Walaupun agak letih dia tidak mahu tunjuk depan abang kembarnya nanti nampak macam nak attention pula kan.

Razin dan Rizan bingkas bangun untuk ke bilik meninggal Reza berseorangan di ruang tamu.

Reza tertidur dengan kepala dilentokkan di sofa akibat keletihan. Rizan yang kebetulan mahu ke dapur ternampak adiknya tertidur.

Didekati adiknya perlahan dan direnung wajah putih bersih adiknya. Jelas diwajah itu menunjukkan dia kepenatan.

Rambut yang menutupi wajah Reza diselitkan ke tepi telinga. Dicium dahi adiknya.

"Abang sayangkan adik. Maafkan abang ya?"sebak. Itu yang dirasakan olehnya. Dia juga tidak faham dengan abang kembarnya yang berubah mendadak selepas kedua orang tua mereka pergi.

Rizan mengambil pakaian nya dan Razin yang sudah dilipat untuk dibawa ke bilik.

Reza terjaga dari tidurnya, digosok matanya. Berkerut dahi nya apabila pakaian yang dilipat tadi sudah tiada mungkin abang kembarnya sudah ambil.

Gadis tu bingkas bangun untuk ke dapur untuk memasak. Usai memasak dia berlari naik ke bilik abang kembarnya.

"Raz, Reza dah masak" dia tidak boleh memanggil Razin dengan panggilan 'abang'  kerna pernah sekali dia terpanggil Jejaka tu dengan panggilan 'abang', dia dipukul sehingga seluruh tubuhnya menjadi lemah.

"Ok"balas Raz dimuka pintu. Reza melangkah ke bilik Rizan pula. Setelah memberitahu dia berlalu ke bilik nya namun langkahnya terhenti.

"Reza tak nak makan?"soal Rizan. Reza menoleh dan menggeleng perlahan sambil tersenyum.

Kaki diatur melangkah masuk ke dalam bilik semula.

"Mati kelaparan baru tahu langit tinggi ke rendah"selamba Raz berkata. Rizan mengemam bibir agar menahan sabar.

Reza menyandarkan badannya setelah siap membuat kerja sekolahnya.

"Sampai bila? Sampai bila nak jadi macam ni?"soalnya sendirian.

Pisau lipat di atas meja itu dipandang. bukan dia tidak pernah menoreh tangannya sendiri sehingga meninggalkan banyak kesan luka.

Kerna itu saja caranya untuk melepaskan kesakitan yang terpendam di dalam dirinya.

5. THE SILENT GIRL [C]Where stories live. Discover now