BAB 35

9.7K 616 34
                                        

Afiq mengejar langkah Alex dihadapan dan tangan gadis tu ditarik ke belakang blok sekolah.

"Kau pehal?"Soal Alex kasar. Afiq menolak Alex ke dinding dan dikepung gadis itu.

"Aku nak jujur dengan kau."mata nya dalam menikam mata cantik gadis tu.

"Jujur apa?"Afiq menarik nafasnya dahulu.

"Aku suka kau."Terdiam Alex mendengar jujuran jejaka tu.

"Aku memang suka dekat kau masa first day aku datang sekolah. Kau sudi tak jadi girlfriend aku?"Soal Afiq. Tangan kanannya naik mengusap pipi gebu Alex.

Perlahan lahan gadis tu menganguk. Afiq mendekatkan wajahnya dengan wajah Alex.

Pipi gebu tu menjadi sasaran nya untuk dicium.

Sedikit saja lagi bibirnya mahu menyentuh pipi Alex.

Bukk.

"Aduhhh."Afiq mengusap kepala nya akibat terjatuh dari katil.

"Shit lah mimpi rupanya."Bengang dia kerna sikit saja lagi dia mahu cium gadis tu.

"TENGKU AFIQ RAFAN!! BANGUN SEKOLAH!!"lantang suara Mika diluar biliknya.

"Yerrr aku dah bangun."Kepala yang masih sakit diusap dan bingkas bangun untuk ke sekolah.

"Oi Fiq, kalau ya pun makan lah dulu kau laju laju nak ke mana? Tak lari lah sekolah tu."Afiq yang sudah mahu membuka pintu terhenti dan berlari ke dapur disambar roti dan lari keluar dari rumah.

"AKU PERGI DULU!!" Jeritnya. Dia teruja mahu berjumpa dengan gadis pujaan hatinya ahak!!.

"Pehal mamat tu? Laju benor."Keven menghirup air teh panas. Wuuu nikmat.

"Entahlah aku pun."balas Mika.

Afiq mengintai sedikit kelas itu dan terpandang Alex yang menyembamkan mukanya di meja.

Jejaka tu meletakkan bagnya di kerusi dan dilabuhkan punggung nya. Tangan kanan digunakan untuk menongkat dagu bagi memudahkan dia memandang Alex yang tidur.

Satu senyuman terukir di bibir nya. Rupa paras yang sempurna tu mampu buatkan dia menjadi gila bayang.

Mandi teringatkan si dia. Makan teringatkan si dia. Tidur pun sampai termimpi-mimpi kan si dia. Angau betul.

"Geram nak cubit pipi dia."kata Afiq perlahan. Pipi gebu yang kemerahan sedikit tu buatkan dia macam nak picit picit cubit cubit ja.

"Kalau aku pergi cubit sikit dia bangun tak eh?"Dia bangun dari duduknya dan didekati Alex.

Jari telunjuknya menuju ke arah pipi tersebut. Gheramm.

Dicubit lembut pipi gadis tu. Afiq mengigit bibir bawahnya.

SIAL!! LEMBUTNYAAA.

Diraup mukanya kasar dia sekarang tidak senang duduk macam nak cium nak cubit nak picit wajah gadis tu.

Dia bingkas bangun dan keluar dari kelas tersebut. Tak tahan dia lama lama dekat situ.

Alex mencelikkan matanya. Bibirnya ternaik sedikit bukan dia tida rasa yang pipi dia dicubit.

"Nak tapi malu."Alex tergelak kecil dan menyambung tidurnya sementara sepupunya pergi ke tandas.

"Fiq? Asal kau tak masuk kelas?"soal Keven dan duduk berhadapan jejaka tu.

"Saja aku lepak cafe minum dulu yerlah tadi aku rembat roti kan mahu tercekik aku."dihirup air nya.

"Itulah kau gelabah macam sekolah ni nak lari kalau jumpa kau."Mika menjeling ke arah jejaka tu.

"Sekali sekala apa salahnya kan?."Afiq masih teringatkan tentang dia mencubit pipi Alex tadi. Hatinya meronta ronta mahu mencubit lagi namun apakan daya peluang hanya sekali.

Seketika Badboy menoleh ke arah pintu cafe bila terdengar pintu dibuka oleh seseorang. Afiq memandang ke arah Alex yang berjalan bersama dua sepupunya.

"Makcik, Horlicks panas tiga."ditunjuk tiga jarinya dan ditoleh ke arah sepupunya sementara menunggu air mereka siap.

"Harini rasa lain eh. Rasa cuaca mendung saja. Mungkin sekejap lagi nak hujan."Fitri melihat cuaca yang agak gelap.

"Itulah kan rasa sejuk ja pagi ni. Aku suka kalau hujan dekat sekolah nikmat dia tu fuh."Aurel berpeluk tubuh.

"Alex. Asal kau diam ja?"tanya Fitri. Gadis tu mengeleng.

"Nah air kamu bertiga."Aurel menyerahkan duit pada makcik tersebut.

"Terima kasih makcik."Trio mengatur langkah ke meja.

"Cantiknya dia."tanpa Afiq sedar dia sudah terlepas cakap.

"Ehem ehem aduh sakit tekak pulak. Cantik nyaa dia yaa mika?"sindir Keven. Afiq berkerut dahi.

"Apa yang cantik nya?"soal Afiq. Takkan lah Mika ni cantik mahu muntah dia.

"Buat buat tak tahu pulaa dia kan mika kan? Baru tadi dia ehem Cantiknya diaa."Keven menongkat dagu seperti Afiq tadi.

Mika sudah bantai ketawa sambil memegang perutnya.

Afiq terdiam seketika sebelum wajahnya kemerahan.

"Dahlah aku nak cau."jejaka tu bingkas bangun dan lari keluar dari cafe meninggal dua sahabatnya yang tergelak.

5. THE SILENT GIRL [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang