BAB 59

5.4K 380 4
                                    

"Fitri, Alex dah makan belum?"Soal Aurel.

"Belum lagi rasanya, balik sekolah tadi terus naik atas katanya nak tidur."Aurel menghela nafas nya.

"Tak apalah biar aku buatkan bubur untuk dia. kau pergilah tengok kan Alex dulu suruh mandi ke apa."Fitri mengatur langkah ke bilik Alex.

"Alex aku masuk eh."Fit membuka pintu tersebut. Diatur langkah masuk ke dalam bilik tersebut. Gelap saja.

Langsir diselak agar bilik tu cerah sedikit.

"Hmm"Alex menarik comforter menutup wajahnya.

"Alex taknak sekolah ke?"Gadis tu mengeleng.

"Aku tak larat lah."Balasnya dengan suara serak nya.

"Tapi harini ada trial SPM rugi pula kau tak jawab."Alex bingkas bangun dari baringannya.

"Kau keluar lah aku nak mandi."Fitri mengangguk.

"Aurel ada sediakan bubur dekat bawah sekejap lagi makan dulu tau."Alex bingkas bangun ke bilik mandi bila Fitri sudah keluar dari bilik nya.

Alex merenung ke arah luar tingkap. Dilentokkan kepalanya di meja.

Fitri menoleh ke arah sepupunya. Dia risau jika apa apa jadi pada Alex. Takut gadis tu pengsan pula. Kalau tak disebabkan trial SPM memang dia tak bagi Alex datang sekolah.

Dihela nafas nya perlahan. Mata dipejamkan untuk tidur. Loceng rehat berbunyi menandakan sudah rehat.

"Nak kejutkan ke?"soal Aurel pada Fitri. Gadis tu mengeleng.

"Kalau kita kejutkan pun dia taknak ikut. Jomlah kita pergi cafe sekejap lagi kita beli air mineral dekat Alex."Dua gadis tu melangkah keluar dari kelas.

Afiq bingkas bangun mendekati Alex. Tangan kasarnya mengurut perlahan dahi gadis tu.

Alex terbatuk kecil.

"i am sorry for my mistake"bisiknya dengan tangan masih mengurut perlahan dahi Alex.

Perlahan lahan mata dicelikkan, dipandang wajah Afiq.

"Demam?"Soalnya. Alex hanya mengangguk saja.

"Kenapa datang?"Alex berdehem seketika.

"Rugi kalau tak jawab trial."balas Alex dengan suara agak serak.

"Lapar?"Alex mengeleng.

"Dah kenyang. Afiq kenapa tak pergi cafe?"Jejaka tu mengeleng.

"Kau ada dekat sini buat apa aku nak pergi sana."Alex terdiam.

Alex perasan yang jejaka dihadapannya ni berubah. Jika bercakap dengannya tiada lagi kata kata manis yang ada hanya dingin serta ringkas sahaja.

"Kau termenung apa?"tersentak Alex.

"Tak.. tak ada apa pun." Afiq mengusap kepala gadis tu. Dicium dahi Alex dan keluar dari kelas.

"Kau dah berubah Fiq." Kata Alex perlahan. Salah dia kah jejaka tu berubah?.

"Ok semua macam mana trial harini? Okeyh tak ada yang susah ke?"Soal cikgu Taufiq.

"Senang ja."jawab Aurel santai.

"Apa senang? Ok kita akan tengok markah kamu nanti yaa."tersentak Aurel. Kini semua mata memandang ke arah nya.

"Kenapa korang tengok aku"Ditarik buku separas mukanya. Cikgu Taufiq tergelak kecil.

Cikgu Taufiq mendekati Alex yang menyembamkan mukanya di meja. Dari tadi lagi dia lihat gadis tu seperti tidak sihat saja.

"Alexandra? Kamu okeyh?"Gadis tu mengangkat muka dan menganguk.

"Saya okeyh ja cikgu."Jawab Alex dengan senyuman nipis.

"Kalau tak sihat bagitahu ya, kamu boleh rehat dekat R&R." Alex mengeleng kepalanya.

"Tak apa cikgu saya okeyh ja."Cikgu Taufiq menganguk dan melangkah ke hadapan semula.

Alex melentokkan semula kepalanya di meja. Afiq hanya memerhati dari jauh.

Semasa Alex berjalan untuk mahu pulang ada tangan yang menarik tangan nya. Ditoleh ke belakang.

"Kau."gigi diketap rapat. Tangan direntap kasar.

"Reza, You masih ingatkan i?" Alex tersenyum sinis.

"Buat apa aku nak ingat dekat orang yang dah buang aku macam sampah."Balas Alex kasar.

"sayang please i minta maaf masa i hina you tu i tak ada niat langsung please balik dekat i semula."Mohon Hairul bekas teman lelaki Alex dahulu.

"Kau lupa ke atau buat buat bodoh? Kau hina aku, kau maki aku, kau cakap aku nerd, kau cakap aku ni anak yatim! Jangan ingat aku lupa apa yang kau cakap dekat aku Hairul. Aku takkan balik dekat kau semula! NEVER!"diatur langkah pergi dari situ.

Mulut gadis tu ditekup dari belakang dengan kain yang mengandungi cecair. Alex yang terhidu itu akhirnya rebah dalam dakapan jejaka tersebut.

5. THE SILENT GIRL [C]Where stories live. Discover now