Tengahari..
Tengku Daniel pov
Aku dah bersiap siap nak keluar hanya tunggu si Fariz je..dalam 7 minit macam tu dia keluar dan ke ruang tamu..
Fariz: dah jom saya dah siap
Aku menoleh ke arahnya..tiba² aku terkaku melihat dia yang sangat cantik segak kacak tapi tak sekacak aku..tapi dia sangat cantik kalah perempuan kat luar sana hahahaha...
Fariz: awak..awak
Fariz melambai lambai tangan di depan muka aku..aku tetap tak perasan tiba²..
"Aduhhhh"!!!!
Fariz menarik telinga aku nasib tak putus dahlah kuat dia tarik..aku menyentuh telinga aku yang merah..
Fariz: tulah saya panggil tak dengar kan dah dapat
Aku: awak ni kan
Fariz: apa² salah awak ye bukan saya
Aku: ooo..ok
Aku bangun dari duduk dan berhadapan dengan Fariz..aku dapat rasa hembusan nafas dia kat pipi aku..aku berjalan makin kedepan manakala Fariz pulak makin kebelakangan..kebelang.. kebelakang akhirnya badan dia terkena dinding.. sekarang dia tak boleh bergerak ke mana²..aku meletakkan tangan aku kat dinding dan aku terus pandang mata Fariz yang takut² dengan aku..ini yang aku suka ni
Fariz: apa awak nak buat ni
Aku: saya nak denda awak sebab tarik telinga saya
Fariz: apa pulak...
Belom sempat dia menghabiskan kata dia aku dah cium dia..dia menolak badan aku tapi aku keraskan badan..lama² dia membalas ciuman aku..kami bercium lama sampai Mika menolak aku jauh.. ciuman kami terputus..
Mika: angan acau mama ika (jangan kacau mama Mika)
Aku datang dekat kat anak aku dan aku menciumnya di pipi..dia menolak nolak muka aku.. akhirnya aku berhenti mencium dia..aku mendukung Mika dan aku rapat ke arah Fariz..aku memeluk Fariz dan Mika di tengah² Fariz tak melawan tapi dia membalas pelukan aku..
Aku mengunci pintu rumah dan aku berjalan bersama sama dengan Fariz yang mendukung Mika masuk ke lif..sampai di tempat parking aku mencari kereta aku..mula² si Fariz ni suruh naik kereta dia tapi aku tolak..aku yang menyuruhnya naik kereta aku..dia angkuh dan paksa turut jugaklah...Mika diletakkan di car seat baby kat belakang..Fariz pulak duduk kat sebelah aku.. setelah Fariz tutup pintu kereta aku mulakan pemanduan..
Aku drive terus ke IOI mall...saja pi situ manalah tau ada yang seronok kat sana..aku meletakkan kereta aku kat tempat vip..aku terun dari kereta dan membuka bonet..aku mengeluarkan stroller dan mula memasangnya..aku meletakkan mika di stroller nya dan aku mengunci kereta..aku jalan beriringan dengan Fariz kat sebelah sambil aku suruh tangannya pegang lengan aku..saja aku suruh buat macam tu barulah orang tau yang dia ni aku punya seorang.. kitaorang ke kedai pakaian dulu...
Kami masuk ke kedai yang boleh dikatakan berjenama lah jugak iaitu kedai Versace..kedai ni boleh tahan dia punya harga baju semua baju dia 50 keatas..fuhhhh bukan kaleng² ini kedai..
Kami masuk ke dalam kedai dan disambut baik oleh pekerja kedai tersebut..aku hanya buat muka biasa tak macam si Fariz ni siap senyum lagi bukan senyum biasa pulak tu senyum dia lagi manis dari gula² nak aku kiss dia kat situ jugak..kami ke bahagian baju dahulu...Fariz memilihkan aku baju..
Fariz: awak kalau ni sesuai untuk awak
Aku: saya tak kesah ikut awak lah
Fariz memilih baju untuk aku dalam 5 helai dia punya 5 helai jugak..sampai di kaunter nak bayar..lepas je abang scan tu bagitau harga aku perasan yang si Fariz ni dah keluar kan dompet dia dah dia baru nak bayar aku dah ulur dulu duit aku..so yang tukang scan tu ambik duit aku selepas selesai urusan pembayaran kami keluar dari kedai baju dan berjalan jalan..aku perasan yang bila orang lalu lalang depan aku dia mesti pandang aku lagi² budak² perempuan yang muda² remaja..tak faham aku..aku buat muka poyo je..Fariz mengajak aku ke kedai baby..aku ikutkan aje..yelah dia kan mama Mika mestilah dia tau apa yang terbaik untuk anak dia..
Kitaorang singgah di kedai baby..kami masuk ke kedai tersebut disapa baik oleh pekerja di situ..Fariz terus ke tempat pakaian baby..dia memilih banyak baju untuk Mika yang Mika ni pulak apa baju yang Fariz tunjuk semua dia suka.. selepas bayar aku mencari cari kedai aiskrim akhirnya jumpa kedai aiskrim Baskin-Robbins..aku pilih yang cup sederhana je..kongsi dengan Fariz..dia ok je..
Kami makan aiskrim sambil berjalan.. selepas puas meronda satu mall aku bercadang nak balik..aku ke tempat parking tadi dan aku membukakan pintu untuk Fariz yang menggendong Mika yang terlelap.. selepas aku dah letak stroller dia dalam bonet aku masuk ke tempat tempat pemandu dan terus pandu keluar dari perkarangan mall tersebut..aku bercadang nak bawak di Fariz ni jumpa dengan papa mama aku biarlah mereka ni kenal²..bila dah kenal senanglah nak masuk meminang aishhhhhh..tak sabar pulak aku nak kahwin dengan dia ni..sampai di traffic light aku berhenti sebab lampu merah..aku pusing kepala memandang Fariz yang terlelap sambil memeluk Mika..aku menyentuh rambut Fariz dan menggosoknya perlahan..lampu hijau aku terus pecut terus ke rumah family aku tak sabar nak kenalkan dia dengan mama papa aku..
End POV
YOU ARE READING
CEO FAMILY
RomanceTengku Fariz Rizky seorang yang peramah dan baik manakala tengku Daniel adalah seorang yang sombong dan beku.. tengku Daniel mula menyukai tengah Fariz sejak terserempak di lif di sebuah syarikat Tengku Fariz.. Mika iaitu anak angkat kepada Tengku D...