49

716 37 4
                                    

Fariz pov

Aku: haihhh bosannya duduk rumah

Daniel pi kerja now tinggal aku Mika dengan cik Milah aka mak..aku berjalan ke dapur dan melihat cik Milah tengah mop lantai tapi dia masih tak perasan kehadiran aku sampailah aku yang tegur..

Aku: mak

Cik Milah: eh Fariz sorry cik tak perasan pulak kamu kat sini ada ape² yang cik boleh bantu

Aku: mak tolong sediakan bahan² nak buat nasi ayam boleh

Cik Milah: eh kamu nak buat apa Fariz

Aku: saya nak masakkan untuk Daniel tengahari nanti saya nak hantar kat syarikat dia

Cik Milah: ouhh ok nanti cik sediakan ye

Aku: ok mak dah breakfast

Cik Milah: dah tadi kat rumah kamu tu dah makan

Aku: hehehehe belom baru nak makan eh jomlah teman Fariz makan sekali

Cik Milah: eh takpelah kamu makan jelah cik ada banyak lagi kerja nak kena buat..kamu makan sorang je ye

Aku: ok lah kalau macam tu

Cik Milah hanya angguk dan menyambung kerjanya tadi..aku duduk kat meja makan dan menyendukkan bihun goreng dalam pinggan dan tuang air Milo dalam cawan lepastu aku makan..

Lepas aku habis makan aku letak cawan dengan pinggan dalam singki dan basuh tapi senyap² kalau cik Milah tau mesti dia tak bagi..aku berjalan masuk dalam bilik dan mengejutkan Mika yang tengah tidur..

Aku: Mika ooo Mika anak mama yang bucuk ni bangun lah dah pagi

Mika:ehmmmm(menggeliat) good oning mama

Cakap Mika tapi masih mata tak buka hahaha cute..

Aku: nak ikut mama tak

Mika:(buka mata) nak..

Aku: kalau nak mandi dulu lepastu breakfast ye

Mika: ok

Aku mendukung Mika dan buka semua pakaian dia lepastu aku bawak Mika masuk bilik air dan mandikan dia.. Daniel dah bagitau kalau nak mandikan Mika suruh cik Milah je yang mandikan sebab Mika tu kalau mandi lasak sikit takut dia tertendang perut aku ke atau jadi apa² ke masa aku mandikan tapi aku tetap nak buat jugak..aku tak nak susah cik Milah yelah dia tu pun dah tua aku lebih risau dia dari risaukan diri aku sendiri yelah kalau apa² jadi kat dia aku jugak yang susah..

Lepas mandikan Mika aku pakaikan mika baju siap pakaikan bedak lagi biar wangi.. lepastu aku dengan Mika ke ruang tamu dan duduk kat sofa sekarang dah pukul 11:15 hampir nak masuk makan tengahari so aku tinggalkan Mika kat ruang tamu dengan bukakan cerita Didi so lekalah dia nanti kat situ..

Aku ke dapur dan melihat semua bahan² nak buat nasi ayam semuanya dah tersedia atas meja..aku tanpa menunggu lama terus potong bahan apa yang patut cik Milah pun tolong sekali sebab dia kata cepat siap kalau buat ramai² aku pun ok kan jelah..

Lepas hampir beberapa minit akhirnya nasi ayam aku siap ala nak buat nasi ayam bukannya susah sangat lagi² ada cik Milah lagi kerja aku jadi mudah orang tua² ni kalau masak sedap kalau tolong pun jadi mudah.. sebelum aku masukkan nasi ayam dalam bekal aku bagi cik Milah rasa dulu masukkan aku takut² tak sedap ke kan..

Aku: so macam mana mak sedap ke tak

Cik Milah: ehmm(makan) ok

Aku: ala yang ok

Cik Milah: ok lah sedap pandai kamu masak untung Daniel dapat kamu ni Fariz dahlah pandai masak kan

Aku: alhamdulillah kalau sedap ni saya dah letakkan nasi ayam ni dalam pinggan ha ni untuk mak

CEO FAMILYWhere stories live. Discover now