Part 1 [𝐅𝐌𝐍𝐌]

3.5K 65 0
                                    

𝑯𝒂𝒑𝒑𝒚 𝒓𝒆𝒂𝒅𝒊𝒏𝒈!(≧▽≦)💗
𝑽𝒐𝒕𝒆 𝒂𝒏𝒅 𝒄𝒐𝒎𝒎𝒆𝒏𝒕!

。☆✼★━━━━━━━━━━━━★✼☆。

"Hah"
"Hah"
"Hah"
"Hah"

Terkejut bukan kepalang seketul Theo apabila pengetua sekolah memberitahunya, ibu bapa Theo terlibat dalam kemalangan jalan raya. Bergegas dia memanggil adik perempuan nya menuju ke hospital yang dimaksudkan.

Nafas yang tersekat-sekat dibetulkan sebelum memasuki ruangan mayat dimana ibu bapa nya ditempatkan. Dia mengerling ke arah adiknya yang sudah bercucuran air mata. Theo memeluk bahu Thia erat sambil menahan air mata jantannya keluar. Bila-bila masa sahaja air matanya boleh keluar namun dia harus kuat.

Kain putih yang menutupi seluruh tubuh ibunya dibuka untuk melihat wajah ibunya untuk kali terakhir. Suara tangisan Thia semakin kuat apabila melihat wajah pucat ibunya yang sudah tidak bernyawa.

"MAMAAA!! MAMA KENAPA TINGGALKAN THIA?! THIA TAK NAK MAMA PERGII! MAMA BANGUNLAHH! THIA NAK MAMAAA! ABANGG, THIA NAK MAMAAA!! ARGHHHH MAMAAAA, MAMAAA! M-MAMA-" Thia langsung histeria, meraung memanggil ibunya sambil menggoncang bahu tubuh yang pucat itu.

Theo yang tidak dapat mengawal tindakan adiknya mendapatkan nurse. Nurse memberi suntikan penenang kepada Thia dan dibawakan ke ICU biasa.

Theo memeluk tubuh ibu dan ayahnya sebelum pergi meninggalkan ruangan tersebut.

"Pa, ma, kenapa cepat sangat pergi? Mama tak kesian kan Thia lagi ke? Papa.. Hiks.. Hiks.. P-papa Theo tak kuat pa.. Kenapa laju sangat Tuhan pinjam kan papa dengan mama untuk kami? Theo ada buat s-salah ke ma? Pa?" Air mata yang ditahan dari tadi turun juga akhirnya. Sakit hatinya apabila kedua ibu bapanya telah pergi dahulu tanpa meninggalkan pesan.

"Maafkan Theo, mama, papa, Theo cengeng sangat.. Hahaha.. Semoga papa dengan mama bahagia kat sana ya? Tunggu Theo datang. Theo janji akan jaga adik macam mana papa mama jaga Theo. Theo akan sayang adik Theo. Theo akan masak masakan kegemaran adik. T-Theo janji ma, papa.. Theo pergi dulu, selamat malam papa. Selamat malam mama."

Theo mencium kedua-dua tangan ibu bapanya sebelum pergi dari ruangan tersebut. Sisa air mata dikesat sambil tangan kirinya menutup mulutnya daripada mengeluarkan suara. Menangisi pemergian ibu bapa nya tanpa mengeluarkan suara.

Dia lantas menuju ke ICU biasa di mana Thia ditempatkan. Dia melihat Thia yang lena di katil hospital melalui kaca pintu wad itu. Dia duduk di kerusi yang disediakan di luar wad tersebut.

Theo tidak ingin mengacau adiknya itu. Sudahlah tadi Thia histeria melihat wajah ibunya. Apa pula akan jadi jika Thia melihat wajah bapanya?

Dimana lagi tempat mengadunya ketika ini? Bagaimana dia dapat menyara keperluan mereka nanti? Sekolah? Dia tidak mempunyai kawan baik. Dia juga tidak mengingati jika dia ada sepupu atau keluarga lain.

Dia tidak tahu apa akan jadi kepada kehidupan mereka kelak. Di usia mereka yang masih dikira mentah sudah bergelar yatim piatu.

Setitik demi titik air mata Theo menitis kembali. Tidak percaya apa yang berlaku. Rambut yang rapi dikusutkannya. Tersedu sedan dia menahan tangisnya.

"Hiks.. A-aku kena kuat.. Aku tak boleh nangis.. Mama kata lelaki tak boleh nangis.. Hiks.. Hiks.."omelnya sambil memegang dadanya dengan nafas yang tersekat-sekat.

Hingus yang keluar dilapnya menggunakan belakang tangan. Tidak lama kemudian, pandangannya menjadi kabur dan gelap sebelum merebahkan diri. Sempat dia menangkap suara seseorang memanggil nya.

"Budak!"

Dari jauh lelaki itu berlari mendapatkan Theo yang sudah rebah di lantai. Dia menampar kedua-dua pipi Theo.

"Budak, kau okey tak? Bangunlah budak! Budak-"
Tidak mendapat respon daripada Theo, dia lantas memanggil nurse dan memapah Theo. Theo ditempatkan di ICU biasa bersebelahan dengan adiknya.

Lelaki itu melihat wajah Theo dari luar bilik wad. Dari awal lagi dia mengikuti Theo kerana perasaan ingin tahunya apabila Theo tiba-tiba bergegas pulang. Rupa-rupanya ibu bapanya sudah meninggal.

Dibalik dinding dia mendengar tangisan Theo buat pertama kalinya sebelum Theo rebah ke lantai dan disitulah dia berlari mendapatkan Theo.

。☆✼★━━━━━━━━━━━━★✼☆。

᯽𝐓𝐁𝐂᯽

𝐍𝐢𝐜𝐤𝐓𝐡𝐞𝐨 || 𝐅𝐚𝐭𝐞 𝐌𝐚𝐤𝐞 𝐍𝐨 𝐌𝐢𝐬𝐭𝐚𝐤𝐞𝐬Where stories live. Discover now