𝑯𝒂𝒑𝒑𝒚 𝒓𝒆𝒂𝒅𝒊𝒏𝒈!(≧▽≦)💗
𝑽𝒐𝒕𝒆 𝒂𝒏𝒅 𝒄𝒐𝒎𝒎𝒆𝒏𝒕!。☆✼★━━━━━━━━━━━━★✼☆。
"Baiklah aku setuju. Terima kasih Zack, Amy sebab tolong aku. Zack kau tak kesahkan? Manalah tahu aku kacau korang ke?" Merah padam muka Amy ketika ini.
"Eh taklah.. Mengarutlah kau ni. Aku ni pembantu Amy je, status orang biasa-biasa je. Lagipun Amy masih muda. Aku pun apa kurang nya. Aku baru masuk 18 tahun. Sekolah pun tak, ada hati nak kahwin dengan anak orang kaya?" Zack hanya tersenyum senget. Dia tahu setiap bait ayatnya itu sungguh menyakitkan Amy. Dia juga perasan air muka Amy berubah.
'Maafkan aku Amy..' Monolog Zack.
Amy hanya tersenyum kelat. Ayat-ayat yang dituturkan oleh Zack berlegar di kepalanya. Namun perasaan itu ditepis jauh-jauh.
"Hahah betul tu. Zack pembantu je." Senyuman manis cuba diukir. Theo hanya memandang sayu sahabatnya itu. Theo tahu Zack juga mempunyai perasaan kepada Amy.
Macam dia tidak tahu selama mereka bertiga bersahabat, hubungan mereka berdua lah paling ketara. Kadang-kadang Zack melayan Amy lebih daripada sahabat. Dia juga selalu melihat Zack yang suka mengambil gambar Amy secara diam-diam dan melihat Amy sehingga mahu tembus. Entah apa yang difikirkan oleh remaja lelaki yang lebih tua daripadanya itu.
"Esok aku nak berhenti sekolah. Amy boleh tolong aku kan? Beritahu pengetua." Theo cuba menceriakan suasana.
"Nanti aku maklumkan, jangan risau. Ah korang berdua boleh lah packing apa yang patut. Thia pula nanti akak tolong. Pasal rumah ni macam mana pula?" Amy yang tadi suram kembali ceria semula.
"Rumah ni aku nak biarkan. Lagipun rumah ni jauh dari kawasan bandar."
"Kalau begitu baguslah. Pasal Nick pula-"
"Aku tak nak jumpa dia! Kalau boleh selamanya aku tak nak! Aku benci dia." Theo sudah mengepal tangannya menahan geram. Zack dan Thia hanya jadi pendengar setia mereka berdua.
"Theo kau tak rasa sesuatu ke pada Nick tu? Aku tak rasa kau boleh lepas dari Nick. Kalau benda tu dia tak dapat dia mesti dapatkan walaupun dengan cara kasar sekalipun!"
"Jangan merepeklah. Siapa Nick nak kacau aku? Jangan risau Amy, dia tak kan buat macam tu. Aku yakin.." Amy hanya mengangguk walhal hatinya sudah merasakan sesuatu yang akan terjadi.
'Kau tak kenal dia, Theo.. Nick tu bahaya. Tapi aku akan usahakan supaya kau tak berjumpa dengan lelaki tu!' monolog Amy.
Melihat Theo yang bersungguh, Amy tidak dapat menolak permintaan sahabatnya itu. "Theo, kau pergilah siap-siap. Aku nak packing apa-apa yang patut untuk Thia. Zack kau tunggu sini je." Yang lain mengangguk. Amy dan Thia sudah bergerak menuju ke biliknya.
Setelah melihat tiada barang yang tertinggal lagi. Theo melihat ke arah Amy dan Thia dengan beg besar yang dibawa mereka. "Kalau dah tak ada barang yang tertinggal lagi, kita tinggalkan tempat ni. Zack tolong angkat barang-barang ni." Zack hanya patuh.
Setelah barang-barang siap diletakkan di bonet kereta, Theo melihat rumah itu untuk kali terakhir. "Aku tak sangka akan tinggalkan rumah ni." Theo merangkul bahu Thia selepas itu bergerak masuk ke dalam perut kereta.
"Tak apa, kita boleh datang sini lagi kalau kau nak." Ujar Zack sebelum memandu keluar dari kawasan perumahan.
Sepanjang perjalanan, mereka hanya mendiamkan diri. Theo memandang ke arah Amy. Tepat sekali tekaannya, Amy sekarang sedang dalam dunia yang dicipta oleh nya sendiri. Termenung jauh. Mungkin masih teringat akan kata-kata Zack ketika mereka di rumah tadi.
'Hahhh, aku harap kau tak lukakan hati Amy, Zack..' Monolog Theo. Dia tidak ingin persahabatan mereka rosak hanya kerana perasaan mereka sendiri. Theo melelapkan matanya.
。☆✼★━━━━━━━━━━━━★✼☆。
᯽𝐓𝐁𝐂᯽
YOU ARE READING
𝐍𝐢𝐜𝐤𝐓𝐡𝐞𝐨 || 𝐅𝐚𝐭𝐞 𝐌𝐚𝐤𝐞 𝐍𝐨 𝐌𝐢𝐬𝐭𝐚𝐤𝐞𝐬
Teen FictionTheo dan adiknya Thia ialah anak yatim piatu. Ibu bapa mereka meninggal akibat kemalangan jalan raya sejak umur Theo 15 tahun dan Thia 13 tahun. Theo hanya mampu redha. Niat untuk ke sekolah kembali dibatalkan dan mula bekerja di sebuah cafe kepunya...