Part 37 [𝐅𝐌𝐍𝐌]

934 34 6
                                    

𝑯𝒂𝒑𝒑𝒚 𝒓𝒆𝒂𝒅𝒊𝒏𝒈!(≧▽≦)💗
𝑽𝒐𝒕𝒆 𝒂𝒏𝒅 𝒄𝒐𝒎𝒎𝒆𝒏𝒕!

。☆✼★━━━━━━━━━━━━★✼☆。

Ian menjeling ke arah Nick yang sedang sibuk dengan kertas-kertas yang bertimbun. Aura dia lain macam. Seram sejuk Ian dibuatnya. Yelah patutnya Ien yang buat kerja ni tapi nak cuti konon, penatlah konon, hah alhasil berani mati punya pasal dia telefon pula Si Serigala ni dan begitulah ceritanya.. CEO kita yang segak bergaya ada di dalam pejabat sedang menanda kertas kerja.

"Ian, apa jadual aku hari ni?" Lamunan Ian mati.

"Oh, ada satu klien lagi yang nak jumpa dengan tuan kejap lagi. Ini yang terakhir." Ian memandang Nick. Tahu sangat nak balik awal. Belum sempat Nick mengeluarkan kata-kata, ada yang mengetuk pintu. Kacau betul lah.

"Masuk!"

Dengan aura yang tenang, jejaka itu melangkah masuk ke dalam pejabat Nick. Ni lagi aura dia lain macam. Ian memerhati. "Kita jumpa lagi, Davien."

"Thomas? Kau buat apa kat sini? Kau nak bunuh aku eh?" Ian memejamkan matanya. Nak pula dia ketawa sekarang ni tapi tak boleh pula.

"Aku lah klien kau. Kau bodoh ke nak membunuh dalam pejabat, syarikat besar ni? Agak-agak lah sikit." Hmm kene setepek. Member dah penat dah tu.

"Ian sediakan tiga gelas air tea. Oh ya aku nak tea susu eh. Gula jangan banyak sangat." Banyak betul permintaan dia. Ian pun segera keluar untuk membuat air. Nick mempersilakan Thomas untuk duduk.

"Aku datang nak buat kerjasama dengan syarikat kita. Aku harap kau buat keputusan lepas baca laporan yang aku buat ni." Thomas memberikan Nick beberapa helai kertas. Dengan adanya cermin mata Nick, dia membaca dengan teliti. Kejap geleng kejap angguk. Beberapa minit pun berlalu baru nak sampai airnya. Ian pun ikut duduk di sebelah Nick.

" Aku setuju, memandangkan syarikat kau bagus. Aku dah baca teliti jadi aku harap kita dapat berkerjasama dalam membantu meningkatkan tahap pekerja mahir." Nick memutuskan untuk menandatangani kontrak bersama syarikat Thomas. Thomas pun berdiri diikuti oleh Nick. Thomas tersenyum puas. Tapi macam biasa lah, Nick punya muka macam nak telan orang.

"Terima kasih Davien, lepas ni keselamatan syarikat ni keselamatan aku juga. Deal." Thomas menghulurkan tangan untuk bersalam. Nick pun menyambut huluran tangannya. Selepas menghantar Thomas sampai pintu depan, Nick bergegas keluar meninggalkan Ian.

"Hishh apa jenis CEO lah kau ni, keluar masuk keluar masuk je tahu. Kerja bukan kau nak hab- Oh?" Baru nak membebel tapi bila tengok meja kerja Nick, bersih dah. Ian pun garu kepala yang tidak berapa gatal. 'Bila pula dia habiskan kertas-kertas bertimbun tadi ek?' Ian bermonolog. Dia menyambung kerjanya yang tergendala sebentar tadi.

'Apa nak jadi lah budak tu dalam rumah? Entah-entah dia dah bakar banglo aku tu. Eh tak boleh jadi ni.' Bisik Nick dalam hati. Bersangka buruk betul lah Nick ni.

Selesai memarkir kereta, Nick berlari macam tak cukup tanah. Bukan nak bagi ketuk ke salam ke ni main terjah je pintu. Nick melihat sekeliling ruang tamu. Kosong. Dapur pun takde. Tiba-tiba telinganya menangkap suara gelak ketawa di halaman rumah. Kenal sangat siapa empunya suara tu. Perlahan dia melangkah ke halaman rumah.

Hampir nak mati Nick bila nampak Theo bersama Dheo mandi di kolam renang. Gembira pula tu. Nick pun tak tahu bila masanya Theo ni keluar kan harimau tu dari sangkar. Nasib baik tak kena baham. Nick cuba menenangkan jiwa dan raga nya lalu mendekati mereka.

"Seronok korang mandi eh tak bawa aku? Hm, Theo, darimana kau dapat kunci sangkar?"

Ni lagi main terjah je tak bagi salam. Si Dheo dengan Theo pun terkejut dan Si Dheo ni terkejut mengaum. Buat serangan jantung betullah. Theo menjeling.

"Aku ambil kunci pendua semalam. Lain kali bagilah salam, ni nak buat orang sakit jantung ke apa."

Si Dheo pun buat-buat tak nampak tuan dia sendiri. Nick berdecit. Dia melompat ke dalam kolam.

"Hah kau rasakan ni! Seronok sangatkan? Dheo kau lepas kan Theo! Biar dia, HAHAHHAHA!" Dheo pun apalagi, terpaksa ikut arahan. Nick menarik Theo sampai tengah-tengah kolam renang.

"Davien jangan buat aku macam ni! Aku tak pandai berenanglah! Please! Hahh tuan- Tolong! Saya-" Theo yang tergapai-gapai dibiarkan Nick. Nick ketawa terbahak-bahak. Perlahan Nick berhenti ketawa bila perasan tiada lagi suara meminta tolong.

"Theo!!"

Nick berenang dan menggapai pinggang ramping Theo yang sudah lemas. "Hei Theo! Kau okey tak? Theo?! Theo bangun! Tak ada pilihan." Nick pun membuat CPR terhadap Theo. "Kau jangan mati Theo.." Tidak sampai beberapa minit, Theo memuntahkan air.

"Aku tak nak kau! Kau-Kau pergi! Hiks.. Kau kejam! Hiks... Hahh!" Trauma Theo nak mandi kolam lagi.

"Tak, aku tak apa-apa kan kau. Kau selamat.. Shh kau selamat... Selamat.."

Nick memberi pelukan hangat untuk Theo bertenang. Theo pun berhenti menangis. Tersedar yang dia dipeluk Nick, Theo menolaknya jatuh ke dalam kolam renang. Dia berlari masuk ke dalam menahan malu. Nick pula naik geram. Dheo entah mana menghilang.

。☆✼★━━━━━━━━━━━━★✼☆。

᯽𝐓𝐁𝐂᯽

𝐍𝐢𝐜𝐤𝐓𝐡𝐞𝐨 || 𝐅𝐚𝐭𝐞 𝐌𝐚𝐤𝐞 𝐍𝐨 𝐌𝐢𝐬𝐭𝐚𝐤𝐞𝐬Where stories live. Discover now