Part 28 [𝐅𝐌𝐍𝐌]

830 28 0
                                    

𝑯𝒂𝒑𝒑𝒚 𝒓𝒆𝒂𝒅𝒊𝒏𝒈!(≧▽≦)💗
𝑽𝒐𝒕𝒆 𝒂𝒏𝒅 𝒄𝒐𝒎𝒎𝒆𝒏𝒕!

。☆✼★━━━━━━━━━━━━★✼☆。

Thia yang sedang menatang air untuk ketiga-tiga lelaki yang berada di ruang tamu berasa bengang. Dari mula lelaki yang bernama Davien datang, tiada langsung perbincangan yang didengarnya. Diperhati Mikael yang dari tadi merenung meja bulat itu.

"Haihh.. Korang tak nak cakap apa-apa ke?" Thia membuka bicara. Ketiga-tiga mereka memandang tepat ke arah Thia. Thia berasa canggung.

"Aku.. Aku.. Aku.." Akhirnya Mikael berbicara namun gagap.

"Aku, aku apa?! Cepat cakap. Aku tembak juga kau kat sini. Lembab." Nick sudah tidak tahan. Mahu saja dicekiknya Mikael ketika ini.

"Aku nak kita berdamai! Puas hati kau?" Macam tidak percaya saja dia menuturkan kata-kata tersebut. Mata dipejam rapat. Nick pula sudah tersenyum menang. Ian dari tadi diam sambil mendengar sahaja.

"Tak sangka aku. Baiklah kalau itu yang kau nak, aku setuju. Lagipun akupun tak kuasa nak bermusuh dengan musuh lemah macam kau." Selamba Nick bercakap.

"Kurang ajar kau!" Baru saja Mikael mahu menerpa ke arahnya, Thia menghentikan.

"Kan dah berdamai. Dah lah tu." Perkataan berdamai ditekankan. Nick memandang Thia.

"Kau nak simpan Thia ni mana Mika?" Pertanyaan itu muncul.

"Aku nak jadikan dia isteri akulah. Nak simpan apa nya?" Terkejut beruk Thia.

"Jangan lupa lah ya jemput aku sekali. So, kau tak bagitahu abang dia ke?" Mikael mengerutkan dahi. Macam mana Nick boleh tahu.

"Alahh aku tahu lah kau culik dia. Sebab akukan? Kau bukan tak tahu aku boleh jumpa maklumat walaubagaimanapun cara. So jawap soalan aku tu." Seperti tahu Mikael sedang tertanya-tanya dia terlebih dahulu menjelaskan.

"Aku.. Fikir dulu.."

"Hah bagus-bagus. Kau simpan lah adik dia tu lama-lama. Sebab aku ada sebab aku sendiri. Bak sini aku cerita kan. Kau jangan pulak bagitau. Aku lempang berterabur gigi kau aku buat." Lalu Nick menceritakan apa yang terjadi dari A hingga Z. Terangguk-angguk Mikael dibuat nya.

Mikael memandang nya tidak percaya. Nasib baik Thia sudah menghilang dari ruang tamu.

"Pelik juga cerita korang ni kan. Kau suka dia ke?"

"Percaya atau tak. Yang aku punya tu lagi terbaik dari adik dia." Tersengih Nick.

"Kau gay ke?" Soalan Mikael membuat kan Nick terdiam. Ian yang sedari tadi diam menunggu jawapan dari Nick.

"Entah." Itu sahaja. Tidak banyak tanya hari itu mereka menghabis masa bercerita. Permusuhan antara mereka dilupakan.

[•••]

"Bila aku boleh balik? Aku nak jumpa abang aku.." Sayu Thia menuturkan kemahuan nya.

"Aku tak nak lepaskan kau.. Aku nak kau buat kontrak tiga bulan dengan aku. Lepas tiga bulan tu aku lepaskan kau. Kau bebas nak pergi ke mana aku tak halang." Mikael mencicipi kopi yang dibuat oleh Thia.

"Aku setuju. Bagi aku pen. Aku nak tanda tangan kontrak tu." Cepat saja Thia menyetujui. Mikael tak ada niat pun nak buat macam tu kalau tak kerana rancangan gila Nick. Dia nak Thia berada di sisinya selama-lamanya! Selesai Thia menandatangani perjanjian itu, Thia duduk bersila.

"Aku tak kesah pun nak tunggu lama mana, yang penting aku dapat jumpa abang aku. Aku harap dia selamat." Mikael hanya diam tidak berkata apa-apa.

'Maaf kan aku Thia. Aku tak sampai hati sebenarnya. Ni semua salah Si Nick tu lah. Nak kan abang kau!' Monolog Mikael. Geram dengan perangai Nick yang melampau.

。☆✼★━━━━━━━━━━━━★✼☆。

᯽𝐓𝐁𝐂᯽

𝐍𝐢𝐜𝐤𝐓𝐡𝐞𝐨 || 𝐅𝐚𝐭𝐞 𝐌𝐚𝐤𝐞 𝐍𝐨 𝐌𝐢𝐬𝐭𝐚𝐤𝐞𝐬Where stories live. Discover now