𝑯𝒂𝒑𝒑𝒚 𝒓𝒆𝒂𝒅𝒊𝒏𝒈!(≧▽≦)💗
𝑽𝒐𝒕𝒆 𝒂𝒏𝒅 𝒄𝒐𝒎𝒎𝒆𝒏𝒕!。☆✼★━━━━━━━━━━━━★✼☆。
Theo membuka kelopak mata nya. Cahaya terang mula memenuhi kornea mata. Dia melihat ruangan tersebut. Dia memegang kepalanya yang terasa berdenyut-denyut. Cuba mengingati apa yang terjadi kepada dirinya.
"K-kenapa aku boleh ada kat sini pula? Apa yang dah jadi?" Dipandang sekeliling. Dia teringat akan Thia. Bagaimana dia sekarang? Dia menyandarkan belakang tubuhnya di kepala katil. Tidak lama selepas itu, dia menurunkan kedua tapak kakinya ke lantai dan melangkah ke arah pintu. Dia menggapai tombol pintu.
Belum sempat dia memusingkan tombol pintu, ada orang lain yang sudah membuka pintu. Hampir saja mengenai batang hidungnya. Theo tersentak tatkala melihat gerangan yang membuka pintu. Dia cuba untuk beriak tenang. Dia membiarkan gerangan tersebut masuk ke dalam ruangan itu. Theo dapat melihat sesuatu yang dibawanya. Makanan yang dibawa lelaki itu diperhatikan.
Theo menaikkan sebelah keningnya sambil menatap hairan si gerangan tersebut. Baru sahaja dia ingin mencari dimana Thia berada namun dihapus niatnya. Dia kembali membaringkan tubuhnya di atas katil semula. Suasana menjadi canggung, hanya bunyi kipas yang menyapa kesunyian ruangan wad itu.
"Kau dah sedar?"tanya lelaki itu untuk menghilangkan rasa janggal di bilik itu. Walaupun jawapan nya dia sudah tahu. Theo memandang nya.
"Kau buat apa kat hospital ni?"soalan dibalas soalan. Nick berdecit.
Dia mengambil mangkuk bubur yang diletakkan di atas meja. Dia menyuakan sesudu bubur ke arah Theo. Theo masih memandang nya tak berkelip. Terkejut.
"Kemarin kau pengsan sebab tu kau ada kat sini. Sekarang aku nak kau makan bubur ni kalau kau nak sihat."seakan tahu apa yang berlegar di otak lelaki itu. Tangan masih menghalakan sudu itu ke arah Theo.
"Siapa kau untuk arahkah aku? Pergilah aku bukan siapa-siapa pun!"Theo membantah tidak mahu. Yang dia risaukan sekarang ialah Thia! Tapi ada pelbagai pertanyaan yang terlintas di fikirannya ketika ini. Macam mana Nick boleh tahu keberadaannya? Dan kenapa Nick tiba-tiba baik dengannya?
"Aku tahu kau risaukan adik kau, kau makan dulu nanti kau jenguk lah adik kau. Nah buka mulut tu, kalau kau tak nak aku cium kau." Ugutan Nick tidak memberi kesan kepada Theo. Theo menggelengkan kepala berkali-kali. Nick? Cium dia? Mati hidup semula pun tak akan! Tiada angin tiada ribut, Nick lelaki yang dia paling benci berada di dalam bilik wad bersamanya dan yang paling mengejutkan lagi hanya berdua. Ulang lagi, BERDUA!
Tanpa dia sedari Nick mendekatkan jarak wajahnya dengan Theo. Theo yang tersedar dari lamunannya terus saja menolak bahu Nick. Dapat dia rasakan debaran.
"K-kau kenapa? Gila?"Theo pura-pura memaparkan riak wajah biasa untuk menutup rasa gugupnya namun gagal. Dapat Nick lihat wajah Theo yang seakan-akan tidak ingin melihatnya.
"Ya aku gilakan kau."tenang dan sinis sahaja Nick menjawab."Kau merepek apa ni hah?"Theo sudah tidak senang. Nick tersenyum senget.
"Cepat makan, aku tak nak dengar bantahan dari kau. Makan. Aku nak balik, kau pandai lah makan sendiri ya." Nick berjalan keluar dari bilik itu dengan tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar.
Hilang saja kelibat Nick, Theo mengalihkan pandangan ke arah bubur yang di bawa Nick tadi. Dia teringat semula yang terjadi semalam. Kini dia dan adiknya bergelar yatim piatu. Tidak mempunyai ibu bapa.
"Apa aku nak buat selepas ni? A-aku boleh jaga Thia ke? M-mana aku nak dapat duit? Makan? Minum? Cukup lagi ke duit untuk aku dan Thia?"setitik demi titik air matanya mengalir keluar. Theo mengemam kedua-dua bibirnya sedaya upaya menahan suara daripada keluar.
Beberapa minit kemudian dia berhenti menangis. Sisa air mata dilap dengan belakang tangan. Dia mengalihkan pandangan ke arah mangkuk bubur yang dibawa oleh Nick.
Bubur itu diperhati lama sebelum mengambil sudu lalu menyuakan ke dalam mulutnya. Bubur dihabiskan. Entah ini kali keberapa dia mengalirkan air mata. Dia menyimpul sedikit senyuman.
"B-bubur ni rasa dia hangus, tapi rasa dia tetap s-sedap.. Hiks.. Mamaa.. Theo rindu.."Theo teringat akan memori indah bersama ibunya memasak di dapur. Walaupun setiap hari mereka hanya makan bubur Theo tidak pernah merungut untuk meminta lebih dari itu kerana dia sangat memahami keadaan meraka.
Nick yang berselindung di sebalik pintu setelah mendengar ucapan Theo, segera melangkah keluar dari perkarangan hospital. Dia menuju ke arah kereta alpard yang elok terpaking bersama seorang lelaki bertubuh sasa berdiri di tepi kereta sedang menunggu kedatangan nya. Lelaki itu membongkokkan badannya tanda hormat sebelum membukakan pintu kereta untuk Nick lalu bergerak ke arah tempat pemandu. Dia memandang Nick di belakang melalui cermin.
"Tuan sekarang nak pergi mana?"
"Jalan."tanpa membuang masa, lelaki bertubuh sasa itu memandu meninggalkan kawasan hospital.
Sepanjang perjalanan, Nick tidak mengeluarkan sebarang perkataan ataupun pertanyaan. Dia menghabiskan masa merenung ke luar tingkap kereta. Dia berasa sedikit terkejut dengan kematian ibu bapa Theo yang secara mengejut baginya. Dia kembali tersengih ketika teringat Theo mengkritik bubur yang dimasaknya pagi tadi sebelum bergerak menuju ke hospital.
Entah kenapa dia rajin nak masak kan untuk lelaki yang sering dia buli itu. Padahal dia masakpun tak tahu. Itupun cari kat Google je cara nak masak. Masakpun main hentam je. Nasib tak terbakar dapur kat rumah. Baginya buburlah makanan yang sesuai untuk pesakit. Mungkin, siapa tahu?
Nick kemudian tersenyum sinis. Sinis yang tidak boleh ditafsirkan oleh mereka yang melihat nya.
。☆✼★━━━━━━━━━━━━★✼☆。
᯽𝐓𝐁𝐂᯽
YOU ARE READING
𝐍𝐢𝐜𝐤𝐓𝐡𝐞𝐨 || 𝐅𝐚𝐭𝐞 𝐌𝐚𝐤𝐞 𝐍𝐨 𝐌𝐢𝐬𝐭𝐚𝐤𝐞𝐬
Teen FictionTheo dan adiknya Thia ialah anak yatim piatu. Ibu bapa mereka meninggal akibat kemalangan jalan raya sejak umur Theo 15 tahun dan Thia 13 tahun. Theo hanya mampu redha. Niat untuk ke sekolah kembali dibatalkan dan mula bekerja di sebuah cafe kepunya...