𝑯𝒂𝒑𝒑𝒚 𝒓𝒆𝒂𝒅𝒊𝒏𝒈!(≧▽≦)💗
𝑽𝒐𝒕𝒆 𝒂𝒏𝒅 𝒄𝒐𝒎𝒎𝒆𝒏𝒕!。☆✼★━━━━━━━━━━━━★✼☆。
Theo diam menikus bila Nichol memandangnya dengan pandangan yang tajam. Ian duduk di sebelah Nichol juga memandang nya penuh kasihan. 30 kali dia mendengar leteran Nichol disitu lah dia juga ikut sama mendengar. Entah berapa kali Nichol mengeluh. Melihat Theo yang menahan air matanya, dia tidak sanggup pula nak marah lebih."Hey... Sudahlah, aku dah penat nak tegur kau." Nichol sudah mahu berdiri tapi Ian menarik pergelangan tangannya. "Nak pergi mana?"
"Saya nak masuk bilik. Saya dah tak kesah apa dia nak buat. Buatlah apa yang dia nak. Saya pergi dulu." Perlahan Nichol meninggalkan mereka berdua di ruang tamu. Tapi Ian menggengam tangannya sambil merenung dalam mata Nichol. Dia kembali duduk di sofa."Err... Kita pernah jumpa ke?" Theo meneliti wajah Ian. Sepertinya dia sudah pernah melihat wajah ini, tapi di mana? "Panggil aku Levian. Lev." Ian menghulurkan tangan nya. Theo menyambut huluran tangannya. "Theodore. Call me Theo..." Ian tersentak. Inikah Theo yang pernah dia jumpa di masa lalu? Terlalu banyak yang berubah. Wah, impossible! Ian mengangguk. Ingat kan perempuan mana lah Nick pungut.
Theo yang dulu kelihatan seperti budak hingusan bertukar menjadi seorang lelaki yang sangat berbeza di depan matanya. Rambut Theo yang panjang di ikat ponytail, tubuh nya seperti seorang gadis belasan tahun, hidung mancung, bibir mungil, warna kulit putih melepak, sexy dan... Berwajah polos. Lebih mengejutkan lagi, Ian melihat tanda merah di bahagian leher Theo. Speechless. Itulah yang dalam fikirannya.
Niatnya ke sini cuma ingin menghantar barang untuk si buah hati, tapi ada pula tragedi yang tak diingini berlaku. Nasib baik dia masuk dalam tadi, kalau tak terbakar lah rumah besar ni. Dengan orang-orang nya sekali terbakar. Huh kus semangat.
Mereka memalingkan wajah apabila terdengar bunyi kereta di luar rumah. Hah tu mesti Nick baru balik dari pejabat. Theo panik. "Kau dah kenapa?" Ian memandang Theo yang panik. "T-Tak ada apa-apa!" Tak ada apa-apa tapi kaki dah cabut lari dulu. Nichol menjulingkan matanya. Eleh nak merajuk dengan abang aku lah tu.
"Kau kenapa?" Nick memandang Nichol dan Ian di ruang tamu. Matanya meliar mencari susuk Theo. Dia mengerutkan dahinya ketika menghidu sesuatu dari arah dapur. Nick meminta penjelasan. Punggungnya pula sudah mendarat di atas sofa empuk. Air yang memang sudah sedia di atas meja diteguk perlahan.
"Theo buat hal. Kau tahu tak, dapur kau tu hampir nak terbakar?! Aku pun tak tahu macam mana tapi aku lah mangsa keadaan!" Nichol mengatakan ketidakpuasan hatinya. Serta merta air yang diteguk Nick tersembur keluar. Wuishh parah mat.
"Mana dia? Dia ada cedera apa-apa ke?" Panjang lebar adiknya berhujah, buah hati juga yang ditanyakan terlebih dahulu. Padahal dia lah mangsa keadaan.
"Eih menyampah betul lah aku dengan kau ni! Aku nak keluar jalan-jalan lagi bagus. Aku tak janji nak balik malam ni. Aku stay dekat rumah papa. Kau pujuk lah buah hati kau tu eh, jom Dev." Nichol menarik pergelangan tangan Ian. Ian hanya mengikut kehendak nya. Nick menghantar adik nya dengan pandangan sahaja. Malas dia nak habis kan tenaga hanya untuk berjalan ke arah pintu.
"Theo! Kau turun sekarang juga!" Theo perlahan turun melalui tangga dengan perlahan. Takut diapa-apakan oleh Nick. "Kau okey tak?" Nick membelek-belek tubuh Theo. Theo hanya menggelengkan kepala tanpa memandang wajah Nick.
"Aih dah lupa cara bercakap?" Nick menaikkan keningnya.
"T-Tak..."
"Hah ingatkan bisu tadi. Lain kali kalau aku tanya jawaplah. Aku tak suka orang tak jawap soalan aku. Kecuali orang tu dah bisu atau pekak." Theo hanya menundukkan kepala.
"Pandang muka aku masa aku bercakap." Theo memandang wajah Nick perlahan. Tersentak Theo apabila melihat wajah Nick yang tidak terurus itu. Rambut yang kusut pun dia tak perasan. Theo ketawa kecil. "Apa yang lucu?" Theo kembali membuat memek muka apabila Nick menegurnya. Sikit-sikit nak marah.
"Dah, kau bersiap sekarang. Aku nak bawa kau jumpa seseorang. Aku tunggu."
"Seseorang? Siapa?"
"Kau pergi jelah bersiap. Banyak songeh pula kau." Theo mendengus geram. Tanya je pun. Itu pun nak marah-marah. Tidak sampai 10 minit Theo sudah bersiap dengan baju milik Nick dan seluar pendek paras paha. Lagi-lagi buat Nick terkedu seketika. Hailahh. Seingat dia masih banyak baju Theo yang dia sudah belikan. Tapi baju Nick juga dia nak pakai. Tanpa banyak tanya, Nick berjalan mendahului Theo.
Sepanjang perjalanan, hanya bunyi radio yang menemani mereka.
。☆✼★━━━━━━━━━━━━★✼☆。
᯽𝐓𝐁𝐂᯽
haiiii korang! maaf tau kalau author lambat update, author thun ni dah nak spm, sbb tu lah dah kurang aktif. but author usaha update sikit-sikit. thx korang yang dah support n baca cerita ni ! 😻
YOU ARE READING
𝐍𝐢𝐜𝐤𝐓𝐡𝐞𝐨 || 𝐅𝐚𝐭𝐞 𝐌𝐚𝐤𝐞 𝐍𝐨 𝐌𝐢𝐬𝐭𝐚𝐤𝐞𝐬
Novela JuvenilTheo dan adiknya Thia ialah anak yatim piatu. Ibu bapa mereka meninggal akibat kemalangan jalan raya sejak umur Theo 15 tahun dan Thia 13 tahun. Theo hanya mampu redha. Niat untuk ke sekolah kembali dibatalkan dan mula bekerja di sebuah cafe kepunya...