Part 7 [𝐅𝐌𝐍𝐌]

1.3K 43 7
                                    

𝑯𝒂𝒑𝒑𝒚 𝒓𝒆𝒂𝒅𝒊𝒏𝒈!(≧▽≦)💗
𝑽𝒐𝒕𝒆 𝒂𝒏𝒅 𝒄𝒐𝒎𝒎𝒆𝒏𝒕!

。☆✼★━━━━━━━━━━━━★✼☆。

"Kak Amyyyyy! Thia rindu kak Amy~" Thia berlari memeluk Amy yang baru sahaja keluar dari perut kereta.

"Maaf ya, kak Amy lama dah tak lawat Thia." Amy menggosok kepala Thia.

"Thia tak rindu abang Zack ke? hurmmm kesian abang ni.." Ujar Zack seakan merajuk. Laju sahaja Thia mendapatkan lelaki itu lalu dipeluknya erat.

"Abang kandung sendiri tak nak peluk ke?" Theo menaikkan keningnya. Thia menjelirkan lidahnya. Zack dan Amy sudah ketawa terbahak-bahak. Tapi dipeluk juga abang kesayangan nya itu.

"Thia bergurau jelah." Theo tersenyum senget.

"Eh jom lah masuk. Thia dah sediakan makanan dan minuman! Kebetulan Thia buat lebih, jom lah!" Ujar Thia gembira. Mereka bertiga mengangguk lalu melangkah masuk rumah Theo.

Mereka berempat berada di meja makan. Amy memandang makanan yang disediakan Thia dengan penuh selera. "Wahh Thia buat semua ni? Masak sendiri ke? Siapa yang ajar ni?" bertubi-tubi soalan yang dilontarkan kepada Thia.

"Ha'ah Thia yang masak! Tapi.. Semua ni Abang Theo yang ajarkan hehe" Thia tersengih kerang busuk.

"Kau memang tak pernah berubah kan Theo. Dari dulu suka memasak, macam isteri orang dah aku tengok." Amy memandang Theo yang baru habis meneguk airnya. Terbatuk-batuk Theo dibuatnya.

"Ha'ah akupun perasan juga. Setiap kali kitaorang datang rumah dulu, kau selalu tolong arwah mama kau memasak kan? Masakan kau tak pernah tak sedap! Aku yang lelaki pun tak tahu nak masak semua benda kau pula senang je! Bukan calang-calang masakan kau! Ibu dengan ayah Amy pun suka makan masakan kau!" Zack mengiyakan kata-kata Amy. Setuju dengan ungkapan Amy tadi.

Apabila bibir Zack menuturkan perkataan arwah mama, wajah nya menjadi suram. Seketika mereka menjadi canggung. Zack yang tersedar akan kesilapannya terus meminta maaf. "Theo aku minta maaf. Aku tak sengaja tad-"

"Tak apa, kau tak salah. Aku yang tak boleh terima kenyataan. Maaf risaukan korang. Jemput lah makan.." Theo mempamerkan senyuman manis ke arah mereka. Zack hanya menggaru tengkuknya. Amy sudah mencubit paha Zack di bawah meja.

Makanan di atas meja dijamah mereka sehingga kenyang.

"Amy, Zack korang rasa aku patut berhenti sekolah tak? Aku rasa nak berhenti sekolah. Aku tak kesah tak dapat sijil belajar apa semua tu yang penting aku nak ambil kerja. Aku nak kumpul duit dulu lepas tu pindah rumah yang aku beli nanti." Luah Theo setelah meneguk air minuman yang terakhir.

"Itu pilihan kau. Kalau itu buat kau bahagia, kau buatlah. Aku akan sokong kau dari belakang. Amy dan aku ada untuk kau, jangan risau." Amy yang berada disebelah Zack tersipu-sipu malu.

"Eh ap awak ni! Ha'ah Theo. Aku pun akan sokong kau. Aku akan bantu kau sekali. Tapi.. Mana kau nak cari kerja ni?" Tanya Amy. Tangan runcingnya mengetuk perlahan meja makan. Beberapa saat kemudian dia menghentak meja hingga membuat kan Thia terkejut beruk.

"Eh hehe maaf maaf.. Theo apa kata kau kerja kat cafe family aku je? Masih ada kerja kosong kat situ." cadang Amy.

"Hmm macam mana dengan makan min-"

"Semua dah disediakan khas untuk pekerja kami. Kau boleh ambil kerja kat sana. Tinggallah di tempat aku atau pun rumah sebelah Zack. Thia dengan aku je."

Theo merenung gelas kosong tersebut memikirkan cadangan Amy itu. Lama kelamaan bibirnya mengukir senyuman lebar.

。☆✼★━━━━━━━━━━━━★✼☆。

᯽𝐓𝐁𝐂᯽

𝐍𝐢𝐜𝐤𝐓𝐡𝐞𝐨 || 𝐅𝐚𝐭𝐞 𝐌𝐚𝐤𝐞 𝐍𝐨 𝐌𝐢𝐬𝐭𝐚𝐤𝐞𝐬Where stories live. Discover now