Part 9 [𝐅𝐌𝐍𝐌]

1.2K 32 3
                                    

𝑯𝒂𝒑𝒑𝒚 𝒓𝒆𝒂𝒅𝒊𝒏𝒈!(≧▽≦)💗
𝑽𝒐𝒕𝒆 𝒂𝒏𝒅 𝒄𝒐𝒎𝒎𝒆𝒏𝒕!

。☆✼★━━━━━━━━━━━━★✼☆。

Amy pov

"Baiklah aku setuju. Terima kasih Zack, Amy sebab tolong aku. Zack kau tak kesahkan? Manalah tahu aku kacau korang ke?"

"Eh taklah.. Mengarutlah kau ni. Aku ni pembantu Amy je, status orang biasa-biasa je. Lagipun Amy masih muda. Aku pun apa kurang nya. Aku baru masuk 18 tahun. Sekolah pun tak, ada hati nak kahwin dengan anak orang kaya?"

Aku hanya mendiamkan diri. Mood aku hilang lepas aku dengar ucapan Zack tadi. Hati aku sakit sangat. Ahh aku rasa aku nak nangis lah.. Kenapa Zack cakap macam tu? Aku-

"Amy.. Amy.. Amy!" Aku tersentak. Aku memandang ke arah suara itu datang. Theo rupanya. Aku melihat sekeliling. Kami sudah memasuki pekarangan rumah sebaik sahaja pintu pagar automatik terbuka luas. Sebaik sahaja kereta yang dipandu oleh Zack terparkir di perkarangan rumah, pintu pagar kembali tertutup perlahan-lahan.

Lahh dah sampai rumah. Aku memandang Zack yang berada di kerusi memandu. Dia tersenyum. Aku hanya membalas senyuman itu dengan senyuman kelat.

"Err sorry, jom lah keluar. Papa dengan mama aku ada je kat dalam. Jom?" Pandangan Zack membuat aku tak selesa.

Aku mengekori Theo yang sudah keluar dari perut kereta. Kami berempat terpacak di depan pintu utama. Aku membuka pintu utama. Terlihat mama yang sedang duduk di sofa menonton drama kegemaran nya. Aku berlari sambil terjerit kecil.

"Mamaaaa! Amy dah balik!" Aku berlari mendapatkan mama dan memeluk nya erat. " Anak mama ni.. Malulah sikit ada kawan kamu tu. Zack pun ada sekali." Mama ketawa kecil. Aku pula dah tarik muncung. "Alah biarlah anak mama ni rindu, Amy tak kesahlah." Mama dah menggeleng kepala.

"Eh Theo, Thia jom lah duduk dulu. Mama minta maaf tau tak datang hospital hari tu. Mama harap Theo kuat ya nak.." Mama aku ni baik orangnya. Walaupun kami ni orang berada tapi kami tak macam orang lain, kami tak sombong dengan kekayaan yang kami ada. Sebab tu aku boleh berkawan dengan Theo.

Mama pun anggap Theo macam anak dia sendiri, boleh dikatakan Theo ni anak angkat mamalah. Aku anggap Theo adik aku je tak lebih. Aku faham Theo tu sangat. Tengok dari air muka dah tahu dia ni kuat memendam perasaan. Hairan juga aku sebab dia ni lelaki tapi kulit dia tu kalah warna kulit aku ni. Sebab kulit dia putih bersih lepas tu kulit macam perempuan. Badan dia pun kalau lelaki tengok mesti diorang salah faham yang Theo ni lelaki ke perempuan.

Masa aku first jumpa dia dan kami baru 7 tahun kalau aku tak silap. Masa tu aku nampak dia kena buli dengan budak-budak lain dan aku lah yang selamat kan dia dari budak-budak tu. Dari situ lah aku kenal dia. Dia ni cepat terasa lepas tu dia menangis. Aku ada lah confuse sebab Theo masa tu rambut dia paras bahu, lepas tu putih melepak. Aku dah kenal Theo lama. Dah memang aku tahu semua lah favourite dia termasuk makan minum dia. Theo.. Dia 'special.'

Beberapa tahun tu, papa aku bawa seorang budak lelaki yang 3 tahun tua dari kami. Budak tu Zack lah. Papa cakap dia ambil Zack di rumah anak yatim. Dia saja tak nak bagi aku sunyi kat rumah dan alang-alang tu boleh jaga aku sekali. Entah macam mana aku boleh jatuh cinta kat dia.

Dia baik hati. Gentle. Aku suka semua tentang dia. Apalagi mata dia. Tapi aku tak tahu kenapa, Zack cakap macam tu. Kecil juga lah hati aku ni.

Aku tersenyum melihat gelagat Theo yang sedang bermain dengan kucing kesayangan aku, lalu aku menapak ke arahnya. Aku tak kesahlah Zack nak sakitkan hati aku ke, sekarang aku nak uruskan hal Theo pula lepas dah selesai semua ni aku akan buat Zack jatuh hati dengan aku tak kira! Bukan Amy lah kalau cepat sangat give up! Heh!

End Amy pov

。☆✼★━━━━━━━━━━━━★✼☆。

᯽𝐓𝐁𝐂᯽

𝐍𝐢𝐜𝐤𝐓𝐡𝐞𝐨 || 𝐅𝐚𝐭𝐞 𝐌𝐚𝐤𝐞 𝐍𝐨 𝐌𝐢𝐬𝐭𝐚𝐤𝐞𝐬Where stories live. Discover now