𝑯𝒂𝒑𝒑𝒚 𝒓𝒆𝒂𝒅𝒊𝒏𝒈!(≧▽≦)💗
𝑽𝒐𝒕𝒆 𝒂𝒏𝒅 𝒄𝒐𝒎𝒎𝒆𝒏𝒕!。☆✼★━━━━━━━━━━━━★✼☆。
Theo yang merasakan perubahan ganas Nick, menggigil ketakutan. Dia cuba melawan dan cuba untuk menendang Nick beberapa kali namun Nick tidak berganjak sedikit pun. Theo tidak dapat melawan kekuatan Nick. Theo dapat merasakan hembusan nafas Nick yang turun naik itu.
"N-Nick apa kau buat ni?! Lepaslah sial! Tolonglah aku merayu Nick!!" Jeritan Theo tidak membuatkan Nick berhenti malah lebih kasar dari tadi. Nick yang tidak tahan akan rayuan Theo mencengkam leher Theo kuat.
"KAU DIAM!!" Dua perkataan yang keluar dari mulut Nick itu membuat kan Theo berhenti melawan. Bibirnya diketap. Nick melepaskan cengkamannya. Theo hampir kehilangan nafas. Cukup membuat nya terbatuk. Dia hanya mampu menutup erat matanya, air mata dibiarkan mengalir membasahi pipi.
Perbuatan Nick dibiarkannya. Dengan kasar Nick membuka baju seragam milik Theo. Selepas membuka baju seragam dari tubuh Theo, dia membuka butang baju seragam nya.
Seketika Theo membuka kembali kelopak matanya dan melihat Nick yang sudah membuka butang baju seragam di hadapannya. Theo mengundur kan tubuh nya ke belakang hingga kulit putihnya menyentuh dinding di belakang nya kerana takut. Kini Theo tidak memakai baju seragam nya. Dia memeluk erat lututnya sambil menangis tersedu-sedan.
Kini kedua-dua lelaki itu tidak berbaju. Nick mengambil baju seragam nya dan menghampiri Theo yang sudah menggigil ketakutan. "N-Nick kau nak buat a-apa? Erghh jangan!!" Theo berfikir Nick ingin memukulnya rupanya tidak. Nick memakaikan baju seragam nya kepada Theo.
Satu-persatu Nick membutangkan baju seragam miliknya kepada Theo. Theo yang terkejut dengan perbuatan Nick memandangnya lama. Necktie yang dicampak tadi diambil semula dan diikat kemas oleh Nick di kolar baju Theo.
Nick berdiri selepas siap memakaikan baju seragam nya kepada Theo. Baju seragam Theo diambil lalu pergi meninggalkan Theo tanpa memandangnya langsung. Sempat dia menumbuk pintu tandas hingga tercabut untuk melepaskan amarahnya.
Tinggal Theo yang kebingungan dengan sisa air matanya. Baju seragam Nick disentuhnya. Dia pun bangun dan keluar dari kawasan tersebut menuju ke kelas semula. Tubuhnya tidak berhenti menggigil.
Amy yang melihat Theo segera menghampiri nya. Nafas cuba diambil. "Theo kau okey tak? Dia ada buat apa-apa ke? Kenapa dengan muka kau ni? Kau menangis ke?" Bertubi-tubi soalan yang diberikan oleh Theo. Pandangannya beralih ke baju seragam yang digunakan Theo. Nametag Nick diperhati.
"I-ini.." Amy memandang ke arah Theo untuk meminta jawapan. Namun Theo hanya diam. Amy memegang erat tangan Theo yang menggigil dari tadi. "Tak apa, kak Amy faham. Nanti bagitahu kak Amy apa yang jadi tadi okey? Kalau Theo nak bagitahu lah.. Sekarang jom masuk kelas dulu. Lepas habis kelas mata pelajaran yang ketiga, kita pulang okey? Dah lama dah kak Amy tak pergi melawat Thia.. Bolehkan, Theo?" Amy menggosok kepala Theo. Theo mengangguk. Mereka menuju ke kelas dan belajar seperti biasa.
Seperti yang dijanjikan, Amy dan Theo pulang dengan keizinan pengetua mereka. "Theo ikut aku eh? Tentang basikal kau nanti aku suruh pembantu aku tolong ambilkan. Kau jangan risau." Theo tersenyum. Terharu. "Terima kasih.. Aku tak tahu nak balas apa dah.." Amy turut tersenyum. "Hey, tak perlu lah. Cukup kau jadi kawan aku, sudahlah." Mereke berdua ketawa kecil sebelum memasuki kereta lamborghini milik Amy.
Bukan hak milik Amy sepenuhnya, pembantu Amy yang pandu. Kereta itu akan menjadi milik Amy ketika Amy sudah mencecah 17 tahun. Dalam perjalanan pulang ke rumah Theo, Amy hanya termenung dari tadi. Pemandu Amy yang bernama Zack itu juga perasan akan perubahan nya.
"Cik? Cik Amy? Aurora Mary Yolanda." Panggilan Zack menghentikan lamunannya. Dia memandang ke arah Zack lalu beralih ke arah Theo. Wajahnya mula memerah.
"Err kita dah sampai ke? Kenapa tak bagitahu aku tadi?" Tanya Amy cuba menutup malunya. Zack tertawa kecil. Terhibur dengan gelagat Amy yang baginya comel.
"Cik tadi mengelamun sebab tu tak perasan." Amy mengembungkan pipinya.Theo yang melihat adegan itu tersenyum.
'Tahulah crush dia depan mata, jangan lah lupa aku!' monolog Theo.
"Hah bila kita nak keluar ni, nampak pula dah adegan tak berbayar korang tau." Ujar Theo mengejek. Kedua-dua pasangan tersebut memandang Theo sambil tersipu-sipu malu.
Thia yang mendengar bunyi kereta masuk ke perkarangan rumah lantas menyelak kain langsir. Sebaik sahaja mengenali gerangan tersebut, dia berlari anak ke arah pintu rumah dan membuka pintu. Dengan senyuman lebar Thia berlari anak ke arah mereka.
。☆✼★━━━━━━━━━━━━★✼☆。
᯽𝐓𝐁𝐂᯽
YOU ARE READING
𝐍𝐢𝐜𝐤𝐓𝐡𝐞𝐨 || 𝐅𝐚𝐭𝐞 𝐌𝐚𝐤𝐞 𝐍𝐨 𝐌𝐢𝐬𝐭𝐚𝐤𝐞𝐬
Novela JuvenilTheo dan adiknya Thia ialah anak yatim piatu. Ibu bapa mereka meninggal akibat kemalangan jalan raya sejak umur Theo 15 tahun dan Thia 13 tahun. Theo hanya mampu redha. Niat untuk ke sekolah kembali dibatalkan dan mula bekerja di sebuah cafe kepunya...