Part 48 [𝐅𝐌𝐍𝐌]

647 20 3
                                    

𝑯𝒂𝒑𝒑𝒚 𝒓𝒆𝒂𝒅𝒊𝒏𝒈!(≧▽≦)💗
𝑽𝒐𝒕𝒆 𝒂𝒏𝒅 𝒄𝒐𝒎𝒎𝒆𝒏𝒕!

。☆✼★━━━━━━━━━━━━★✼☆。


Sepanjang perjalanan, hanya bunyi radio yang menemani mereka.

Theo POV

Sesekali aku memandang sekilas wajah Devian di sebelah. Tegang je wajah dia aku nampak. Bunyi radio yang sedang dimainkan lagi membuat ku rasa awkward. Gugup pun ada. Aku tak tahu dia nak bawa aku ke mana.

Pemandangan di luar menarik perhatian ku. Yalah bukan selalu dapat jalan-jalan macam ni, sejak aku kena kurung dengan mamat ni. Aku pun dah bosan duk kat rumah tu. Dah lah besar, duk sorang-sorang boleh jadi gila tak lama lagi.

Aku tersenyum dalam diam. Hah indah nya hari aku. Kalau lah Devian selalu bawa aku jalan-jalan kan bagus. Eh. Aku menggeleng. Duk fikir pasal dia buat apa. Hmm... Tapi aku tak nafikan yang aku... Dah jatuh cinta dengan dia. Lelaki pula tu.

Aku suka cara layanan dia terhadap aku. Senyuman dia... Buat aku tak keruan. Setiap kali dia ada depan mata aku, jantung aku macam nak terkeluar. Sejak kejadian pantai hari tu, hubungan kami semakin baik dari semasa ke semasa. Kami dah banyak berkomunikasi walaupun kadang-kadang tu ada awkward sikit. Hah indah nya perasaan ni.

"Dah sampai." Aku tersentak. Eh laju nya. Aku memandang rumah besar yang tak jauh beza dengan rumah yang Devian ada. Aku membuka pintu kereta. Aku menghirup udara segar. Tanpa aku sedar, tangan Devian sudah memeluk aku dari belakang. Pelukan ni yang aku selalu terbuaikan. Selesa dan yang paling penting aku rasa selamat.

Devian kemudian memeluk pinggang ku lalu kami berjalan masuk ke dalam kawasan tersebut. Gerun. Itu lah reaksi pertama aku setelah memijak kawasan tersebut. Dah macam rumah tak berpenghuni. Semuanya gelap. Devian mengeratkan lagi pelukan seolah-olah tahu apa yang aku rasakan.

Tiba-tiba ruang tamu tersebut menjadi terang benderang. Aku sangka rumah ni macam rumah hantu. Yalah dari luar macam rumah lama yang dah lama. Tapi sangkaan aku meleset. Dalam dia penuh dengan barang mewah.

Aku menangkap susuk tubuh seseorang yang sedang memakai apron keluar dari dapur. "Hollaa! Selamat datang. Aku ingat kau tak nak datang. Alih-alih kau datang bawa..." Dia memandang aku. Aku menggengam erat tangan Devian. Aku dapat melihat wajah Devian yang serius.

"Kau jangan nak takut kan dia. Aku bagi kau setepek." Masa-masa macam ni juga kau nak melawak ye. Dia menghulurkan tangan. Aku menyambutnya dengan penuh rasa curiga.

"Aku Thomas. Kau? Boyfriend dia ke? Ah alih-alih korang dah datang sini, jemputlah makan. Aku termasak lebih tadi. Ikut aku." Kami berjalan mengikuti Thomas. Boyfriend? Aku langsung tak terfikir tentang tu.

Aku memandang sekeliling. Kemas dan teratur. Pandai dia decorate rumah ni. Maksud aku ya, aku suka rumah macam ni. Ciri-ciri rumah idaman aku, nampak sederhana dari luar tapi dalaman nya kemas dan teratur. Orang cakap tak perlu tunjuk kau tu orang kaya ya tak? Bukan macam orang tu. Aku menggeleng kepala.

"Silakan duduk. Korang tak payah malu-malu. Korang kan tetamu special aku. Buat macam rumah sendiri ya Theo." Thomas menarik kerusi untuk aku. Gentleman juga dia ni ek. Devian sudah membuat muka menyampah. Devian duduk di sebelah aku.

Aku melihat banyak hidangan yang disediakan di atas meja. Weh semua ni makanan favourite aku! Aku seketika terimbas kembali sesuatu yang buat aku sedih. Masa mama dan aku masak sama-sama, ini lah makanan yang aku makan. Makanan sederhana macam ni lah orang cakap banyak menyimpan kenangan indah.

Tanpa aku sedar air mata aku turun dengan laju. Aku tak dapat tahan air mata aku. Sambil aku kunyah makanan tu, setiap kali aku terimbas kembali saat-saat akhir aku dengan mama sebelum dia meninggal.

"Hiks..." Davien tersentak. Dia memegang wajah aku yang sudah dibasahi air mata. Dia tak banyak tanya, terus sahaja melap sisa air mata ku. "Kenapa kau nangis ni? Hmm?" Dengan nada yang risau. Aku menggelengkan kepala. Tak mampu nak cakap apa-apa.

"Theo! Apa yang dah jadi? Kau nangis? Kau okey tak?" Davien yang sedang menenangkan aku tertolak ke tepi gara-gara Thomas yang muncul tiba-tiba. Thomas memeluk ku dengan erat. Lagi lah buat aku menangis.

"Aku rindu... Rindu mama... Masakan ni... Mamaaa.. Uwarghh!" Aku menghamburkan tangisan aku dalam pelukan Thomas. Thomas memeluk aku dan menepuk-nepuk belakang aku macam nak dodoikan anak. Aku memeluk Thomas. Bila aku peluk Thomas, aku macam peluk mama aku sendiri. Aku... Rindu mama!

End Theo POV

。☆✼★━━━━━━━━━━━━★✼☆。

᯽𝐓𝐁𝐂᯽

𝐍𝐢𝐜𝐤𝐓𝐡𝐞𝐨 || 𝐅𝐚𝐭𝐞 𝐌𝐚𝐤𝐞 𝐍𝐨 𝐌𝐢𝐬𝐭𝐚𝐤𝐞𝐬Where stories live. Discover now