𝑯𝒂𝒑𝒑𝒚 𝒓𝒆𝒂𝒅𝒊𝒏𝒈!(≧▽≦)💗
𝑽𝒐𝒕𝒆 𝒂𝒏𝒅 𝒄𝒐𝒎𝒎𝒆𝒏𝒕!。☆✼★━━━━━━━━━━━━★✼☆。
Selepas sahaja kaki nya melangkah masuk ke dalam kelas, semua pelajar memandang ke arah nya. Ada yang berbisik, ada yang ketawa mengejek, ada yang melihat dengan tatapan simpati, ada juga yang memandang nya sinis. Theo hanya memekakkan telinga.
Baju yang basah lencun dibiarkan saja. Dia tak kesah yang penting dia dapat masuk kelas. Selesai sahaja melabuhkan punggung di atas kerusi, seseorang yang dia kenali menghampiri nya. Sayu sahaja pandangan nya kepada Theo, satu-satunya sahabat nya itu.
"Theo-" Belum sempat dia menghabiskan ayatnya, Theo memotong. "Tak apa Amy, aku dah biasa. Aku kan lelaki, jangan risaulah!" Theo cuba untuk tidak membuat sahabat nya risau. Ya satu-satunya sahabat yang ada ketika dia susah dan senang. Walaupun Amy seorang gadis yang berada dan boleh dikatakan kaya, dia tak kesah berkawan dengannya. Katanya, orang berkawan dengannya kerana mahu harta yang dimiliki oleh Amy. Mereka sudah bersahabat sejak tadika lagi.
Keluarga Amy juga tahu akan keadaan yang menimpa keluarga nya kini. Amy banyak membantunya. Tapi dia tidak ingin menyusahkan nya. Theo juga menganggap Amy sebagai kakak kandungnya sendiri oleh kerana Amy tua tiga bulan darinya.
Amy memberikan sapu tangan pink ke arah Theo untuk memudahkan Theo melap mukanya. Theo menyambut sapu tangan yang diberi.
"Terima kasih kak Amy. Maaf menyusahkan." Theo tersenyum. "Sama-sama. Nick ada kacau kau lagi ke? Atau betina-betina tu kacau kau?" Kebetulan Nick dan rakannya melintas di depan kelas mereka. Seketika kelas yang tadi mula nya riuh menjadi canggung dengan kedatangan Nick.
Langkah Nick terhenti betul-betul di hadapan kelas Theo ketika ini. Pandangan Nick jatuh ke arah baju seragam Theo yang basah lencun. Berkerut dahinya. Dua rakan nya berhenti berborak apabila Nick sedari tadi berhenti di depan kelas tingkatan tiga, sudah tahu tujuannya.
"Nick, kau nak tahu tak, perempuan yang selalu kacau budak tu lah yang siram air minuman kat baju dia, sebab tu basah lencun tu."bisik rakannya yang bernama Ian, seperti tahu apa yang ada di kotak fikiran Nick. "Ha'ah betul tu." Ien adik kembarnya mengiyakan.
"Korang pergi dulu, aku nak urus budak tu." Ujar Nick. Laju saja kaki nya melangkah masuk ke dalam kelas itu. Dia menghampiri Theo yang basah lencun lalu menarik lengan Theo keluar dari kelas itu. Amy pula terkebil-kebil memandang Theo pergi. Pandangan pelajar dihiraukan nya.
Theo menggigit bibir nya menahan sakit genggaman lelaki itu. Hampir terputus lengan dibuatnya. Air mata mula bertakung di kelopak mata nya. Sampai sahaja di dalam tandas lelaki yang telah lama dibiarkan, Theo melepaskan genggaman Nick dengar kasar. Sakitnya bukan kepalang, kelihatan bekas tapak tangan terlihat di kulit mulus Theo.
Sedari tadi Theo hanya menundukkan wajah nya, Nick menolak tubuh kecil Theo ke dinding dan menguncinya dengan tangan kanannya. Theo meremas kuat baju depannya melepaskan rasa ingin menangis takut dengan apa yang akan dilakukan Nick selepas ini. Matanya juga tertutup rapat.
Nick yang perasan akan tingkah laku Theo, tersenyum sinis. Dia mula membuka satu persatu butang baju Theo. Perbuatan Nick membuatkan Theo tersentak. Dia membuka luas matanya. Nak buat apa pulak ni.
"Sudahlah Nick. Kau nak buat apa lagi dengan aku. Tolonglah aku merayu, jangan gunting baju aku lagi.. Baju ni satu-satunya yang aku ada sekarang ni.. A-aku dah tak de duit nak beli baju.. Tolong lah.. Aku merayu kali ni je.. Kali ni.. Hiks" tangisan kuat Theo mengejutkan nya.
'Aku tak buat apa-apa lagi dah macam ni?' monolog Nick.
Nick meneruskan perbuatan yang tergendala tadi. Itu membuatkan Theo makin panik. Kali ini, lutut Theo menyembah lantai sambil merapatkan kedua-dua tangan nya. Merayu. Mata Nick sudah membulat.
"Aku merayu.. Tolonglah kali ni je.. Aku dah takde duit dah.. Cukup untuk makan minum aku dan Thia je.. Lepas aku dapat result SPM, aku akan cari kerja lepas tu dah dapat gaji aku bayar kat kau dan lepas tu aku akan pergi dari sini.. K-kalau tak pun aku berhenti sekolah kalau itu yang buat kau rasa b-bagus.. Aku tak akan muncul dalam hidup kau lagi, Nick.. Aku merayu.." entah ini keberapa kali dia menunduk menyembah lantai.
Kali ini dia sudah betul-betul muak tidak ingin berjumpa dengan lelaki dihadapannya itu. Sungguh dia membenci Nick, kerana lelaki itu, dia harus merayu seperti orang gila untuk memohon. Sudahlah dia tidak mempunyai duit yang cukup. Tambahan lagi duit itu cukup-cukup untuk makan minum dia dan Thia.
Mungkin ini kali terakhir dia pergi ke sekolah. Dia sudah tidak kuat menghadapi dugaan ini.
'Maafkan abang, Thia..' bisik Theo dalam hati.
。☆✼★━━━━━━━━━━━━★✼☆。
᯽𝐓𝐁𝐂᯽
YOU ARE READING
𝐍𝐢𝐜𝐤𝐓𝐡𝐞𝐨 || 𝐅𝐚𝐭𝐞 𝐌𝐚𝐤𝐞 𝐍𝐨 𝐌𝐢𝐬𝐭𝐚𝐤𝐞𝐬
Genç KurguTheo dan adiknya Thia ialah anak yatim piatu. Ibu bapa mereka meninggal akibat kemalangan jalan raya sejak umur Theo 15 tahun dan Thia 13 tahun. Theo hanya mampu redha. Niat untuk ke sekolah kembali dibatalkan dan mula bekerja di sebuah cafe kepunya...