Part 33 [𝐅𝐌𝐍𝐌]

791 38 5
                                    

𝑯𝒂𝒑𝒑𝒚 𝒓𝒆𝒂𝒅𝒊𝒏𝒈!(≧▽≦)💗
𝑽𝒐𝒕𝒆 𝒂𝒏𝒅 𝒄𝒐𝒎𝒎𝒆𝒏𝒕!

。☆✼★━━━━━━━━━━━━★✼☆。

Theo POV

Aku tak sangka ruang bawah tanah yang tuan aku suruh bersih kan tu tempat penyiksaan. Dia bahaya! Sana sini ada darah. Nasib baik aku pakai mask. Naik mual tekak aku nak tengok. Tangan aku pun dari tadi menggeletar. Macam manalah nanti hari-hari aku menghadap muka dia.. Hidup aku dari awal dah dalam bahaya. Demi hidup aku bersih kan tempat ni.

'Ergh dah lah luas, sempat tak aku bersihkan ni?' monolog Theo. Tangan nya lincah memop lantai. Tulang yang dah lama aku buang dalam tong besar. Aku tak sentuh eh tulang tu. Aku guna penyepit. Aku tak lupa juga pakai sarung tangan biar tangan aku tak kotor. Aku melap peluh aku sekejap sebelum menyambung aktiviti aku.

2 jam kemudian

Aku berehat kejap nak minum. Penattt tau tak. Ada dua bilik lagi aku belum bersih kan so aku rasa sempat lah. Lepas tu aku sambung balik kerja aku.

"Ahh akhirnya.. Siap.." Aku tengok sekeliling ruangan. Berkilat dan bersih. Tak lupa juga aku kasi pewangi. Biar wangi. Dapatlah aku hirup udara segar. Uwarghhh! Aku menggeliat sedikit nak betulkan urat dan saraf otot apa semua. Sakit segala badan aku.

"Lantai dah bersih.. Dinding pun. Syiling pun dah. Tulang dah buang. Semua aku dah buang. Barang aku dah kemas cantik-cantik. Udara pun. Hmm segar.." Aku bercakap sorang-sorang. Ya lah mana ada orang lain lagi selain aku kan.

Tiba-tiba aku nampak ruangan yang menarik perhatian aku. Aku pun gatal sangat nak pergi jenguk. Dan ya ada seekor harimau kat dalam sangkar ni. Dia perasan aku kat situ dan dia mengaum kuat kat aku. Terjelepuk aku dibuatnya. Terkejut tahu tak. Tiber je mengaum.

Harimau tu mendekati aku. Aku dah mulai undur kat belakang. Eh tapi harimau ni dalam sangkar. Aku bangkit balik. Aku nampak dia ni dah kurus sikit. Tak makan ke? Aku dengan beraninya mendekati sangkar si harimau. ada tali kat leher dia. Eh ada nama pula rimau ni. 'Dheo'.

"Dheo?" Serta merta harimau tu pandang aku. Comel je dia baring. Aku tengok sekeliling dan aku nampak peti ais. Apalagi, aku buka lah nak tengok kalau-kalau ada makanan nak bagi harimau ni. Aku nampak ada macam-macam jenis daging. Dan pilihan aku, aku ambil daging rusa. Perlahan aku mendekati sangkar si Dheo. Dheo baring je tengok aku dekat dengan sangkar dia. Dia tak nak makan ke? Sebab dia tak bergerak. Asyik baring je. Muka dia pun sedih semacam.

Aku teringat yang tuan Davien ada bagi kunci jadi aku cari kunci sangkar ni. Lepas aku jumpa, aku cuba buka sangkar ni. Aku masuk ke dalam sangkar lepas tu cuba nak bagi daging ni dekat si Dheo. Entah dari mana aku dapat keberanian nak masuk dalam sangkar Dheo ni.

"Dheo.. Makanlah.." Aku nak berkomunikasi dengan Dheo manalatau kot-kot dia nak makan. Bukan makan aku. Perlahan-lahan si Dheo menghampiri aku. Degupan jantung aku mulai laju. Aku ingat kan dia nak ngap aku. Rupanya nak makan daging tu. Aku hanya jadi pemerhati. Jinak juga haiwan ni.

Perlahan aku cuba mengusap bulu nya. First tu macam dia tak suka tapi lama kelamaan dia suka. Sedikit sebanyak Dheo mulai aktif sedikit. Ye lah tadi macam sedih, sekarang dah mulai happy dah. Alahai comelnya Dheo ni. Habis saja daging dihabiskan. Dheo seperti mencari sesuatu. Dia mengambil sehelai kertas dan dia bagi kat aku. Terperanjat aku.

"Kubis?" Itu yang aku baca. Aku pandang Dheo. Dheo menjilat wajah aku. Dia ni makan sayur ke?

"Okey okey aku ambil kubis. Kejap." Aku keluar dari sangkar balik sebab nak ambil kubis kat atas. Baru aku nak lari, Dheo mengaum memanggil. Lah kata nak kubis. Tapi dia seperti menunjuk ke arah peti ais yang satu lagi. Bila aku buka, banyak pula kubis. Aku pun ambil dua kubis lepas tu masuk balik dalam sangkar.

Aku bagi kubis tu dekat Dheo. Aku ternganga kejap. Ada ke harimau makan kubis? Ini pertama kali aku nampak. Tak tahu aku harimau ni vegetarian juga. Habis je kubis yang dia makan, aku peluk dia. Lembut betul bulu dia. Empuk sangat! Hangat pula tu.

Aku baring betul-betul dekat sebelah Dheo. Dheo pula peluk aku macam aku ni anak dia. Selesa nya. Dah lah spesial sangat sangkar nya. Siap ada mainan, bantal, katil.. Semua perfect! Mesti tuan dah bela Dheo dari kecil. Hilang juga penat aku bila dengan Dheo. Aku pun tidur sebab letih. Aku tak kesah nak tidur mana-mana yang penting kerja aku dah siap. Goodnight!

End Theo POV

。☆✼★━━━━━━━━━━━━★✼☆。

᯽𝐓𝐁𝐂᯽

Hi korangg 😣 Dah lama author tak update , author kekurangan idea dah . Cerita ni pun makin mengarut tah pape . So korang yang masih stay , TYSM 💗 muahh !

𝐍𝐢𝐜𝐤𝐓𝐡𝐞𝐨 || 𝐅𝐚𝐭𝐞 𝐌𝐚𝐤𝐞 𝐍𝐨 𝐌𝐢𝐬𝐭𝐚𝐤𝐞𝐬Where stories live. Discover now