Part 17 [𝐅𝐌𝐍𝐌]

1.3K 35 7
                                    

𝑯𝒂𝒑𝒑𝒚 𝒓𝒆𝒂𝒅𝒊𝒏𝒈!(≧▽≦)💗
𝑽𝒐𝒕𝒆 𝒂𝒏𝒅 𝒄𝒐𝒎𝒎𝒆𝒏𝒕!

。☆✼★━━━━━━━━━━━━★✼☆。

Theo pov

Aku nampak Zack menggelengkan kepala berkali-kali lepas baca chat group kami berempat. Happy lah tu ada orang sakat dia. Tersenyum macam aku ni dah tak ada kat sebelah dia. Orang yang jatuh cinta ni memang complicated eh? Zack sudah berdiri namun aku menghalang.

"Eh kau offline dah ke?" tanya aku.

"Ha'ah, kalau aku layan korang, tak mandi lah aku, HAHAH." ujar Zack selamba. Dia lantas meninggalkan aku di ruang tamu tersebut.

Tch sindir aku nampak. Aku yang merasa disindir hanya mencebik lalu mataku menghala ke layar handphone semula.

Aku mengeluh panjang.

。☆✼★━━━━━━━━━━━━★✼☆。

ᵃᵐʸ
𝐋𝐚𝐡𝐡 𝐙𝐚𝐜𝐤 𝐝𝐚𝐡 𝐨𝐟𝐟𝐥𝐢𝐧𝐞 𝐤𝐞? 𝐓𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐫𝐨𝐧𝐨𝐤 𝐥𝐚𝐡𝐡.. 𝐎𝐤𝐞𝐲 𝐥𝐚𝐡 𝐚𝐤𝐚𝐤 𝐨𝐟𝐟𝐥𝐢𝐧𝐞 𝐝𝐮𝐥𝐮, 𝐛𝐲𝐞!✔︎

[ᴀᴍʏ ᴏғғʟɪɴᴇ]

ᵗʰⁱᵃ
𝐓𝐡𝐢𝐚 𝐩𝐮𝐧, 𝐛𝐲𝐞 𝐚𝐛𝐚𝐧𝐠~✔︎

[ᴛʜɪᴀ ᴏғғʟɪɴᴇ]

Aku pun meletakkan handphone di atas meja. Alang-alang diorang dah offline aku pun ikut sekali.

Aku mengambil kembali handphone lalu melangkah ke menuju ke bilik aku.

End Theo pov

Sudah dua bulan berlalu, kini Theo sudah membiasakan diri bekerja di cafe keluarga Amy.

"Theo free tak lepas ni?" Mel bertanya. Theo mengetuk-ngetuk dagunya tanda berfikir lalu memandang Mel semula.

"Saya free. Kenapa kak? Ada apa-apa yang Mel nak cakap ke?" tanya Theo. Mel hanya tersenyum.

"Hmmm.... Tak adelah, saja je.. Eh Theo nak datang rumah Mel tak?"

"Ohh- Boleh je.. Tak apa ke?"

"Apa pula yang apanya? Boleh. Mel nak bawa Theo jumpa adik Mel lah!" Theo merenung anak mata Mel. Nak buat apa pula jumpa adik dia ni?

"Err haha Theo nak buat apa pula jumpa adik akak? Buat kecoh je, baik tak payahlah.." Theo menolak. Mel sekadar mengangguk. Hahh mungkin bukan hari ni kot. Mel mengutuk dirinya yang tidak jujur.

"Tak apa lah Theo, lain kali jelah. Mel pergi dulu tau, baii!" Belum sempat Theo membalasnya, Mel sudah berlalu pergi. Theo hanya menggelengkan kepala.

Sambil-sambil tu boleh lah dia tunggu Zack datang menjemputnya. Kebelakangan ini Zack asyik tersengih sahaja setelah melihat layar handphone nya. Entah apa sahaja Zack ni.

Ponn pon!!

Bunyi hon kereta membuatkan lamunan Theo terhenti. Terlihat Zack yang sedang melambai nya.

"Yo bro! Sorry lambat, aku teman Amy tadi." Theo hanya tersenyum mengejek. Dia menyiku sahabatnya itu.

"Eh kauu, dah ada eh? Seronoknya kalau ada orang tu caring tentang crush dia." Zack menjeling sekilas.

"Eh single tu diam lah. Eh jom lah balik, mama cakap malam ni ada jemputan besar-besaran kat Hotel De Los Marique. Jadi kita kena ikut sekali." Zack memandang jam tangannya.

"Eh sape pula mama kau ni? Tiba-tiba je kau nak mama kn mama Amy eh?" Theo ketawa sendiri. Zack mendengus perlahan.

"Eh suka hati akulah! Lambat-laun aku juga yang jadi menantu diorang. Kau apa tau? Cakap ngan kau tak habis-habis baik kau masuk cepat. Nak aku tinggalkan ke? Nak tidur sini?" Theo cepat-cepat menggeleng. Dia meluru masuk ke dalam perut kereta.

Tanpa membuang masa, dia juga ikut masuk ke dalam perut kereta. Lagu jiwang menjadi peneman setia mereka sepanjang perjalanan pulang. EH?

。☆✼★━━━━━━━━━━━━★✼☆。

᯽𝐓𝐁𝐂᯽

𝐍𝐢𝐜𝐤𝐓𝐡𝐞𝐨 || 𝐅𝐚𝐭𝐞 𝐌𝐚𝐤𝐞 𝐍𝐨 𝐌𝐢𝐬𝐭𝐚𝐤𝐞𝐬Where stories live. Discover now