Part 11 [𝐅𝐌𝐍𝐌]

1.2K 40 0
                                    

𝑯𝒂𝒑𝒑𝒚 𝒓𝒆𝒂𝒅𝒊𝒏𝒈!(≧▽≦)💗
𝑽𝒐𝒕𝒆 𝒂𝒏𝒅 𝒄𝒐𝒎𝒎𝒆𝒏𝒕!

。☆✼★━━━━━━━━━━━━★✼☆。

Pada pagi itu Theo bangun lebih awal daripada kebiasaannya. Theo menapak ke bilik air untuk mencuci muka dan memberus gigi. Baju kemeja disarungkan ke tubuh. Minyak wangi disembur sebelum keluar dari bilik.

"Morning Zack." Sapa Theo apabila melihat kelibat Zack yang kemas berkot hitam. Serentak Zack menoleh ke belakang. "Morning too. Awal kau bangun. Tak sabar-sabar nak pergi kerja?" soal Zack.

"Mestilah, siapa je tak nak kerja. Ni kau nak hantar Amy dulu ke?" Theo menarik kerusi lalu melabuhkan punggungnya.

Zack mengangguk. Roti kering di cicah dengan susu suam lalu disuap ke dalam mulutnya. "Zack, kalau orang tanya aku kat mana, jawab je tak tahu." Theo kembali menghirup air suam. Minum air suam pagi-pagi ni baik untuk kesihatan tau. Zack mengangguk lagi.

"Aku pergi dulu, kau siap-siap nanti aku ambil kau lepas aku hantar buah hati aku pergi sekolah!" jerit Zack. Lantas dia mendapatkan keretanya di garaj.

Theo hanya tersengih. Sambil-sambil tu boleh lah dia habis kan sarapan pagi. "Aku dapat kerja apa eh?" bisik Theo dalam hati. Dia sudah membayangkan dirinya sedang bekerja bersama pekerja keluarga Amy di cafe. Dia tersenyum lebar.

Theo masuk ke dalam perut kereta. Zack mengerling ke arah Theo. Bersemangat! Gear kereta ditukar dan tayar kereta mula berpusing meninggalkan pekarangan rumah.

Theo pov

Sekarang aku sedang berdiri di hadapan cafe keluarga Amy yang terletak di tengah-tengah bandaraya ini. Sempat aku mengucapkan terima kasih kepada Zack. Aku membetulkan rambut aku yang sedikit serabut dan tali leher yang ketat mencengkam leher dibetulkan sebelum mengatur langkah kemas memasuki cafe tersebut.

Seorang wanita mendekati aku. Aku melihat name tag wanita tersebut. Miss Laura. "Ini mesti Theokan? Mari saya bawa tuan jumpa dengan pekerja-pekerja cafe ni." Miss Laura memimpin aku. Terlihat pekerja lain tersenyum memandang aku.

"Err Miss tak perlu lah formal sangat. Panggil Theo je." Ujar aku. Segan lah pula. "Baiklah, Theo. Saya bawa tuan masuk dapur dulu eh. Saya dengar dari cik Amy, Theo pandai memasak. Hobi Theo memang suka memasak?" tanya Miss Laura sambil membawa aku menyapa pekerja di situ. Dia masih menggunakan panggilan 'tuan', Theo hanya tersengih.

"Saya memang suka masak. Arwah mama saya yang ajarkan. Dulu arwah mama bagi buku resepi memasak sebab tu, saya ikut hobi mama saya." ujarku. "Arwah mama Theo mesti bangga dapat anak lelaki yang manis, comel, pandai memasak dan yang paling penting.. Theo kena kuat tau!" jawab Miss Laura memberi semangat.

Aku hanya mengangguk perlahan. Selesai sahaja sesi memperkenalkan diri dengan pekerja lain, Miss Laura memberikan aku sepasang baju khas untuk pekerja lelaki di cafe tersebut.

Miss Laura kata aku kerja sebagai waiter. Walaupun kerja ke hulur ke hilir menghantar pesanan dan makanan yang dipesan, aku gembira, sekurang-kurangnya aku ada pekerjaan.

End Theo pov

"Theo.. Theo!" Serta merta lamunan Theo terhenti. Dia menoleh ke belakang. "Theo, awak dengar tak apa saya cakap tadi?" Theo menggeleng. "Alahhh Mel, saya termenunglah tadi sebab tu tak dengar. Hmm apa dia yang awak cakap tadi?" Theo mengalihkan pandangan nya ke arah rakan sekerja nya itu, Melly.

Melly ni tua 4 tahun dari Theo, tapi tak nak kena panggil kakak sebab tak nak nampak tua lah katakan. Tak perlu formal sangat, anggap dah lama kenal. Ada-ada saja Mel ni.

Melly mencubit pipi chubby Theo. Theo mengerang kesakitan. Dia ni, kalau cubit bukan main sakit. Kalah penyepit ketam!

"Mel! Sakitlah.. Huhuhhu pipi saya.." Theo menyentuh area yang dicubit itu. Habis merah.

"Salah awaklah! Siapa suruh awak comel sangat, grr! Adik saya pun tak secomel awak tau, Theo! Sampai saya pun bingung, awak lelaki ke perempuan, hahahha!" Kali ini tubuh Theo dipeluknya erat. "Mel.. Dahlah tu, habis saya tak boleh bernafaslah!" Theo cuba meronta. Apasal Mel ni kuat sangat? Dia ni lelaki ke perempuan? Beberapa minit kemudian pelukan dileraikan.

"Masa rehat dah habis ni, saya pergi dulu. Jumpa lagi!" ujar Mel sambil menilik jarum jam di pergelangan tangan nya.

Mel sempat menggosok kepala Theo sebelum kembali bekerja. Theo mengeluh kecil.

'Tch habis masa rehat aku! Ni semua salah Mel lah! Ish ish, nasib kawan!' monolog Theo sebelum kembali bekerja.

。☆✼★━━━━━━━━━━━━★✼☆。

᯽𝐓𝐁𝐂᯽

𝐍𝐢𝐜𝐤𝐓𝐡𝐞𝐨 || 𝐅𝐚𝐭𝐞 𝐌𝐚𝐤𝐞 𝐍𝐨 𝐌𝐢𝐬𝐭𝐚𝐤𝐞𝐬Where stories live. Discover now