𝑯𝒂𝒑𝒑𝒚 𝒓𝒆𝒂𝒅𝒊𝒏𝒈!(≧▽≦)💗
𝑽𝒐𝒕𝒆 𝒂𝒏𝒅 𝒄𝒐𝒎𝒎𝒆𝒏𝒕!。☆✼★━━━━━━━━━━━━★✼☆。
Setelah lama berdiri kaku di depan tempat yang diduduki oleh Amy, Nick memusingkan tubuhnya dan mulai bergerak menuju ke kelas nya.
Ien segera menuju ke arah Nick yang sudah sampai di depan pintu kelas dengan laju mengambil makanan yang dibeli Nick.
"Weh bro kenapa kau lambat sangat hah? Kami dah lama tunggu. Kenapa kau tak datang minggu depan je? Atau tahun depan ke ini-"
Belum sempat Ien menghabiskan bebelannya, Ian menepuk bahu nya. Ien segera melihat wajah Nick yang seperti tidak bermaya itu selepas Ian menyuruh nya memandang ke arah Nick.
"Bro? Kau okey tak ni? Eh kau kena tampar ke weh?!" Habis satu kelas dengar. Terkejut bukan kepalang. Ian sudah menepuk dahi.
"Kau boleh senyap tak?! Kalau iapun kau bagilah dia duduk dulu. Apa bodohnya adik aku ni." Marah Ian sambil menuju ke tempat duduknya.
Tidak lupa juga makanan yang dibeli Nick tadi. Ien hanya mencebik lalu kembali memandang Nick semula.
Nick dengan longlai menuju ke tempat duduknya tanpa menghiraukan Ien yang memandangnya. Keluhan berat dilepaskan. Ien pun membiarkan Nick lalu bergerak menuju ke tempat duduknya.
'Apa yang budak Amy tu sampai kan?! Aku-- Aku tak fahamlah!' jerit Nick dalam hati. Habis sahaja masa rehat mereka, Nick langsung tidak fokus sepanjang sesi pembelajaran. Dia merenung jauh ke luar tingkap.
[•••]
'Eh kau jangan ingat kau senior kau boleh buat apa-apa kat Theo! Aku hormat kau sebagai senior tapi kalau ini melibatkan Theo, sahabat aku, kau jangan harap aku nak bagi muka dekat kau! Kau dah buat Theo merana! Aku tak nak dia ada di depan kau lagi dan itu yang kau nak sangat kan?! Sekarang dia dah janjikan apa yang kau nak, aku harap kau tak cari dia lagi lepas ni.. Lerry bagitau cikgu aku pulang awal hari ni. Aku benci lelaki macam kau, Nick.'
Amy menggenggam tangan nya. Betapa marahnya dia apabila Nick masih mencari dimana Theo. Segala ketakutan hilang serta-merta. Entah dari mana dia mendapatkan kekuatan untuk menampar wajah Nick. Di depan semua pelajar di kelas dia pula tu.
Sebaik sahaja menengking Nick. Amy terus sahaja pulang. Dan sekarang dia berada disebelah Zack. Wajahnya cemberut.
"Cik Amy? Awalnya balik hari ni. Ada apa-apa jadi ke?" Zack bertanya dengan lembut.
Amy masih dengan wajah cemberut nya. Zack mengeluarkan sesuatu lalu memberi kan kepada Amy. Sepantas kilat dia mengambil donut yang berada di genggaman Zack. Namun Zack berjaya mengalihkan tangannya daripada dirembat Amy.
"Eh ingatkan dah tak nak tengok saya dah." Ujar Zack dengan senyuman nya. Amy memuncungkan bibirnya.
"Eh janganlah begitu awak.. Bagilah saya donut tu, please.. Hmmm?" Amy membuat gaya comel dan Zack terkejut dengan tindakan Amy. Itu membuatkan Amy mendapatkan donut yang ada di tangan Zack. Zack juga menyedari nya.
"Eh awak main tipu tu." Amy hanya buat tidak tahu. Yalah kalau makanan dia pun manalah ingat orang lain lagi. Zack menghelah nafasnya. Amy mengerling sekilas.
"Hari ni.. Orang yang buli Theo datang-" Belum sempat Amy menghabiskan ayatnya, Zack memotong.
"Nick ada buat apa-apa kat awak ke? Ada luka mana-mana? Apa yang jadi?" Tanya Zack bertubi-tubi.
"Biar saya habis cakap dululah." Zack hanya menggaru kepala nya yang tidak gatal.
"Nick datang kat kelas Amy, dia cari Theo. Saya takut kalau hari-hari dia datang, dia akan cari Theo sendiri. Nick bukan sembarang orang, Zack.. Awak pun tahukan? Kalau Nick tahu dimana Theo, saya rasa mungkin dia akan culik Theo. M-Macam mana ni? Kalau Nick tahu yang Theo kerja-"
"Amy, kita kan dah janji walau apapun jadi, jangan biarkan Nick jumpa Theo. Everything will be okay. Don't worry.." Zack memegang bahu Amy. Amy hanya mampu tersenyum kelat. Zack tahu dia juga tidak mampu berbuat demikian kalau Nick cuba mencari dimana Theo berada.
Tapi Nick tidak akan sebodoh itu kan? Mencari orang yang tidak ada kaitan dengannya? Lagi pula dia yang menginginkan Theo pergi? Amy dan Zack jauh memikirkan tentang sahabat mereka yang satu itu.
。☆✼★━━━━━━━━━━━━★✼☆。
᯽𝐓𝐁𝐂᯽
YOU ARE READING
𝐍𝐢𝐜𝐤𝐓𝐡𝐞𝐨 || 𝐅𝐚𝐭𝐞 𝐌𝐚𝐤𝐞 𝐍𝐨 𝐌𝐢𝐬𝐭𝐚𝐤𝐞𝐬
Teen FictionTheo dan adiknya Thia ialah anak yatim piatu. Ibu bapa mereka meninggal akibat kemalangan jalan raya sejak umur Theo 15 tahun dan Thia 13 tahun. Theo hanya mampu redha. Niat untuk ke sekolah kembali dibatalkan dan mula bekerja di sebuah cafe kepunya...