𝑯𝒂𝒑𝒑𝒚 𝒓𝒆𝒂𝒅𝒊𝒏𝒈!(≧▽≦)💗
𝑽𝒐𝒕𝒆 𝒂𝒏𝒅 𝒄𝒐𝒎𝒎𝒆𝒏𝒕!。☆✼★━━━━━━━━━━━━★✼☆。
"Ish abang ni, aku sekeh juga kepala dia tu. Tau tinggalkan je, aku yang kena bebel dengan papa. Argh bencinya aku!" Nichol menghampiri Nick yang berada di beranda hotel.
Nick berpaling apabila mendengar tapak kasut tumit menghampiri nya. Terlihat adik nya menghentak kakinya. Marah lerh tu. Nick hanya selamba sebelum...
Pakk!
"Woi babi sakit lah! Kau pahal?!" Nick memegang kepala nya. Urg bergegar otak. Nichol tersenyum sinis.
"Kau tahu jawapan dia kau tanya balik. Ni semua salah kau lah! Kalau kau tak tinggal tadi papa tak hmp! Lepas-- Bodoh--" Nick menekup mulut Nichol. Muak nak dengar bebelan tak berbayar dia tu. Adiknya meronta untuk dilepaskan.
"Ya ya aku tahu. Aku minta maaf. Sebagai ganti, aku bagi kau dating dengan Ian. Amacam?" Serta merta rontaan terhenti. Nichol merenung wajah abangnya yang tak berapa nak hensem tu. Bukan selalu dapat dating dengan kekasih hati.
"Kau benarkan ke?" Bersinar-sinar juga mata Nichol. Nick mengerutkan dahi tatkala melihat perubahan Nichol. "Uh huh?"
"Yesss, kau lah abang yang paling baik, hensem, pemurah, ramah, muahhh! Terima kasih ya abang, semoga Tuhan murahkan rezeki, I love you, bye!" Nichol bernyanyi kecil sambil melangkah keluar dari kawasan tersebut.
"Kenapa murahkan? Doakan lah rezeki aku mahal, asyik murah je haihh."
Nick menggelengkan kepala. Bukan dia tidak tahu yang rakannya Ian mempunyai hubungan dengan Nichol, cuma dia tak bagi kebebasan pada Ian untuk berdua-duaan dengan adiknya. Protective brother lah katakan. Dia kembali menikmati keindahan malam.
Laju jari runcing nya menekan butang call selepas mendapat kebenaran daripada Nick.
----
Theo memandang kot hitam yang disangkutkan pada tombol pintu. Di garu kepala nya yang tidak gatal.
"Kot ni..." Sejenak dia berfikir.
"Hah, kot ni! Lelaki tadi punya.. Tak sangka aku tertidur kat sebelah dia. Aku harap dia tak fikir aku ni bukan-bukan. Hmm baik juga eh lelaki tu."Theo membaringkan tubuhnya di atas katil empuk. Theo memejam matanya apabila tubuhnya menyentuh katil empuk.
"Bau lelaki tu.. Aku macam familiar tapi siapa?" Otaknya ligat berfikir namun gagal. 5 minit kemudian kedengaran bunyi dengkuran halus.
Amy POV
"Zack, awak fikir apa yang saya fikir tak?" Aku duduk di atas katil sambil menunggu Zack bersuara di telefon.
"Pasal Nick ye?" Akhirnya aku dapat juga dengar suara dia yang merdu tu. Eh bukan, hehe. Aku rasa nak baling je iPhone ni tau. Aku melting sangat dah ni.
"Amy? Diam je, awak mengelamun? Dah sampai mana? Korea?" Eh aku lupa lah dia ni. Aku tersenyum sendiri.
"Hahah, ha'ah dah sampai Korea."
"Loyar buruk pula." Aku gelak. Aku tahu dia mesti dengar aku gelak cam setan.
"Taklah. Oh ya, saya risaulah kat Theo. Kalau Nick jumpa Theo macam mana? Kalau saya tahu majlis tu papa dia yang buat saya tak suruh Theo ikut sekali.. Tapi dah jadi, harap-harap lah Nick tak dapat cam Theo." Aku memikirkan tentang majlis yang papa Nick adakan.
Aku akui keluarga diorang bukan orang yang boleh bawa main. Aku pun baru tahu. Bukan baru tapi lupa yang papa Nick bukan sahaja jutawan tapi merupakan salah seorang daripada..
"Saya rasa baik kita lebih berhati-hati lepas ni. Kalau cuai je mungkin Theo kena culik terus." Aku setuju apa yang Zack cakap tu.
"So.. Tu je ke? Asyik Nick je? Kita pula bila?" Okey aku dah blushing teruk. Sweet gak mamat ni. Aku menjauh kan telefon supaya aku boleh meroyan.
"1000 abad akan datang." Aku try act cool. Jual mahal lah konon, padahal nak.
"Ye ke? Kau blushing kan?" Okey, aku tak leh kalau mamat ni dah guna perkataan 'kau', memang hot.
"Diamlah! Bye, goodnight." Aku terus tekan butang end call. Aku dah tak sanggup nak dengar dia teruskan ayat manis dia tu. Aku melting tau tak. Entah kenapa bilik aku ni rasa panas padahal ada je aircon. Aku tersenyum suka sambil membaringkan tubuhku di atas katil empuk ni.
Aku pun memejamkan mata dan kembali ke alam mimpi.
End Amy POV
"Hati-hati, jangan lupa bekal tu sekali!" Puan Rose mengingatkan satu-satunya anak tunggal mereka itu.
Amy bergegas mengambil bekal yang telah disediakan oleh Puan Rose. Dikucup lembut dahi Amy sebelum melangkah keluar dari rumah.
"Bye mama!" Lambaian dibalas lambaian. Amy pun bergerak ke tempat duduk depan. Dilihat wajah Zack.
"Morning Zack." Amy membuat jari tanda peace.
"Morning Amy. Ah your hair." Zack menyelitkan anak rambutnya yang menghalang penglihatan. Amy terkejut dengan tindakan Zack. Tersipu-sipu malu dibuat nya.
"Erm.. Thanks."
"My pleasure. Than, let's go." Amy mengalihkan pandangan ke luar. Sesekali melihat wajah Zack melalui ekor mata. Bunyi radio menemani kesunyian mereka sepanjang perjalanan.Sejak dari itu, Nick mengelak daripada bertembung dengan Amy. Bukan nak kata takut tapi ayat yang dituturkan oleh Amy sebelum ini berlegar-legar di kotak fikiran nya.
"Nick, kau takut dengan budak Amy tu ke? Asal aku tengok kau macam mengelak-- Duhh.. Apa?" Kalau boleh mulut Ien dia nak bagi cili je. Ian memerhatinya tajam memberi amaran supaya tidak mengatakan apa-apa lagi.
"Nanti kalau korang dengar, budak perempuan dari kelas sebelah mati sebab bunuh diri. Kau orang rasa logik tak?" Ien menggeleng laju. Gerun dengan Nick. Kalau Nick dah cakap begitu, memang dah lain lah.
Matanya kembali menikmati keindahan luar jendela tidak mengendahkan mereka.
'Suatu hari nanti... Aku janji akan cari kau. Theodore Roosevelt.' Nick bergumam perlahan.
。☆✼★━━━━━━━━━━━━★✼☆。
᯽𝐓𝐁𝐂᯽
YOU ARE READING
𝐍𝐢𝐜𝐤𝐓𝐡𝐞𝐨 || 𝐅𝐚𝐭𝐞 𝐌𝐚𝐤𝐞 𝐍𝐨 𝐌𝐢𝐬𝐭𝐚𝐤𝐞𝐬
Teen FictionTheo dan adiknya Thia ialah anak yatim piatu. Ibu bapa mereka meninggal akibat kemalangan jalan raya sejak umur Theo 15 tahun dan Thia 13 tahun. Theo hanya mampu redha. Niat untuk ke sekolah kembali dibatalkan dan mula bekerja di sebuah cafe kepunya...