𝑯𝒂𝒑𝒑𝒚 𝒓𝒆𝒂𝒅𝒊𝒏𝒈!(≧▽≦)💗
𝑽𝒐𝒕𝒆 𝒂𝒏𝒅 𝒄𝒐𝒎𝒎𝒆𝒏𝒕!。☆✼★━━━━━━━━━━━━★✼☆。
"Weh, kau dah siap ke belum? Diorang dah tunggu kat bawah!" Zack memanggil Theo yang lama sangat nak bersiap. Kalah perempuan. Bersiap pun nak ambil masa satu jam. Theo yang mendengar laungan Zack lantas menyemburkan minyak wangi ke tubuhnya dan bergegas keluar dari bilik.
Terlihat Zack yang sedang menyandar ke dinding sambil membelek handphone nya. Zack memandangnya datar.
"Lama eh kau siap? lambat macam ciput, lembab." Eh eh sindir kita pula. Theo mengangkat dua jarinya. Peace."Suka hati akulah. Bukan kau. Kau cakap diorang dah tunggu kat bawah? Jomlah cepat." Theo berjalan mendahului Zack. Zack hanya menggelengkan kepala melihat Theo.
Amy memandang Zack yang berpakaian tuxedo hitam. Membahang wajah Amy ketika Zack menangkap renungannya. Zack mengenyitkan matanya. Tak menyempat betul dua orang ni. Theo hanya mampu tersenyum.
"Kacaknya abang Theo!" Thia memuji. Theo hanya tersengih. Kembang dah hidung.
"Bukan kacak tapi cantik." Celah Amy. Pandangan tajam diberikan."Semua dah sedia ke?" Hah papa Amy pula mencelah. Kami semua mengangguk. Zack mengambil tempat duduk pemandu. Setelah mereka mengambil tempat duduk masing-masing, mereka menuju ke arah destinasi.
Theo memandang sekeliling tatkala melihat hotel besar tersergam megah di hadapannya. Matanya sudah bersinar-sinar. Pertama kali weh datang sini. Amy tertawa kecil melihat kelakuan sahabat nya itu. Thia pun dua kali lima macam abang dia.
"Wahh, besar nya hotel ni! Abang, tengok tu ada air pancutlah! Kak Amy, tengok ni!" Thia sudah tidak keruan. Mahu saja dia sentuh benda-benda yang dilihatnya namun ditahan.
"Jom kita selfie bersama sebagai kenangan." jawab mama Amy. Handphone IP dikeluarkan dari beg tangan lalu aplikasi kamera dibuka. Dua tiga gambar diambil. Selesai saja sesi pergambaran, mama dan papa Amy sudah mendahului mereka masuk ke dalam hotel besar itu.
"Banyak nya orang.. Muat tak hotel tu?" Tanya Theo.
"Apa yang tak muatnya? Dah nama hotel besar mestilah ramai orang boleh masuk." Zack mencelah. Thia dan Amy masih dengan sesi pergambaran. Zack tertawa kecil melihat Amy membuat banyak pose semasa berselfie.Theo memandang pintu masuk. Entah mengapa berat hatinya ingin melangkah ke dalam hotel. Tiba-tiba Amy menghulurkan topeng yang hanya menutup bahagian mata sahaja. (tak tau apa benda HAHA)
"Buat apa pula topeng ni?"
"Kita kena pakai topeng supaya orang tak cam kita. Lagipun ni kan majlis jemputan. Tengok sebelah sana, diorang pun pakai juga. Korang pakailah. Korang jangan sesekali buka tau." Jawab Amy panjang lebar. Mereka hanya mengangguk. Topeng dipakai.Mereka melangkah ingin masuk ke dalam namun Theo masih belum berganjak dari tempatnya. Zack yang kehairanan, menghampiri Theo semula. Thia dan Amy sudah mendahului mereka.
"Kau okey tak ni?"
"Aku tak sedap hatilah." Theo merenung pintu masuk utama itu.
"Nak aku sedapkan ke?" Zack berloyar buruk. Theo menjeling sekilas. Main-main pula dia. Tidak mendapat respon dari Theo, Zack memeluk bahunya.
"Masuk jelah, kita enjoy. Lagipun ini pertama kalikan kau datang hotel? Jom, diorang dah tunggu kita dah tu" Jawapan dari Zack serba sedikit menenangkan hati nya. Kini mereka sudah berada di dalam hotel.Kali ini mulutnya sudah ternganga luas. Apa taknya, duduk meja VIP lepas tu makanan mewah lagi.
"Tutuplah mulut tu, orang nampak. Nanti-nanti jelah nak puji." Amy menegur Theo.
"Ramainya orang.. Ni mesti semua jemputan orang kayakan?" Theo memandang sekeliling. Terdapat juga tetamu dari negara luar. Amy hanya mengangguk. Donut yang berada depan mata dirembat semua. Dasar pencinta donut.
Zack yang sedang menikmati minuman nya terhenti tatkala melihat seorang yang tidak diingini datang di majlis tersebut. Dia mengamati wajah seseorang itu lantas mengalihkan pandangan ke arah Theo yang sedang khusyuk mendengar kata-kata pengacara majlis tersebut. Dia lupa pemilik hotel ni..
Zack mengeluarkan handphone lalu jarinya laju menekan sesuatu.
𝐀𝐦𝐲, 𝐬𝐚𝐲𝐚 𝐧𝐚𝐦𝐩𝐚𝐤 𝐍𝐢𝐜𝐤 𝐭𝐚𝐝𝐢. 𝐃𝐢𝐚 𝐝𝐮𝐝𝐮𝐤 𝐭𝐚𝐤 𝐣𝐚𝐮𝐡 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐭𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭 𝐤𝐢𝐭𝐚. 𝐒𝐚𝐲𝐚 𝐡𝐚𝐫𝐚𝐩 𝐚𝐰𝐚𝐤 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐚𝐥𝐢𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐡𝐚𝐭𝐢𝐚𝐧 𝐓𝐡𝐞𝐨 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐍𝐢𝐜𝐤. 𝐊𝐢𝐭𝐚 𝐣𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐛𝐮𝐚𝐭 𝐍𝐢𝐜𝐤 𝐧𝐚𝐦𝐩𝐚𝐤 𝐓𝐡𝐞𝐨.✔︎✔︎
Bunyi notifikasi mengejutkan Amy dari melahap donutnya. Hampir tersedak dia apabila tahu ada pesanan dari Zack. Dijeling sekilas Zack. Tanpa sengaja bola mata mereka bertemu. Zack kembali menekan sesuatu di layar handphonenya.
𝐀𝐰𝐚𝐤 𝐭𝐞𝐫𝐤𝐞𝐣𝐮𝐭 𝐞𝐡? 𝐒𝐨𝐫𝐫𝐲 𝐬𝐰𝐞𝐞𝐭𝐡𝐞𝐚𝐫𝐭☺︎︎✔︎✔︎
Amy memandang pesanan tersebut sambil menahan malu. Namun wajahnya kembali serius apabila membaca pesanan yang Nick juga berada di majlis tersebut. Amy memandang Zack untuk kepastian. Zack mengangguk lalu menunjukkan ke arah di mana Nick berada. Zack melihat kembali layar handphonenya.
ᵐʸᶠᵘᵗᵘʳᵉ♡︎
𝐒𝐚𝐲𝐚 𝐭𝐚𝐤 𝐬𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚 𝐍𝐢𝐜𝐤 𝐩𝐮𝐧 𝐚𝐝𝐚 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐦𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐧𝐢 𝐭𝐚𝐩𝐢 𝐭𝐚𝐤 𝐦𝐮𝐬𝐭𝐚𝐡𝐢𝐥 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐛 𝐝𝐢𝐚.. 𝐀𝐩𝐚 𝐩𝐮𝐧 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐤𝐞𝐧𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐣𝐚𝐠𝐚-𝐣𝐚𝐠𝐚. 𝐓𝐡𝐚𝐧𝐤𝐬 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐛 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐭𝐚𝐡𝐮.☺︎︎Zack kembali memandang Amy dan mengangguk tanda faham.
Handphone diletakkan di atas meja. Zack kembali menikmati minuman nya.
Theo yang sedang khusyuk mendengar pengacara berucap sesekali mengambil makanan yang terhidang di atas meja. Kelihatan Thia sedang dalam dunianya. Apalagi tengah melahaplah. Dua kali lima je dengan Amy. Patutlah gemok. Eh gemok ke? Nevermind.
Tiba-tiba pandangannya tertumpu pada seorang jejaka yang tidak asing baginya. Belum sempat dia memperbetulkan penglihatan, Amy mencalitkan coklat ke wajahnya. Habis comot.
"Eish Amy apa awak buat ni. Kan comot dah muka saya. Bak tisu." Theo membebel. Maklumlah sedikit pembersih? Tangan nya laju mengambil tisu. Amy pula ketawa tak tentu. Papa dengan mama Amy pun dah ketawa. Lucu mungkin.
"Awak ni, calit sikit je tak banyak. Muka awak masih bersih, jangan risau." Amy membantunya mengelap coklat yang dicalitnya tadi.
Amy tersenyum simpul. Nyaris-nyaris je tadi.
。☆✼★━━━━━━━━━━━━★✼☆。
᯽𝐓𝐁𝐂᯽
YOU ARE READING
𝐍𝐢𝐜𝐤𝐓𝐡𝐞𝐨 || 𝐅𝐚𝐭𝐞 𝐌𝐚𝐤𝐞 𝐍𝐨 𝐌𝐢𝐬𝐭𝐚𝐤𝐞𝐬
Teen FictionTheo dan adiknya Thia ialah anak yatim piatu. Ibu bapa mereka meninggal akibat kemalangan jalan raya sejak umur Theo 15 tahun dan Thia 13 tahun. Theo hanya mampu redha. Niat untuk ke sekolah kembali dibatalkan dan mula bekerja di sebuah cafe kepunya...