Part 42 [𝐅𝐌𝐍𝐌]

629 26 2
                                    

𝑯𝒂𝒑𝒑𝒚 𝒓𝒆𝒂𝒅𝒊𝒏𝒈!(≧▽≦)💗
𝑽𝒐𝒕𝒆 𝒂𝒏𝒅 𝒄𝒐𝒎𝒎𝒆𝒏𝒕!

。☆✼★━━━━━━━━━━━━★✼☆。

Nichol memandang kedua-dua lelaki itu silih berganti. "Nick culik Theo.. So korang nak suruh aku buat dorang... Jatuh cinta? Woah woah woah! Korang biar betul?!"

"Ini je cara yang ada untuk selamatkan Theo. Kalau Theo mati kena bunuh ke apa macam mana?! Itu cari nahas namanya!" Ien memandang Nichol dengan harapan dia akan setuju. Ien memandang Ian yang diam dari tadi. "Ian, kau pujuk lah Nichol supaya setuju dengan rancangan ni... Kau kan boyfriend dia." Ian memejam matanya saat Ien menggoncang kan bahunya.

Nichol berfikir lama. "Baiklah aku setuju... Tapi kau yakin ke abang aku tu suka Theo? Tak sangka aku ada abang gay.." Tersentap Ien dibuat nya. Dia berdehem. "Kau jangan risau, aku yakin rancangan ni berjaya! Kalau boleh secepatnya aku nak kau buat, lagi cepat proses." jawab Ien. Mereka semua mengangguk faham.

Nichol POV

Aku tak sangka aku setuju dengan rancangan ni. Dan sekarang aku ada di depan rumah Nick, abang aku. Aku menghembus nafas perlahan mencari ketenangan. Aku melangkah mahu memusingkan tombol pintu. Wah, sunyi sepi. Tak ada orang ke? Aku mula berjalan keliling ruang tamu. Luas daripada yang aku punya.

"Nichol? Itu kamu ke?" Aku memusingkan badan ketika ada orang berbicara pada ku. Ma Nely! Uwahh rindunya dengan Ma Nely! Aku pun memeluknya erat. "Nichol rindu Ma Nely!"

"Ma pun rindu juga. Ni yang balik ni dah bagitahu abang ke?" Aku tertawa kecil.

"Tak lah Ma... Nichol nak bagi surprise kat abang.. Tu yang datang, dah lama tak jumpa.. Hahaha.." Aku hanya tertawa kekok. Ma Nely mengangguk perlahan tanpa bertanya hal lain-lain. "Jemputlah duduk dulu. Ma nak sediakan minuman kejap." Ma mempelawa ku untuk duduk. " Terima kasih Ma. Susah-susah je."

Sementara tu aku nak naik atas dulu. Nak round bilik lah katakan. Bukan selalu. Aku terhenti di depan pintu bilik Nick. Macam mana aku tahu? Oh, sebab terang-terang lah dia letak nama kat depan pintu. Aku curious. Aku membuka pintu dengan perlahan-lahan. Alangkah terkejutnya aku.

'Wehh budak mana dia culik ni?! Kenapa dia tak pergi hospital je? Ini kurus sangat ni. Abang aku dera dia ke?! Kesian nya!' Aku merenung budak tu atas bawah. Keciknya badan dia. Tiba-tiba aku dengar dia menangis. Mimpi buruk ke?

"Shh shh... Dah.." Aku cuba menenangkan nya. Aku pula yang tak perasan yang dia dah sedar. Dia pandang aku lain macam. Aku tahu itu Theo. Misi bermula!

End Nichol POV

Theo memandang ke arah wanita itu. Kedua-dua mata mereka bertembung. Nichol tersenyum. "Saya Nichol. Adik Davien." Theo tidak mampu nak kata apa-apa sebab terlalu lemah. Theo mengalihkan pandangan.

"Erm... Awak--" Belum sempat Nichol menghabiskan kata-katanya, Nick membuka pintu dengar kasar. Selalu datang tepat tapi tak kena masa. Nick memandang Nichol tajam. "Eh perempuan kau kenapa-"

"Sebelum kau nak mengata mencaci maki aku, aku nak tanya kau buat apa dengan budak ni?! Kau nak buat dia mati ke?! Kau tak bagi makan ke?!-" Nichol menengking Nick. Nick tertawa sinis. " Kalau betul aku nak bunuh dia? Kau nak buat apa? And sejak bila kau suka ambil berat tentang orang lain?!" Kali ini Nick menengking Nichol. Langsung tidak membuat kan Nichol terkesan. Ah, keturunan mafia memang begitu ke?

Nichol tersentak ketika mendengar tangisan daripada Theo. Nichol sempat menjeling Nick. Nick juga terkejut dengan tangisan Theo tapi hanya memilih diam. "Tak apa... Mulai hari ini aku yang akan jaga kau sampai sihat okey. Nick, dengar sini, aku akan tinggal sini sebulan." Nick berasa tidak puas hati.

"Eip, sebelum kau nak naik angin, kalau tak aku bagitahu mama dengan papa kau-"

"Okey, okey! Kau kenapa sebenarnya hah?! Suka suki kau je nak tinggal sini?! Dengar sini, kalau kau buat apa-apa dengan Theo siap kau budak! Dan kejap, macam mana kau tahu nama dia Theo?" Nick memandang nya seperti ingin mencincangnya hidup-hidup. Nichol menutup rasa gugupnya.

"Aku tak buta lagi sampai tak nampak nama dekat pintu bilik sebelah dan aku syak itu budak ni kan?" Fuhh dapat juga cari alasan bernas ni. "Behave, Theo tua dari kau."

"Jadi... Mulai hari ni, Theo dibawah penjagaan aku." Nichol menoleh kembali ke arah Theo dengan sisa air matanya yang masih ada. Alahai kesiannya. "Suka hati kau lah." Nick pun berlalu pergi dengan perasaan yang sebal. Nichol menghembuskan nafas nya lega. 'Aku dah gila ke sampai nak tinggal sini sebulan? Haraplah rancangan ni menjadi.' Nichol bermonolog.

。☆✼★━━━━━━━━━━━━★✼☆。

᯽𝐓𝐁𝐂᯽

𝐍𝐢𝐜𝐤𝐓𝐡𝐞𝐨 || 𝐅𝐚𝐭𝐞 𝐌𝐚𝐤𝐞 𝐍𝐨 𝐌𝐢𝐬𝐭𝐚𝐤𝐞𝐬Where stories live. Discover now