Part 49 [𝐅𝐌𝐍𝐌]

692 18 2
                                    

𝑯𝒂𝒑𝒑𝒚 𝒓𝒆𝒂𝒅𝒊𝒏𝒈!(≧▽≦)💗
𝑽𝒐𝒕𝒆 𝒂𝒏𝒅 𝒄𝒐𝒎𝒎𝒆𝒏𝒕!

。☆✼★━━━━━━━━━━━━★✼☆。


Nick POV

Aku memandang Theo dengan perasaan marah. Hilang mood aku nak menjamu selera. Aku bagaikan tak percaya Theo sedang memeluk Thomas tadi. Itu membuat amarah aku membuak-buak.

Selepas habis menjamu selera tadi, aku menarik pergelangan tangan Theo agar cepat-cepat meninggalkan kawasan ni. Lagi lama aku ada dekat sini, makin sakit mata aku tengok. Aku tak kesah jadi tetamu biadap ke tak yang penting sekarang ni, aku nak pergi. Jeritan kecil Theo yang kesakitan aku hiraukan.

"Davien!" Aku berhenti tatkala Theo menyentak tangan ku daripada terus menarik nya. Aku menjeling dia yang sedang memegang pergelangan tangan nya. Dia memandang aku dengan wajah keliru.

"Masuk..." Aku memberikan arahan. Aku yang nampak muka blur dia tu membuat aku rasa lucu. Tapi aku tahan riak wajah aku. "Hah?" Tangan aku membuka pintu kereta nak menolak kasar badan Theo untuk masuk ke dalam.

Sepanjang perjalanan itu, kami langsung tidak mengeluarkan sebarang perkataan. Aku rasa bersalah pun ada. Eh sejak bila aku dah pandai bersalah ni? Lantak lah. Tanpa basa basi, aku terus keluar dari perut kereta setelah beberapa jam memandu. Theo berlari anak mengejar aku. Cemburu tadi belum habis lagi ni.

'Kenapa dengan aku ni arghh!' aku mengusutkan rambut. Pintu di kuak perlahan oleh Theo, membuatkan aku memandang ke arah nya. Dalam rumah ni, cuma aku. dan. dia.

End Nick POV

Nick duduk di birai katil sambil memandang Theo yang mendekati nya.

"Davien... Aku--" Belum sempat dia ingin bercakap, Nick memberi tanda isyarat supaya kekal senyap. Nick memegang pinggang Theo dan menyembamkan wajah nya ke perut Theo. Kelakuan Nick membuatkan nya terkedu.

"Aku... Minta maaf." Perlahan sahaja suara Nick namun masih boleh didengari oleh Theo.

"Untuk apa?" Theo memejam kelopak matanya. Nick mendongak ingin melihat wajah Theo.

"Aku dah jatuh cinta dengan kau..."

"..." Tiada reaksi. Beberapa saat kemudian, terdapat cecair hangat yang merembes keluar dari mata nya. Theo menekup wajah nya dengan kedua-dua tapak tangan nya. Tersedu-sedan di buatnya.

Nick yang perasan terus panik.

"Kenapa kau nangis pulak? Aku ada buat salah ke?" Nick melap air mata Theo menggunakan ibu jari. Aduh Nick buat tak tahu pula.

"Hiks... Hiks... Saya ingat kan... Tuan b-- Benci... Hiks... Saya tak bertepuk sebelah tangan. Huwarghh!" Theo menangis semahu-mahunya. Nick yang mendengar itu terus terkedu seketika. Otak nya sedang mencerna sesuatu. 'Bertepuk sebelah tangan? M-Maksud nya...'

"Theodore Roosevelt, jadi boyfriend aku!" Dengan tak ada izin nya lagi, Nick menyergah Theo dengan ungkapan yang tidak biasa. Dah lah tak romantik, cis. Jantung nya berdegup kencang. Matanya tepat menikam anak mata Theo. Mengangguk tidak, geleng kepala pun tidak. Terbit pikiran nakal dalam otak Nick.

"Diam maknanya kau setuju lah ye?" Nick mengusik. Eh dah pandai mengusik da kau ya Nick? Theo masih dengan wajah nya yang ditekup dengan kedua-dua tapak tangan nya. Perlahan-lahan dia melihat Nick melalui celah jari-jemari. Seluruh wajah nya berubah macam tomato. 'Comel.' Getus Nick.

Nick menarik Theo ke dalam pelukannya sehingga dia terduduk di atas riba Nick. Dia menundukkan kepala, malu.

"Hmm." Nick menghidu wangian rambut Theo. Nick bermain dengan rambutnya. Theo hanya diam tak berkutik. Nick membaringkan tubuh Theo dengan perlahan. Dia juga turut membaringkan tubuh nya. Posisi Theo membelakangkan Nick. Nick memeluk tubuh mungil Theo dari belakang.

"Awak..." Nick tidak menyahut.

"Awak..."

"Hmm?" Theo jadi malu sendiri. Mendengar suara husky Nick, dia tidak kuat. Lama mereka diam dalam keadaan begitu.

"Kau tau tak? Kau cantik." Nick memuji. Tidak dapat dinafikan bahawa Theo memang dilahirkan menjadi cantik. Tangan nya mulai merayap di perut.

Serta-merta telinga nya bertukar warna. Dia menekup mulut nya takut perkara tidak diingini keluar. Tangan Nick masih meneroka setiap inci tubuhnya. Bukan dia tidak pernah namun kali ni berbeza. Bukan sekadar nafsu.

"Hnhh..." Perbuatan Nick terhenti apabila mendengar desahan kecil yang keluar dari mulut Theo.

"Kau suka lah macam ni? Hmm?" Perlahan Theo mengangguk. "Selesa... Rasa selamat." Nick tersentak. 'Selamat?' Fikiran nya terimbas kembali adegan di mana dia menyeksa Theo. Teruk. Dia mengetap bibirnya.

"Tidur lah. Aku pun mengantuk sebab peluk kau." Nick mematikan perbualan dan memejam mata. Kali ini dia sangat letih. Kalau boleh dia nak spend time dengan buah hati nya ini. Terasa bagaikan mimpi sahaja. Tidak lama itu, Nick dan Theo tidur dengan nyenyak. Lantak lah pagi ke, tengahari ke, petang ke , malam ke , yang penting sekarang ialah Theo!

。☆✼★━━━━━━━━━━━━★✼☆。

᯽𝐓𝐁𝐂᯽

𝐍𝐢𝐜𝐤𝐓𝐡𝐞𝐨 || 𝐅𝐚𝐭𝐞 𝐌𝐚𝐤𝐞 𝐍𝐨 𝐌𝐢𝐬𝐭𝐚𝐤𝐞𝐬Where stories live. Discover now