𝑯𝒂𝒑𝒑𝒚 𝒓𝒆𝒂𝒅𝒊𝒏𝒈!(≧▽≦)💗
𝑽𝒐𝒕𝒆 𝒂𝒏𝒅 𝒄𝒐𝒎𝒎𝒆𝒏𝒕!。☆✼★━━━━━━━━━━━━★✼☆。
Seminggu itu mereka menghabiskan masa bersama tanpa gangguan. Seminggu tu juga lah Nick memberikan kata-kata cinta nya kepada Theo. Mereka seperti terlupa akan sesuatu. Tiada siapa yang mengganggu mereka, hanya mereka berdua sahaja yang tahu. Nick dan Theo. Namun, di hari ketujuh terjadi sesuatu yang tak terduga.
|Flashback|
Hari Pertama🖤🩷
Nick mendekati Theo di tempat perkelahan mereka dengan aiskrim di tangan kanannya. Theo memandang Nick yang mendekati nya. Ketika ini mereka keluar bersama memandangkan ini merupakan first date mereka.
"Flavor vanilla ke?" Theo menongkatkan dagunya sambil mengelipkan mata dengan mata yang bersinar. Nick tersentak dengan kelakuan Theo yang comel itu. Nick tersenyum. 'Cute.' getus hatinya lalu menghulurkan aiskrim itu kepada Theo.
"Yes, your favourite flavor right?" Nick melabuhkan punggungnya di sebelah Theo. Theo memandang Nick sambil mengangguk.
"Betul tu! Dulu masa umur saya 14 tahun, saya nak sangat makan aiskrim ni tau!" Theo menundukkan kepalanya ketika mengingat kembali moment di mana dia menderita selepas parents nya meninggal. Nick tersentak ketika Theo mulai mengungkit kisah hidupnya. Sesaat kemudian Theo kembali sambil tersenyum ke arah Nick.
"Saya anak yatim... How can I buy this thing? I don't have much money left. Saya hanya ada adik saya je and... My friends... Saya beruntung sebab masih ada orang yang baik hati dengan kita walaupun kita dah tak ada apa-apa. Gosh... Maaf saya tak bermaksud nak--"
Nick memandang wajah polos Theo yang tersenyum manis sambil menceritakan masa lalunya. 'Why..? How can you tell me such a story while smiling at me? With this innocent face?!' Nick mengepal tangannya. Nick meraup wajahnya dengan perasaan kesal. Theo terkejut bila Nick tiba-tiba menangis.
"Why are you crying? Aw here, I'll give you hug okey? I'm sorry. Tak sengaja... Shh, dah dah... Who was a good man here?" Theo memeluk Nick sambil mengelus lembut rambut Nick. Nick membalas pelukan Theo.
"I..."
"Yes, what is it?" Theo memandang Nick.
"like you... I like you... I'm sorry. Ahh I'm so happy! It was our first date after all, hehe." Theo mengelap air mata Nick dengan ibu jari nya.
"I like you too Davien." Nick tersenyum tawar. 'What if... He know I'm HIM?"
Hari Kedua🖤🩷
"Hari ni korang pergi mana pula? Dah sihat ke?" Nichol bertanya tatkala memandang Theo yang sudah bersiap kemas macam nak pergi date. Theo terus mengalihkan pandangan ke arah Nichol. Nichol ialah orang pertama yang tahu mereka berdua dah jadi pasangan. Selepas tu, Ian dan Ien.
"Hari ni kami nak beli makanan untuk Benny. Jangan risau, saya dah sihat dan kuat tau!" Theo membuat aksi seorang ahli gym. Nichol tergelak. Ada-ada je lah.
"Kan saya dah cakap boleh beli bila-bila je. Lagipun saya rasa masih ada lagi makanan dia kat rumah." Nichol teringat akan anjing nya di rumah, Benny. Seekor anjing Chihuahua.
Belum sempat Theo membalasnya, Nick memotong perbualan mereka.
"Beli je. Selagi aku ada masa kosong ni, baik aku beli. Tak menyusahkan nanti. Kan, love?" Wajah Theo memerah. Nichol hanya mampu menjeling tajam. Sesaat kemudian, dia tergelak. Tak pernah-pernah lagi Nick jadi begini. Thanks to Theo. It was a good sign right?
"Okey, okey. Tak perlulah tunjuk korang ni bercinta depan aku, aku pun ada lah." Nichol memukul bahu Nick. Nick menghembuskan nafas perlahan. Macam marah je HAHAHA.
Di Kedai Haiwan
"Wahh, banyaknya haiwan. Davien, tengok ni. So small and cute." Theo menarik tangan Nick sambil menunjuk ke arah hamster di dalam sangkar sambil wajahnya bersinar. Nick memandang haiwan apalah yang membuat kekasih hatinya gembira macam ni.
"Hamster? But you know? All of this animal, you are the cutest one here." Theo tersentak. Eh eh eh.
"Pftt! Are you serious? Bagi pick up line pula dekat sini. Do you mean it?" Theo mengelipkan mata nya. Malu pula.
Belum sempat Nick membalas kata-kata nya, Theo sudah hilang entah ke mana. Rupanya, Theo berada di sudut di mana pelanggan bermain dengan haiwan yang gebu iaitu kucing. Theo memeluk beberapa kucing gebu yang berada di sudut itu . Comel sangat!
"Davien! Kucing ni macam awak!" Nick segera memandang kucing yang berada di pelukan Theo. Betul-betul serupa dengan nya. Nick mendekati Theo dan mengalih kan kucing itu daripada pelukan Theo.
"Hey you buddy, you are not allowed to get a free hug from my lover okey? Do yo get it?" Nick menunjuk nunjuk jari nya ke arah kucing itu. Betapa cemburu nya dia dengan seekor kucing. Tiba-tiba kucing itu menggigit jari Nick. Apalagi panik lah Theo. Agaknya kucing tu tak suka Nick kot.
Theo terpaksa membawa Nick pulang. Namun mereka sempat membeli makanan untuk Benny. Sepanjang perjalanan, Theo hanya mentertawakan Nick. Nick membuat wajah cemberut nya.
"It was just a cat, Davien. A cat, hahaha, you are funny! but... I like that." Theo mengenyit mata. Sejak bila pula Theo jadi berani macam ni eh? Dah pandai menggoda.
"Jangan buat aku hilang fokus Theo. Aku tengah pandu kereta ni." Theo mentertawakan Nick. Tahu tak pe.
。☆✼★━━━━━━━━━━━━★✼☆。
᯽𝐓𝐁𝐂᯽
YOU ARE READING
𝐍𝐢𝐜𝐤𝐓𝐡𝐞𝐨 || 𝐅𝐚𝐭𝐞 𝐌𝐚𝐤𝐞 𝐍𝐨 𝐌𝐢𝐬𝐭𝐚𝐤𝐞𝐬
Teen FictionTheo dan adiknya Thia ialah anak yatim piatu. Ibu bapa mereka meninggal akibat kemalangan jalan raya sejak umur Theo 15 tahun dan Thia 13 tahun. Theo hanya mampu redha. Niat untuk ke sekolah kembali dibatalkan dan mula bekerja di sebuah cafe kepunya...